SOALAN MINGGU KE 8


http://www.youtube.com/v/xcbK5AjMw-c?fs=1&hl=en_US&color1=0x5d1719&color2=0xcd311b&border=1

Soalan minggu ke 8 ini adalah berdasarkan video di atas.

Muzik merupakan salah satu mekanisme yang boleh menyepadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia dan amat sesuai untuk dibincangkan sempena sambutan Hari Malaysia pada hari ini. Terdapat kekosongan besar dalam interaksi seni dan budaya dalam masyarakat Malaysia. Pada pandangan anda, adakah kandungan video di atas bersesuaian dalam konteks perpaduan negara kita? Sila berikan justifikasi kepada jawapan anda. Jawapan anda mestilah menjurus kepada aspek muzikal.

Sila jawab di ruangan komen di bawah posting ini. Jawapan anda perlulah ringkas dan didalam bentuk “point”. Tarikh akhir menjawab soalan ialah sebelum atau pada 23 September 2010 sebelum jam 12.00am. Selamat menjawab. Terima kasih

This entry was posted in Soalan, Soalan Minggu 8. Bookmark the permalink.

61 Responses to SOALAN MINGGU KE 8

  1. Saya rasa ianya bersesuaian. -Ini kerana muzik dia atas dimainkan dengan danya campuran semua muzik daripada kaum-kaum lain. -Kesepaduan dan perpaduan dapat dicapai sekiranya kita saling memahami tradisi seuatu kaum. Misalnya dalam seni muzik

  2. M.I.N.D.A says:

    ya,ini adalah kerana:-setiap alat muzik yang digunakan di dalam persembahan di atas adalah mewakili setiap bangsa. Setiap bangsa boleh menilai sendiri bagaimana alat muzik yang berlainan budaya penyampaiannya tetapi boleh menghasilkan lagu yang sedap didengar.-dapat menimbulkan rasa hormat menghormati terhadap bangsa lain apabila mereka mengenali budaya bangsa lain.-setiap alat muzik yang digunakan di atas juga mempunyai karakternya tersendiri dan berlainan cara permainannya.sebagai bangsa malaysia kita seharusnya mengekalkan keamanan supaya warisan budaya kita tidak hilang begitu sahaja.

  3. Pada pendapat penulis muzik sememangnya berupaya untuk berfungsi sebagai penjalin hubungan yang lebih baik terutama di sesetengah tempat yang mempunyai penghuni yang pelbagai seperti Malaysia dan berdasarkan video tersebut, penulis berasakan bahawa muzik sememangnya mampu mewujudkan integrasi kaum yang lebih kukuh.- Dengan adanya penggabungan alat-alat muzik tradisi daripada pelbagai latar kaum dan budaya, sebenarnya dapat menimbulkan perasaan bangga dalam sanubari setiap warga Malaysia. Setiap penonton yang berpeluang untuk merasai pengalaman keunikan muzik tersebut sudah tentu akan terdetik di sanubari mereka bahawa betapa bertuahnya mereka hidup di bumi Malaysia yang diselubungi oleh pelbagai kelebihan dan keistimewaan. Perasaan syukur tersebut secara tidak langsung akan mengajar mereka untuk menjaga keharmonian yang ada agar persembahan-persembahan yang lebih unik dan menarik dapat dihasilkan pada masa hadapan.- Muzik sesungguhnya menjadi sesuatu yang amat disukai oleh setiap insan kerana di dalam muzik terdapatnya hiburan dan hiburan pula merupakan keperluan bagi setiap individu. Dalam setiap persembahan muzikal (kecuali yang bersifat negatif) sememangnya tidak akan mendatangkan kekecohan atau perbalahan kerana setiap individu yang datang mempunyai satu niat yang sama iaitu untuk sama-sama menghayati persembahan yang dipersembahkan. Maka dengan itu, persembahan yang lebih bersifat ‘kemalaysiaan’ (persembahan yang menggabungkan peserta dan alat muzik daripada pelbagai kaum) harus kerap di anjurkan kerana melalui persembahan tersebut kefahaman terhadap budaya dan cara hidup sesuatu kaum mampu difahami dengan lebih mendalam oleh kaum yang lain kerana kefahaman tersebut boleh dipupuk melalui persembahan.

  4. pada pendapat saya ia bersesuaian dengan konteks perpaduan kita. hal ini kerana ia mencampurkan elemen muzik berbagai etnik..melayu, cina dan lain-lain..ini boleh menarik minat dan memberi nafas baru dlm muzik tradisional dsmping mnyatupadukan rakyat. oleh itu, scara tidak lansung stiap kaum atau etnik akan mengambil tau alat muzik dan element muzik dr kaum atau etnik lain apabila adanya lagu seperti ini. muziknya juga unik malah memberi gambaran kpd dunia bahawa kita mempunyai pelbagai etnik dan kaum..

  5. Kandungan video yang ditayangkan sememangnya bertepatan dan mencakupi aspek jalinan muhibbah dan perpaduan di antara pelbagai kaum.Walaupun melalui gabungan interaksi instrumental muzik yang pelbagai mengikut ethnik yang ingin ditonjolkan contohnya seperti alatan Sape yang berasal dari Sarawak,Gambus,Erhu, Flute disamping alatan moden seperti drum,gitar, toys dan alatan perkusi yang lain, namun mereka dapat melahirkan suatu kombinasi irama dan lagu yang begitu mengasyikkan.Dipengakhiran lagu,persefahaman muzikal yang ditunnjukkan menjadikan persembahan begitu indah dan menarik.

  6. Garry says:

    Salam Sejahtera.Berdasarkan video yang telah disertakan dalam soalan tersebut,jelas dapat dilihat terdapat 4 instrumen muzik yang berasal dari 4 kaum yang berbeza,dan ianya sudah tentu mempunyai sejarah dan teknik memainkan yang berbeza.4 instrumen tersebut adalah sape,erhu,gambus dan seruling.Secara muzikalnya,agak sukar untuk kita melihat 4 instrumen ini dimainkan dalam satu ensembel yang sama.Walaubagaimanapun,berdasarkan video tersebut,ia telah berjaya dimainkan bersama.Berikut adalah pandangan saya bagaimana interaksi muzikal sebegini dapat menyatupadukan masyarakat kita;1.Instrumen yang berbeza dari pelbagai kaum disatukan dalam satu ensembel.Setiap instrumen tradisional akan memainkan melodi atau iringan.Hasil paduan bunyi instrumen tradisional yang pelbagai mampu menarik minat pelbagai kaum untuk menyaksikan persembahan dan mewujudkan rasa bangga dalam diri masyarakat.2.Penonton yang hadir juga sudah tentu akan terdiri daripada pelbagai kaum dan akan mengagumi dan mengenali setiap intsrumen yang dimainkan,walaupun dari kaum yang berbeza.3.Instrumen yang berbeza berasal dari kaum yang berbeza.Tetapi dengan bersatunya kesenian muzik ini dalam satu-satu ensembel,ia menunjukkan bahawa penyepaduan isntrumen muzik dari kaum yang berbeza adalah tidak mustahil dan ia mampu menghasilkan muzik yang harmoni.Situasi ini dapat diterapkan dalam masyarakat yang pelbagai untuk menikmati muzik paduan pelbagai budaya.3.Kandungan video yang dipaparkan juga bersesuaian dengan konteks perpaduan masyarakat di negara kita.Semua insrtumen dapat menghasilkan irama yang harmoni dan tidak "out of tune".Nada yang dihasilkan oleh setiap instrumen yang berbeza juga dapat dimainkan bersama dan "blend" dengan sempurna.4.Gabungan kesenian muzik tradisi sebegini juga dapat dipersembahkan untuk mengiringi tarian tradisional yang dikoreografikan bersama,contohnya pelbagai tarian tradisi di Malaysia.Ia mampu menarik perhatian masyarakat kita untuk menghargai perpaduan muzik tradisi dan mengenal kesenian tradisi Malaysia.5.Gabungan muzik tradisional yang membentuk tekstur polifoni memberikan satu-satu karya muzik yang harmoni dan pelbagai.Ianya juga lebih menarik dan "tone colour" bagi karya tersebut juga adalah pelbagai.Sesungguhnya penyatuan muzik tradisi masyarakat di Malaysia boleh menjadi cermin kepada rakyat kita untuk menghargai kesenian tradisi kita,dan mengenali budaya kaum yang pelbagai.

  7. bancha says:

    Mengikut pandangan saya, video di atas, ya ia menggambarkan negara kita yang mengamalkan perpaduan melalui kesatuan dalam kepelbagaian.-bagi saya ia amat sesuai kerana telah menggabungkan alat pelbagai kaum.-boleh didengari oleh semua golongan masyarakat-membantu proses perpaduan kerana mengurangkan pencirian muzik kaum itu untuk kaum itu sahaja.-proses penggabungan akan menghasilkan muzik yang baru mewakili negara kita.-elemen dan rentak dapat disatukan menghasilkan sesuatu yang lebih pelbagai dan segar untuk generasi mudaNamun, -ciri-ciri asal harus dikekalkan bagi menjamin keaslian muzik-kaum lain patut belajar alat-alat kaum lain untuk lebih memahami dan proses ini dapat membina perpaduan yang lebih kukuh.

  8. SMP2252 Liew says:

    Selamat Sejahtera… saya pernah menonton video ini di dalam saluran tv sebelum ini. Pada pendapat saya, kandungan video di atas bersesuaian dengan konteks perpaduan negara kita kerana: a) ia menggabungkan alat muzik cina, melayu dan india yang melambangkan tiga kaum utama di malaysia. Ini menunjukkan alat muzik yang berlainan budayanya juga boleh digabungkan untuk mencipta satu jenis kesenian yang barub) muzik jenis ini kemungkinan menarik minat pemuda pemudi yang jemu dengan bunyi asal alat muzik tersebut dan ini juga boleh mengembangkan kretiviti mereka untuk mendalami alat muzik tradsional ini.Ps: walaubagaimanapun, dari persepsi masyarakat yang mempunyai pengetahuan asas tentang alat muzik ini, mereka mudah untuk mendapat mesej yang ingin disampaikan tetapi untuk masyarakat biasa, mereka mungkin tidak mengetahui apa itu gambus, apa itu er hu, maka penyampaian mesej perpaduan ini juga akan gagal.

  9. Tidak dinafikan lagi, muzik merupakan salah satu unsur penting dalam menyatupadukan rakyat. – Setiap kaum di Malaysia mempunyai alat muzik tradisional yang menjadi identiti mereka.- Gubahan muzik dengan menggunakan alat muzik setiap kaum di Malaysia menggambarkan kerjasama dan perpaduan antara semua kaum. – Gabungan alat muzik setiap kaum juga mempelbagaikan lagi seni muzik tanah air kita.- Jika muzik dari setiap kaum dapat digubal menjadi satu irama yang lunak didengari mengapa tidak setiap masyarakat yang berbilang kaum dapat bersatu dan hidup dengan aman.

  10. Pada pandangan anda, adakah kandungan video di atas bersesuaian dalam konteks perpaduan negara kita? Sila berikan justifikasi kepada jawapan anda. Jawapan anda mestilah menjurus kepada aspek muzikal.•Ya kerana gabungan muzikal ini memapar dan mengungkapkan perpaduan dan semangat setiakawan di kalangan rakyat berbilang kaum.•Ia diilihat sebagai pemangkin revolusi muzik Malaysia di abad ke-21. Ia berteraskan muzik pelbagai kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Orang Asli, Sabah dan Sarawak. Gabungan pelbagai genre muzik ini adalah diharap dapat dijadikan satu landasan kepada suatu konsep muzik baru rakyat Malaysia yang bersatu di abad yang mendatang.•Ia menghasilkan identiti kesenian muzik negara Malaysia yang unik dan menggalakkan keharmonian di antara masyarakat berbilang kaum Malaysia melalui aktiviti muzikal serta menyuburkan semangat perpaduan di antara masyarakat berbilang bangsa Malaysia. Ia juga menggalakkan masyarakat supaya lebih menghargai kesenian tradisional tempatan.

  11. Muzik adalah salah satu alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Seperti yang kita ketahui, muzik merupakan mekanisme penting bagi menarik perhatian masyarakat untuk bekerjasama dan bersatupadu dalam sesebuah negara. Dalam Konteks Malaysia, melalui muzik tradisional seperti dikir barat dan sebagainya mempunyai unsur-unsur perpaduan dilihat dari aspek lagu dan persembahan.Pada pandangan saya, terdapat unsur-unsur perpaduan dalam kandungan video di atas di mana dilihat dari aspek muzikal iaitu mempunyai unsur muzik cina, India dan Melayu serta ditambah dengan unsur muzik dari Sabah dan Sarawak. Dengan gabungan unsur muzik daripada semua kaum ini dalam satu muzik atau persembahan akan menyebabkan wujudnya sikap bekerjasama antara kaum dalam menjayakan sesuatu persembahan yang ingin dibuat.Ini juga dapat memperluaskan unsur muzik kaum masing-masing dan ini akan menyebabkan wujud unsur-unsur perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum dalam negara itu sendiri. Selain itu dilihat dari aspek penggunaan alat muzik juga iaitu terdapat Pengaruh muzik arab yang dapat dilihat dalam video di atas dari aspek penggunaan alat muzik seperti rebab. Pengaruh muzik arab biasanya terdapat dalam aspek muzik tradisional orang Melayu seperti Ghazal dan sebagainya. Gabungan unsur muzik dari pelbagai kaum dan budaya dapat menarik minat dan memberi nafas baru terhadap sesuatu aspek muzik yang dipertontonkan. Hal ini dapat menarik minat kaum lain untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dan seterusnya dapat memupuk budaya perpaduan antara kaum di negara kita Malaysia.

  12. Muzik adalah salah satu alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Seperti yang kita ketahui, muzik merupakan mekanisme penting bagi menarik perhatian masyarakat untuk bekerjasama dan bersatupadu dalam sesebuah negara. Dalam Konteks Malaysia, melalui muzik tradisional seperti dikir barat dan sebagainya mempunyai unsur-unsur perpaduan dilihat dari aspek lagu dan persembahan.Pada pandangan saya, terdapat unsur-unsur perpaduan dalam kandungan video di atas di mana dilihat dari aspek muzikal iaitu mempunyai unsur muzik cina, India dan Melayu serta ditambah dengan unsur muzik dari Sabah dan Sarawak. Dengan gabungan unsur muzik daripada semua kaum ini dalam satu muzik atau persembahan akan menyebabkan wujudnya sikap bekerjasama antara kaum dalam menjayakan sesuatu persembahan yang ingin dibuat.Ini juga dapat memperluaskan unsur muzik kaum masing-masing dan ini akan menyebabkan wujud unsur-unsur perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum dalam negara itu sendiri. Selain itu dilihat dari aspek penggunaan alat muzik juga iaitu terdapat Pengaruh muzik arab yang dapat dilihat dalam video di atas dari aspek penggunaan alat muzik seperti rebab. Pengaruh muzik arab biasanya terdapat dalam aspek muzik tradisional orang Melayu seperti Ghazal dan sebagainya. Gabungan unsur muzik dari pelbagai kaum dan budaya dapat menarik minat dan memberi nafas baru terhadap sesuatu aspek muzik yang dipertontonkan. Hal ini dapat menarik minat kaum lain untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dan seterusnya dapat memupuk budaya perpaduan antara kaum di negara kita Malaysia.

  13. Pada pendapat penulis, muzik sememangnya mampu menjadi agen penyatuan khususnya masyarakat yang hidup dalam keadaaan berbilang kaum seperti Malaysia kerana:– Gabungan alat muzik tradisional kaum Cina dan India yang di mainkan oleh individu Melayu jelas menunjukkan bahawa, melalui muzik seseorang itu mampu untuk menyelami dan memahami cara hidup dan budaya masyarakat lain. Jika seseorang mampu untuk memahami dan menghormati budaya dan cara hidup masyarakat lain sudah tentu persengketaan dan pertelingkahan dapat dielakkan.- Gabungan alat-alat muzik daripada latar yang berbeza dilihat mampu menghasilkan satu bunyi yang cukup harmoni untuk didengari. Bayangkan pula jika manusia yang berbilang bangsa berpadu dalam satu negara yang sama sudah tentu banyak kebaikan dan faedah yang mampu dihasilkan hasil daripada sifat kompromi dan kerjasama yang dipamerkan. – Individu yang datang menyaksikan persembahan sedemikian rupa sudah tentu berasa bangga dan kagum dengan keunikan tersebut dan secara tidak langsung ia akan merangsang mereka untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian yang dimiliki kini agar lebih banyak hasil seni yang menarik dan bertaraf dunia mampu dihasilkan.

  14. abdul qayyum says:

    pada pandangan saya, muzik sememangnya dapat menyatupadukan rakyat di malaysia. jika kita lihat pada video diatas, ia telah memperlihatkan bagaimana alat-alat tradisional dari bansa yang berbeza di satukan dalam satu assemble. ini menunjukkan bahawa penyatuan kaum boleh dicapai melalui muzik. pada amnya alat-alat ini hanya dimainkan dalam negeri dan adat sendiri sahaja, apa yang kita lihat pada masa sekarang alat-alat tradisional ini dapat digabungkan dalam satu persembahan dan boleh ditonton oleh pelbagai bangsa. ini telah membuktikan muzik bukan hanya sebagai satu hiburan tapi muzik juga sebagai satu mekanisme untuk menyatupadukan kaum di malaysia. contoh terdekat yang saya boleh berikan ialah program realiti tv seperti af, seperti yang kita tahu pelajar-pelajarnya bukan hanya terdiri dari satu bangsa tetapi pelbagai bangsa dan kaum. tetapi mereka dapat menjalinkan hubungan yang baik seperti bersaudara. bagi saya muzik memang dapat menyatupadukan rakyat dimalaysia.

  15. Marlin says:

    Pada pandangan saya, konsert di atas sangat sesuai untuk perpaduan di negara ini. Hal ini dapat dilihat dari segi penggunaan alat muzik yang mewakili pelbagai kaum yang terdapat di negara ini. -SapeAlat muzik ini mewakili kaum yang terdapat di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.-GambusAlat muzik ini mewakili kaum Melayu kerana kebanyakannya dimainkan oleh orang Melayu khususnya di Semenanjung Malaysia.-ErhuAlat muzik ini merupakan salah satu alat muzik tradisional kaum Cina. Oleh itu, alat muzik ini mewakili kaum cina di Malaysia.-Indian FluteAlat muzik ini mewakili kaum India di Malaysia yang juga merupakan salah satu kaum utama di negara ini.Kesimpulannya, konsert di atas memang sesuai untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia melalui muzik.

  16. Ya, jika dilihat dalam video di atas adalah bersesuaian dengan konteks perpaduan negara Malaysia. konsert ini memaparkan muzik gambus yang unik yang dimainkan oleh Fauziah Gambus atau lebih dikenali sebagai Ratu gambus. KOnsert ini mangabungkan beberapa peralatan muzik lain seperti soloist sape yang dimainkan oleh Jerry Kamit, erhu oleh Kam, seruling, gitar moden dan alatan muzik moden yang lain seperti kibord. Antara perkara lain yang dapat diklasifikasikan sebagai muzik perpaduan kaum adalah pamain muzik bergabung tenaga untuk menghasilkan muzik yang unik iaitu terdiri daripada pelbagai etnik.Bentuk muzik seperti ini adalah lebih berbentuk pengulangan, dan mempunyai pic rendah dan tinggi bagi menghasilkan struktur muzik yang harmoni. Konklusinya, muzik ini telah mendapat perhatian pelbagai pihak salah satunya merupakan gabungan alat muzik tradisional dan moden. Serta cara memainkan alat muzik tradisional tanpa mengubah sebarang bentuk asal dan bersifat semulajadi atau berbentuk asli.

  17. Kandunagn vedio yang ditayangkan ialah bersesuaian dengan konteks perpaduan negara kita..1) muzik dapat mengeratkan silaturahim pada setiap bangsa iaitu membantu masyarakat mengenalpasti identiti budaya sesuatu kaum melalui muzik, secara tidak langsung menyingkirkan sifat fahaman perkauman..2) Muzik tersebut sesuai dengan konsep 1 Malaysia iaitu pelbagai bangsa boleh disatukan melalui pelbagai bangsa dan mempunyai sifat toleransi antara kaum..3) Dapat membina semangat jadi diri setiap masyarakat..4) muzik sebagai aset penting dalam menyatupadukan masyarakat dan membantu masyakat mengenalpasti identiti masyarkat lain melalui muzik..

  18. SMP2252 Azam says:

    Pada pendapat saya video yang ditunjukkan di atas adalah sesuai dalam konteks perpaduan negara ini. Hal ini jelas menunjukkan bagaimana setiap alat muzik yang menjadi simbol identiti pelbagai etnik di negara ini iaitu, erhu bagi masyarakat Cina, gambus bagi masyarakat Melayu, seruling bagi masyarakat India dan sape yang mewakili masyarakat Sabah dan Sarawak boleh dimainkan bersama dalam satu persembahan. Walaupun mempunyai perbezaan dari segi alunan muziknya namun masih lagi boleh bersatu dengan satu melodi yang mengabungkan pelbagai bunyian daripada alat muzik tersebut. Ini menjadi lambang atau simbolik kepada perpaduan masyarakat majmuk di negara ini. Melalui muzik, kita dapat saling berkongsi dan mengenali budaya masing-masing.

  19. emma says:

    Pada pandangan saya, kandungan video di atas sangat bersesuaian dengan konteks perpaduan di negara kita. hal ini kerana,-dalam video tersebut terdapat semua bangsa dalam menjayakan muzikal tersebut. malah muzikal yang dipersembahkan pula sngat menarik perhatian. gagasan 1 malaysia merupakan gagaan yg wujud hasil daripada kepelbagaian bangsa yang ada di malaysia seperti cina, india, melayu dan kaum peribumi sabah dan serawak. untuk mewujudkan semagat perpaduan seharusnya muzikal seperti ini perlu dihasilkan. bersesuaian pula dipersembahkan pada hari 1 malaysia.-dengan menggabungkan semua bangsa yang ada di dalam 1 muzikal, semagat perpaduan itu telah berjaya diwujudkan.oleh itu saya sangat bersetuju dengan muzikal di atas kerana ia sangat bersesuaian dengan konteks 1 malaysia yang diwujukan sekarang.

  20. Pada pendapat saya video ini sesuai jika dikaitkan dengan perpaduan negara.-kombinasi alat muzik tradisional dari pelbagai kaum disatukan dalam muzik ini.-penglibatan lebih dari 1 kaum dalam video ini.-arrangement muziknya juga adalah kombinasi muzik yang ketara iaitu melayu & cina.-muzik ghazal yang telah dimodenkan seperti ini lebih mudah untuk diterima oleh masyarakat kini tidak kira kaum.

  21. Saya sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa muzik mampu menyepadukan berbilang kaum di Negara kita. Pada pandangan saya, dengan melihat video tersebut, adalah menjadi satu perkara yang menarik dan sebolehnya diteruskan oleh penggiat seni muzik yang lain bagi membuka mata masyarakat bahawa dengan muzik, berbilang kaum boleh berkumpul dan bercampur aduk pada satu-satu persembahan atau majlis seperti yang ditayangkan dalam video klip tersebut. Adalah menjadi persoalan, mengapa pihak kerajaan tidak menganjurkan kempen menyepadukan rakyat dengan menerapkan nilai tradisi muzik setiap kaum untuk dipersembahkan pada mana-mana selingan majlis formal di seluruh Negara kita. Bahkan meneruskan kempen slogan 1Malaysia yang masih kabur halatuju matlamatnya. Bagi pengamatan saya, muzik adalah satu jalan pintas untuk menyepadukan rakyat. Hal ini adalah kerana dengan muzik, tidak mengira kaum, tua atau muda, setiap masyarakat akan mengambil bahagian dalam menjayakan sesebuah persembahan. Mengambil contohh, sekiranya pihak pengarah persembahan menyuarakan pendapat bahawa tradisi muzik daripada pelbagai kaum digabungkan, secara langsung mahupun tidak langsung membabitkan penyertaan daripada pelbagai kaum seperti yang ada pada video tersebut yang menggabungkan ciri-ciri gesekan violin asli melayu,flute, alat tradisonal kaum cina dan juga sarawak.

  22. Salam lebaran dan salam satu malaysia, kembali kepada perbincangan pada soalan minggu ke-8 yang sangat membuka pandangan dan pelbagai pendapat kita semua sebagai rakyat Malaysia. Pada pandangan saya, kandungan video tersebut adalah satu contoh terbaik dan mampu mewujudkan perpaduan antara kaum di malaysia amnya. Saya menyokong hujah saya dengan bersetuju dengan pernyataan bahawa muzik mampu menyepadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Hal ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan dengan perlaksanaan slogan 1MALAYSIA. Muzik merupakan elemen yang amat sesuai untuk menerapkan nilai dan budaya masyarakat berbilang kaum kepada seluruh masyarakat. Hal ini adalah kerana dengan adanya persembahan seperti video tersebut yang menggabungkan pelbagai alat tradisional daripada budaya masyarakat di Malaysia yang dengan gabungan alat muzik moden mampu menarik minat masyarakat pendengar tidak kira daripada golongan tua,muda, atau kanak-kanak. Pada pandangan saya juga, persembahan seperti berikut adalah sesuai diadakan tidak kira dalam majlis formal ataupun tidak formal. Walhal yang demikian,wujud pelbagai cabaran dalam mencapai matlamat tersebut. Antara abaran untuk menyepadukan rakyat berbilang kaum di negara kita wujud apabila pemahaman atau persepsi masyarakat terhadap muzik. Ada sesetengah masyarakat yang tidak mengambil kesempatan yang ada untuk menghayati, mendalami atau melihat sendiri bagaimana tradisi alat kaum yang lain. Antara cabaran lain pula ialah kesukaran untuk masyarakat mendapat peluang untuk melihat sesebuah persembahan seperti video tersebut. Mengambil contoh, di Sabah, kesukaran untuk melihat ataupun memperoleh alatan tradisional melayu itu sendiri seperti serunai dan juga cara persembahan alat itu digunakan. Walaupun demkian, saya yakin dan sangat bersetuju bahawa muzik dan elemen muzik yang pelbagai yang ada di Negara kita mampu menyepadukan rakyat daripada pelbagai kaum selain daripada sambutan perayaan setiap kaum yang disambut oleh seluruh negara kita khususnya.

  23. Ya.. Pada pandangan saya, video ini amat sesuai dalam konteks perpaduan negara kita. Dalam persembahan ini, melibatkan pelbagai alat muzik. Salah satu contoh ialah erhu,ia dimainkan dalam persembahan ini. Melalui persembahan ini, kita dapat mengetahui alat muzik yang kita tidak pernah main sebelum ini.kita dapat belajar alat muzik yang berbeza mengikut bangsa masing-masing.

  24. Pada pandangan saya, video tersebut agak sesuai untuk menonjolkan perpaduan negara kita. Dalam video ini, perpaduan dapat ditonjolkan melalui penggunaan alat muzik yang pelbagai bagi kaum yang berlainan. Ini menunjukkan wujudnya perpaduan antara kaum-kaum di Malaysia. Selain itu, Selain itu, muzik yang dimainkan juga berunsur kepelbagaian kaum. Muzik yang dimainkan mempunyai stail-stail atau gaya lagu pelbagai kaum.

  25. muzik memainkan peranan yang amat penting dalam menyepadukan rakyat. Dalam video di atas, terdapat alat muzik yang terdiri daripada sape, er hu, gambus dan alat-alat perkusi. Sape merupakan alat tradisional pada Sarawak, er hu merupakan alat muzik tradisional Cina dan gambus merupakan alat muzik tradisional melayu. Video ini dapat menunjukkan budaya negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Persembahan ini adalah sesuai dimainkan di merata tempat supaya rakyat dapat memahami dan mengetahui budaya kaum lain. Mereka akan menyaksikan persembahan ini bersama dan ini akan memupuk perpaduan di antara rakyat dan dapat memahami budaya masing-masing.

  26. CHRISTINE says:

    muzik sememangnya merupakan sesuatu mekanisme yang boleh menyepadukan rakyat. persembahan tersebut menggunakan alat muzik yang berbeza dan membawa budaya yang berbeza pada Malaysia. kerjasama antara pemuzik dari latar belakang dan budaya yang berbeza telah berjaya menghasilkan muzik yang baru serta menarik minat rakyat, maka rakyat boleh menerima muzik dan budaya mereka. kerjasama antara pemuzik mengeratkan hubungan sesama lain dan menghormati sesama lain. Muzik yang begitu unik boleh digubah dengan pelbagai cara dan pelbagai alat boleh mengabungkan rakyat yang berbagai bangsa dan kaum duduk di bawah satu rumah untuk mengkaji bagaimana membuat sesuatu yang baru agar mencapai hasrat 1Malaysia. Memahami alat muzik bukan dari budaya sendiri adalah bukan senang kerana kita perlu menerima sesuatu yang baru dan mempelajarinya. Maka penerapan nilai menghargai budaya yang lain adalah penting dan ini boleh berlaku dalam aspek persembahan muzik dan sebagainya.

  27. YA. Saya menyatakan atas sebab berikut:I) Perpaduan adalah atas dasar kepelbagaian. Melalui kepelbagaian tidak mustahil keutuhan dan perpaduan dapat dibina apatah lagi melalui aplikasi kepelbagaian dalam muzik sekaligus melahirkan konteks perpasuan rakyat menyeluruh.II) Kepelbgaian dalam muzik turut menghasilkan sesuatu yang baru dan lebih gah di mata dunia. Dengan demikian, nilai yang baharu itulah yang membentuk keharmonian dalam rakyat dengan melihat muzik yang lebih pelbagai dan menarik.III) saya melihat keharmonian muzik tersebut sebagai persepaduan (unity) rakyat. Boleh dianologikan dengan keindahan dan keharmonian kepelbagaian alat muzik yang dimainkan begitu juga la kehidupan dan perpaduan rakyat sekiranya ia dimainkan dengan jiwa dan hati bersih si pemainnya.

  28. YA. Saya menyatakan atas sebab berikut:I) Perpaduan adalah atas dasar kepelbagaian. Melalui kepelbagaian tidak mustahil keutuhan dan perpaduan dapat dibina apatah lagi melalui aplikasi kepelbagaian dalam muzik sekaligus melahirkan konteks perpasuan rakyat menyeluruh.II) Kepelbgaian dalam muzik turut menghasilkan sesuatu yang baru dan lebih gah di mata dunia. Dengan demikian, nilai yang baharu itulah yang membentuk keharmonian dalam rakyat dengan melihat muzik yang lebih pelbagai dan menarik.III) saya melihat keharmonian muzik tersebut sebagai persepaduan (unity) rakyat. Boleh dianologikan dengan keindahan dan keharmonian kepelbagaian alat muzik yang dimainkan begitu juga la kehidupan dan perpaduan rakyat sekiranya ia dimainkan dengan jiwa dan hati bersih si pemainnya.

  29. Pada pandangan saya,video diatas sangat bersesuaian dalam konteks perpaduan negara kita kerana dari segi instrumen, ia mengambungkan beberapa instrument daripada pelbagai kaum dan bangsa. Contohnya sapir daripada sarawak,gambus dari melayu johor,erhu daripada masyarakat cina. Dalam video ini dapat dilihat, gabungan dariapad beberapa instrument menjadikan satu lagu. satu lagu yang akan didengar oleh pelbagai bangsa. ini dapat memupuk semangat perpaduan yang tinggi dikalangan rakyat malaysia.

  30. Pada pandangan saya, ya. Intipati kandungan video di atas amat bersesuaian dalam konteks perpaduan negara kita.Antara justifikasinya kerana:- penggunaan beberapa alat muzik tradisional dari masyarakat Melayu seperti Gambus, tamborin, seruling dan sebagainya. – selain itu, alat muzik terkini seperti gitar, keyboard dan lain-lain juga telah di gunakan dalam persembahan tersebut.- penggunaan beberapa alat muzik tradisional dari bangsa lain seperti erhu. Erhu merupakan salah satu alat tradisional yang di pelopori oleh masyarakat Cina. Seperti yang sedia maklum, pemain bagi alat muzik erhu adalah masyarakat Cina,maka di sini akan wujud perpaduan antara masyarakat Melayu dan Cina dalam persembahan di atas.- Selain itu, penggunaan alat muzik tradisional dari suku Dayak Pulau Kalimantan iaitu Sape merupakan fokus utama dalam persembahan tersebut selain Gambus dan Erhu.- Penggabungan ketiga-tiga alat muzik tradisional seperti Sape, Erhu dan Gambus dengan beberapa alat muzik lain maka sedikit sebanyak muzik atau lagu tersebut telah di kontemporarikan. Di sini telah membuktikan wujudnya perpaduan antara kaum dalam masyarakat Malaysia.

  31. Ya … video di atas memang sesuai dalam konteks perpaduan rancangan 1 malaysia. -persembahan ini menggunakan gabungan instrument ER Hu, gambus , flute n Sapek bersama dengan band music. Ke-4 empat insrtument ini merupakan music tradisinanal malaysia tetapi instrument ini daripada kaum yang berbeza.- Er hu daripada kaum China- gambus drpd melayu-sapek drpd Kaum iban -flute dan Band drpd budaya westerm Ini bermaksud Malaysia dapat mengeperdadukan masyarakat melalui alat music tradisional ini.Seperti yang Dekan Hassan cakap, kita hidup dalam budaya yang sama , tetapi perkauman yang berbeza. Jadi intrument ini dapat Link kan semua kaum masyarakat di Malaysia ini.

  32. – pada pendapat saya, kandungan video ini sangat sesuai dalam konteks perpaduan kaum di malaysia. -daripada video yang dipaparkan memperlihatkan kepada kita penggunaan kepelbagaian alat muzik yang berlainan kaum seperti gambus oleh org melayu, alat muzik sarawak dan alat muzik cina disamping terdapat juga alat muzik moden. hal ini jelas menunjukkan kepada kita usaha yang dilakukan untuk menyatupadukan kaum melalui seni dan muzik. – dengan adanya usaha sebegini mampu untuk menjadi landasan kepada perpaduan dan penyatuan rakyat berbilang bangsa.- disamping alat muzik, irama dan alunan muzik yang menarik juga mampu menarik minat khususnya golongan muda untuk terlibat dalam aktiviti yang membina ini. –

  33. Pada pendapat saya, video di atas bersesuaian dengan konteks perpaduan dalam negara kita. Berikut adalah rasional kepada kenyataan di atas.1. Semua kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India dan peribumi orang Ulu Sarawak telah bergabung dan menghasilkan satu muzik yang harmoni. Kaum Melayu dengan alat muzik gambus, India dengan seruling, Sarawak dengan sape dan Cina dengan erhu. Gabungan alat muzik dari kategori kordofon (gambus, erhu dan sape) dan aerofon (seruling) mengharmonikan persembahan ini. 2. Melodi dalam persembahan ini adalah senada dan tidak bertelingkah. Susun atur muzik yang baik menyebabkan setiap alat muzik tradisional itu dapat didengari dengan jelas dan dapat menunjukkan perbezaan melodi bagi setiap alat muzik yang dimainkan. 3. Tempo persembahan ini pada peringkat awal adalah perlahan manakala tempo pada korus menjadi semakin laju. Tempo dalam bersembahan ini juga bersifat berulang-ulang sehingga lagu tamat.4. Ekspresi lagu dalam persembahan ini adalah bersifat dinamik. Muzik kadangkala perlahan dan pada bahagian tertentu adalah kuat. Gabungan alat muzik tradisional semua kaum dengan tambahan alat muzik moden ini sangat sesuai dan melengkapi antara satu sama lain. Persembahan ini amat sesuai dengan konteks pelbagai kaum di Malaysia.

  34. Juster says:

    Salam 1 Malaysia..- Muzik adalah satu bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya, serta budaya yang berbeza. Persepsi tentang muzik adalah berbeza dengan setiap individu. Walau bagaimana pun, muzik adalah satu hiburan sekiranya kita mendengar sesuatu genre muzik.- Berdasarkan kepada aspek muzikal, muzik video di atas adalah sesuai dalam konteks perpaduan di negara kita. Pada pendapat sy, ia adalah sesuai kerana konten dalam video telah menggabungkan alat-alat muzik tradisional di Malaysia iaitu erhu, sape, dan seruling.- Muzik merupakan salah satu elemen yang boleh menyatupadukan rakyat berbilang kamu. Sape merupakan alat muzik tradisional masyarakat Iban di Sarawak. Erhu pula adalah salah satu alat muzik tradisonal masyarakat Cina. Apa yang dapat dilihat ialah, persembahan seperti ini dapat menghapuskan jurang antara kaum di negara ini.- Ini bermakna, satu ensamble muzik atau persembahan seperti dalam video di atas, membolehkan masyarakat boleh berhimpun dan duduk bersama-sama menyaksikan persembahan sedemikian rupa. Walau bagaimanapun, pembawaan lagu-lagu juga turut mempengaruhi kesan perpaduan. Contohnya, lagu-lagu rakyat mahupun tradisional harus diberi penekanan.- Dari segi konten pula, haruslah lebih menjurus kepada aspek kemasyarakatan. Pada pandangan saya, konsep yang ingin dibawa oleh ensamble muzik di atas adalah sesuai dan boleh terus bergerak ke hadapan.- Muzik yang hendak di bawa semestinya mempengaruhi sesuatu masyarakat itu. Dengan mengabungkan alat-alat muzik tradisional dalam satu ensamble, secara tidak langsung akan dapat membentuk satu masyarakat yang teguh. Dengan muzik tersebut sejarah tidak akan pernah terpadam di mana akan terus memberi satu kekuatan kepada masyarakat yang berbilang kaum.- Tambahan pula, sekiranya lagu-lagu yang dipersembahkan lebih berbentuk 'nasihat' maka lebih mendalam kesannya baiknya kepada perpaduan di negara ini.Oleh yang demikian, konsep atau konten dalam video di atas mestilah dipandang lebih meluas untuk membuka mata masyarakat berlilang kaum di negara ini. Kesan muzik dalam masyarakat adalah sangat mendalam. Biarlah dengan muzik tradisional di Malaysia ini akan terus berkembang seiring dengan perpaduan rakyatnya yang berbilang kaum.

  35. * Pada pandangan saya, kandungan video di atas amat sesuai dalam konteks perpaduan di negara kita. * Persembahan yang menarik kerana irama serta melodinya yang sedap didengar beserta dengan alunan dari pelbagai jenis alat yang digunakan.* Walau bagaimanapun, persembahan seperti dalam video di atas perlulah dilakukan sekerap yang mungkin serta menambah lagi alat-alat yang digunakan atau menggabungkan muzik-muzik agar rentak serta melodi lagu lebih menarik apabila diperdengarkan terutamanya untuk pendengaran generasi pada zaman sekarang. * Penambahbaikan dalam sesebuah muzik adalah perlu terutamanya dalam muzik tradisional. Walau bagaimanapun, penambahbaikan itu perlulah bersesuaian dengan peredaran zaman serta melodi muzik berkenaan.

  36. Kandungan video di atas adalah sangat bersesuaian dengan konteks perpaduan di negara kita. Ini adalah kerana cara permainan dan jenis muzik bagi setiap alat muzik tradisional yang digunakan di atas adalah berbeza. Walaubagaimanapun, kesemua alat muzik tradisional tersebut dapat disatukan untuk menghasilkan sebuah lagu yang sangat hebat. Setiap alat muzik tradisional yang digunakan mempunyai peranan yang penting dalam lagu ini. Sebagai contohnya, pada awal lagu, pemuzik yang menggunakan sapek memainkan melodi utama manakala yang lain memainkan melodi iringan sahaja. Perkara ini sangat jelas dan mencerminkan masyarakat berbilang bangsa di negara kita yang bersatu padu walaupun masing-masing mempunyai budaya dan cara hidup yang berbeza.

  37. salam..pada pandangan saya,kandungan video diatas bersesuaian dalam kontek perpaduan negara kita kerana:1. alat muzik yang dimainkan adalah alat muzik tradisional Malaysia dan ia sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia tidak kira bangsa.2. masyarakat boleh disatukan dengan muzik kerana permainan alat tidak memilih kaum dan sesiapa sahaja boleh memainkan alat muzik.3. muzik merupakan satu budaya dan melalui budaya yang sama setiap kaum dimalaysia boleh disatukan dengn muzik.sekian sahaja jawapan saya pada hari ini…terima kasih=p

  38. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Manakala ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Oleh itu, mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Muzik merupakan aspek yang penting dalam menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia ini. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perpaduan nasional, antaranya ialah:1. Saya bersetuju dengan paparan video ini kerana ia melihatkan gabungan jenis-jenis muzik yang terdapat di negara ini seperti Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Ini memperlihatkan kehidupan rakyat Malaysia ini dengan kepelbagaian budaya mampu bersatu dalam satu rumpun bangsa dan hidup dalam suasana aman dan damai melalui saluran muzik. 2. Muzik dapat membantu kita untuk lebih memahami sifat manusia dari aspek perhubungan antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan juga tentang ibadah dan kerohanian manusia. Kita juga dapat mempelajari tentang beraneka jenis kebudayaan yang lain di dunia dan negara ini dengan lebih mendalam melalui saluran muzik.3. Adalah amat penting bagi setiap masyarakat menyedari bahawa bukan semua aspek kehidupan manusia boleh dinilai secara merata atau sejagat. Adakalanya sesuatu isu tentang soal kehidupan atau tingkah laku manusia boleh dilihat dan difahami dengan beraneka cara. Muzik boleh menyampaikan nilai-nilai seperti ini dengan amat berkesan. Dalam suasana yang mengagung-agungkan materialisme, muzik boleh memberi satu perspektif yang lebih seimbang terhadap kehidupan kita.4. Muzik telah memainkan peranan yang utama dalam kehidupan manusia untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan manusia di seluruh dunia. Manusia tidak boleh hidup dengan cukup bahagia tanpa muzik. Peranan muzik dalam sesuatu masyarakat adalah cukup jelas dan nyata. 5. Muzik mempunyai matlamat yang utama dalam mewariskan budaya sesuatu bangsa itu termasuk warisan budaya manusia yang silam kepada generasi muda. Satu komponen utama dalam mana-mana budaya ialah amalan muzik bangsa itu sendiri. Oleh yang demikian, muzik boleh dianggap sebagai satu lagi saluran yang sihat untuk mencapai perpaduan ini.

  39. -video bersesuaian kerna ia mlibtkan bermacam macam alat muzik. dan pelbagai jenis alat muzik antara kaum d malaysia.-kekosongan dalm intrksi antara seni dan budaya boleh d perbaiki dgn mempelbagaikn jenis2 muzik dlm masyarakt. masyarakt yg berbilang kaum ada pelbagai budaya yg trsndri.-muzik ini juga sesuai untk d perdgrkan kpd semua lapisan masyrkt d malysia. krna muzik ini trlalu subjektf utk d dgri oleh semua-gabungn semua alat2 trsebut jga dapt mgeratkn perpaduan dalm masykat malaysia. kerana alat2 trsebut adlh alat tradisional msng2.

  40. Siti Rohaya says:

    – Bagi pendapat saya, kandungan muzik dalam video tersebut amat bersesuaian dengan konsep perpaduan negara kita. Ini kerana susunan muzik yang dimainkan telah menggabungkan elemen- elemen muzik pengenalan kaum di Malaysia.- kedua ialah, instrumen yang digunakan juga membuktikan bahawa kaum- kaum di malaysia turut berkongsi segala yang ada secara bersama. Oleh itu, instrumen turut dikongsi untuk menghasilkan sesebuah lagu atau karya dan ini akan memberikan tarikan yang hebat untuk tontonan orang luar.- Oleh itu, apabila adanya penggabungan muzik setiap kaum, ia dapat membantu untuk memperatkan lagi hubungan yang terjalin antara kaum.

  41. smp2252asma says:

    Kandungan video tersebut amat bersesuaian dengan perpaduan dengan konteks negara Malaysia. Ini adalah kerana :1) Alat-alat muzik yang digunakan terdiri daripada beberapa alat yang popular untuk kaum India, Cina dan Melayu seperti Tabla, gambus dan biola.2) Muzik yang dipermainkan juga mengandungi unsur-unsur muzik yang boleh diterima oleh pelbagai kaum di Malaysia ini. Rentak India, Cina dan Melayu jelas kedengaran dalam video ini. Ini menyebabkan setiap kaum boleh menerima muzik tersebut sekaligus boleh menerima alat-alat muzik tradisional Malaysia.3) Muzik yang berentak rancak dalam video ini juga turut membolehkan setiap individu masa kini menerima muzik ini. Trend muzik masa kini yang sentiasa inginkan muzik berentak rancak membolehkan video ini diterima oleh setiap individu.Dengan menggabungkan unsur-unsur muzik dari kaum Melayu, Cina dan India membolehkan setiap lapisan ini menerima muzik dari video tersebut dan sekaligus dapat mewujudkan perpaduan antara kaum.

  42. smp2252 says:

    -Pada pendapat penulis, video yang dipaparkan sangat bersesuaian dengan konteks perpaduan di negara kita yang berbilang kaum ini. Hal ini kerana, gabungan muzik yang dimainkan dan pemain muzik juga terdiri daripada semua kaum utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. -Sebagaimana yang diketahu, kepelbagaian kaum yang ada sememangnya sudah lama menjadi simbol kekuatan negara kita. Oleh itu, kita seharusnya memantapkan lagi kekuatan ini supaya kita dapat meghadapi cabaran yang akan datang. Salah satu cara adalah melalui muzik. -Apabila muzik daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India ini digabungkan, ia akan membentuk keunikan yang tersendiri dan pada masa yang sama ia dapat menarik minat golongan muda,golongan tua, kaum Melayu, Cina mahupun India untuk bersama-sama menghayatinya. Maka di sinilah kita dapat menyatukan semua kaum di mana setiap kaum akan mengenali budaya muzik di antara sama lain. Sebagai contoh, kaum Melayu boleh mengenali muzik Cina dan India dan begitu juga sebaliknya untuk kaum lain. – berdasarkan video yang dipaparkan juga dilihat pelbagai jenis alat muzik yang dimainkan yang mana ia juga salah satu langkah yang dapat menyatukan kaum yang ada di negara kita ini.- oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa muzik juga dapat menyatukan kaum dan memantapkan lagi perpaduan yang sedia terbentuk di antara kaum ini.

  43. ~ Ya video ini bersesuaian dengan konteks perpaduan negara kita.~ Hal ini kerana alat muzik yang digunakan di dalam video ini menggabungkan alat muzik tradisional dan alat muzik moden yang digunakan pada masa kini.~ Oleh itu, gabungan muzik seperti ini dapat mengelakkan daripada alat muzik tradisional yang digunakan setelah sekian lama tidak luput di telan zaman dan generasi muda kita pada masa kini juga akan mempelajari dan mengetahui apakah asal usul alat muzik yang digunakan ketika dahulu sebelum kewujudan alat muzik moden ketika ini.~ Namun begitu, orang ramai yang menonton video ini juga dapat mempelajari bagaimana sesuatu alat muzik tradisional itu dimainkan dan di dalam video ini juga mereka mengetengahkan bahawa alat muzik tradisional bagi sesebuah bangsa itu tidak hanya boleh dimainkan oleh bangsa itu sahaja malahan ia juga boleh dimainkan oleh mereka yang berlainan bangsa. Jadi melalui aktiviti ini, bukan sahaja ikatan silaturrahim dalam kalangan rakyat akan bertambah kuat malahan ianya juga akan membentuk perpaduan kepada negara. Jadi permusuhan tidak mudah wujud dalam diri mereka.~ Alat-alat yang digunakan juga merangkumi alat kordofon, membranofon dan idiofon. Alat-alat muzik bertali seperti gitar digunakan di dalam muzik ini dan drum.

  44. ternyata video di atas bersesuaian dalam konteks perpaduan negara kerana:1) persembahan muzikal ini dapat menarik minat generasi muda zaman sekarang atas kelainan konsep muzikal yang ditunjukkan dengan menggabungkan pelbagai jenis alatan yang dimainkan oleh pelbagai jenis kaum. Jelas di sini mereka menekankan konsep "satu malaysia".2) muzik atau lagu yang dimainkan dapat diterima oleh semua pihak.(terdapat konsep keaslian dalam muzik yang dimainkan)3) variasi muzik dan kreativiti dalam persembahan dapat menyatupadukan rakyat dari semua aspek dan jika persembahan sebegini diadakan,ianya sudah pasti mendapat sambutan dari orang ramai justeru dapat mengeratkan silaturrahim.4) muzik ini dapat membantu dalam merapatkan atau menyatupadukan rakyat malaysia melalui konsep satu bangsa dan satu negara.

  45. noor zakiah says:

    Assalamualaikum dan salam sejahtera….Muzik merupakan satu cabang budaya yang sentiasa bergerak dan bernafas selari dengan perkembangan dunia semasa. Muzik juga merupakan satu hiburan yang diminati oleh semua kaum di malaysia, hal ini dapat dilihat jika ada sesuatu persembahan atau sambutan, bentuk hiburan muzik yang melibatkan semua kaum boleh dilihat. Contoh yang jelas adalah semasa sambutan hari kemerdekaan negara pada setiap tahun, semua kaum melibatkan diri dalam sambutan hiburan berbentuk muzikal seperti tarian dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan bahawa muzik dapat mengeratkan ikatan perpaduan dikalangan rakyat malaysia amnya. pada pendapat saya kandungan video yang diberi jelas menunjukkan bahawa:-rakyat malaysia boleh bersatu dalam erti kata muzik, kerana jiwa rakyat malaysia secara amnya meminati muzik, lebih-lebih lagi muzik tradisional. hal ini kerana ia lebih dekat dengan jiwa masyarakat.

  46. nurulliyana says:

    Assalamualaikum.-Muzik adalah satu budaya masyarakat yang mana jika dihayati oleh setiap ahli masyarakat akan menghasilkan satu rasa, satu kekaguman, satu nilai yang sama. Hal inilah yang membuahkan kepada perpaduan masyarakat apabila mereka berkongsi rasa cinta kepada muzik yang berada dalam satu lingkungan budaya. Ya, video itu sesuai dalam konteks perpaduan negara Malaysia. Kerana:- jika sesebuah ahli masyarakat mendengar dan menghargai muzik masyarakat lain, ini akan mengukuhkan hubungan dikalangan masyarakat itu.-masyarakat Malaysia berkongsi budaya yang sama. Muzik boleh dijadikan landasan bagi menyuarakan pengukuhan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

  47. yunieyusoff says:

    -ya-kandungan vdeo di atas pada pendapat saya amat bersesuaian dengan dalam konteks perpaduan negara kita.-ini kerana negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik dan bangsa.-melalui muzik, kita dapat mempelajari pelbagai jenis muzik bukan sahaja muzik yang terdapat dalam sesebuah kaum itu sendiri sahaja. ini akan menambahkan dan memperluaskan lagi pengetahuan muzik yang sedia ada.

  48. Pada pandangan saya, kandungan video di atas bersesuaian dalam konteks perpaduan negara kita. Dalam interaksi seni dan budaya dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan etnik ini, elemen kebudayaan boleh dijadikan sebagai satu medium bagi memupuk perpaduan dengan perasaan saling menerima dan menghormati keunikan budaya etnik lain. Demikian juga dengan muzik iaitu salah satu elemen di dalam budaya itu sendiri. Muzik merupakan salah satu mekanisme yang boleh menyepadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Berdasarkan video di atas kita dapat lihat bahawa persembahannya unik dan menarik dengan menggabungkan beberapa jenis alat muzik yang dimainkan dengan gubahan lagu bersifat kontemporari. Sunnguhpun gaya persembahannya tidak mengekalkan ciri-ciri tradisi persembahan asal sepenuhnya,namun pendekatan ini membuktikan bahawa kita masyarakat yang berbilang kaum saling menerima dan menghormati budaya masyarakat lain yang tinggal serumpun dalam satu naungan. "KEASLIAN DAN KEINDAHAN SERTA KEPELBAGAIAN MUZIKALMERUPAKAN SALAH SATU KEKUATAN DALAM MENYATUPADUKAN SELURUH LAPISANMASYARAKAT KHUSUSNYA DALAM MENJAYAKAN GAGASAN 1MALAYSIA."

  49. RK_nisa says:

    -Pada pandangan saya video di atas sangat bersesuaian dengan konteks perpaduan negara kita.-Jika kita lihat gabungan alat muzik tradisional antara sape yang merupakan alat muzik etnik sarawak,er-hu yang merupakan alat muzik tradisi masyarakat Cina,gambus pula alat muzik tradisi masyarakat Melayu.-Gabungan yang dilakukan ini telah menghasilkan sebuah lagu yang amat menarik.-Gabungan diantara alat-alat muzik tradisional dan alat-alat muzik moden seperti keyboard,gitar dan lain-lain telah memberikan pendedahan yang menarik terutamanya untuk golongan muda.

  50. Sememangnya muzik merupakan satu mekanisme yang boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Lihat sahaja program-program sebelum ini seperti Citrawarna Malaysia yang menggabungkan pelbagai genre muzik berbilang kaum di Malaysia. Video yang ditunjukkan amat bersesuaian untuk perpaduan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, kebanyakan genre dari pelbagai bangsa dan kaum dipersembahkan. Ia sekaligus mengundang kehadiran pelbagai etnik dan bangsa ke program tersebut. Sememangnya muzik mampu menyatupadukan pelbagai bangsa..InsyaAllah

  51. Zulhilmi says:

    ya…kerana ia dapat menyatupadukan dan menimbulkan rasa cinta kepada bangsa..-pelbagai kaum boleh memainkan alat muzik kaum lain..-rentak di dalam video yang dimainkan mempunyai kepelbagaian dan ia amat menarik.

  52. Muzik merupakan salah satu mekanisme yang boleh menyepadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia dan ia sangat bertepatan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2010 yang lepas. Pada pandangan sy..muzik dlm kandungan video di atas merupakan konsert gambus dan ia amat bersesuaian dalam konteks perpaduan di negara kita. seperti mana yang kita sedia maklum, muzik gambus semakin terpinggir disebabkan pengaruh muzik Barat di negara kita. jesteru, konsert gambus ini diadakan sebagai satu usaha untuk menaikkan semula warisan muzik tradisional yang kian pupus. oleh demikian, Hari Malaysia menjadi platform untuk mengetengahkan semula muzik gambus ini. Sy berpendapat sedemikian kerana :1) getaran irama muzik gambus yang indah dan unik menerusi petikan gambus dpt memikat hati sesiapa yg mendengar.Ini secara tidak langsung dpt menarik hati peminat terutama golongan muda yang mungkin sebelum ini tidak pernah mendengar muzik gambus.2) Semua gubahan muzik dalam konsert ini menampilkan susunan muzik segar yang digabungkan dengan elemen muzik gambus sesuai dengan konsep utamanya ‘Tradisional Ke Fusion. Ini secara tidak langsung dapat memartabatkan muzik tradisional seiring dgn aliran muzik moden. Kolaborasi muzik tradisional dan moden dapat meniupkan semangat cintakan muzik gambus selari dengan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.3)untuk menyemarakkan semula irama gambus, gabungkan artis lama dengan yang baru, muzik moden dengan tradisional demi menarik minat penonton muda. Disuntik dengan sedikit kreativiti, pasti irama gambus akan diminati ramai kerana boleh disesuaikan dengan pendengar pelbagai lapisan usia. Muzik adalah milik semua orang apatah lagi keistimewaan petikan gambus sangat memikat hati.konsert ini diadakan di tempat terbuka untuk memberi peluang kepada semua berhibur dan menghayati irama gambus. dengan adanya konsert seperti ini akan membuka jalan supaya irama gambus terus diminati ramai terutama golongan muda yang kian menyanjung muzik luar. Sebenarnya muzik yang kita ada tidak kurang hebatnya berbanding muzik barat.

  53. -dalam video yang diberikan telah dicampurkan alat permianan tradisional masyarakat melayu dan juga masyarakat china. dapat dilihat melalui persembahan ini telah terbitnya satu bentuk perpaduan antara kaum yang ada di malaysia.-tempo lagu dalam video ini adalah sederhana dan ia juga mempunyai rentak yang tetap-dari segi melodi pula ia merupakan melodi yang berulang.-video ini juga menunjukan keharmonian di dalam lagu yang dimainkan apabila adanya gabungan bunyi antara alat muzik yang dimainkan seperti gambus dan seruling dan juga diantara alat muzik tradisional dan juga alat muzik moden seperti gitar dan juga dram.

  54. Muzik memainkan peranan dalam menyepadukan rakyat di Malaysia. Penggunaan alat-alat muzik dalam setiap bangsa menunjukkan keunikkan muzik dalam negara kita. Kepelbagaian bangsa menunjukkan identiti negara kita.

  55. Assalamua'laikum.Pada pandangan saya, kandungan video di atas adalah sangat bersesuaian dalam konteks perpaduan negara kita. Selain berbilang agama, bangsa, kaum, adat, dan budaya, kita dapat lihat juga berbagai-bagai jenis alat muzik yang terlibat di dalam persembahan di atas. Ini kerana:-1.Ianya dapat mengeratkan hubungan sesama manusia tidak kira agama, bangsa, dan siapa diri mereka.2. Dapat mengenali lagu, alat muzik, dan persembahan negeri-negeri yang berbilang kaum.3. Dapat memperjuangkan muzik nenek-moyang kita kepada semua kaum, dan tidak terhad kepada orang Melayu, Cina, atau India sahaja.4. Dapat memberi contoh dan teladan kepada negara luar, khususnya, bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum, tidak berpecah-belah dan saling menghormati sesama kita.5. Dapat mengetengahkan lagi konsep 1 Malaysia di mata dunia.*Maaf En. Amran kerana saya lambat menjawab soalan ini. Saya tidak sihat (sejak isnin lalu). Oleh itu, saya tidak berpeluang untuk menjawab soalan ini.Harap maaf…

  56. pada pendapat saya ya kerana1. penggunaan alat mengikut tradisi kaum masing-masing2. elemen lagu yang dipersembahkan juga mempunyai tema yang menunjukan identiti masing-masing3. pengendalian dan permainan alat pun bergabung antara kaum

  57. Pada pandangan saya, video ini berkesan untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalanga rakyat negara kita. Ini kerana, pelbagai alat muzik di ketengahkan dalam video ini. Antara alat muzik yang diketengahkan ialah sape dan gambus. Dengan pengajuran konsert seperti ini, ia dapat menarik perhatian dari semua lapisan masyarakat yang ada di negara kita

  58. Pada pandangan saya,ia amat sesuai dengan konsep perpaduan. Hal ini kerana, alat muzik yang digunakan adalah pelbagai mengikut kaum yang terdapat di Malaysia. Bunyi muzik juga terdapat bunyi lagu Melayu, Cina, India, dan Lagu dari Sabah dan Sarawak.

  59. Pada pandangan saya, ianya memang amat bersesuaian.* muzik sememangnya berpengaruh besar dalam kehidupan.* kehebatan muzik gambus atau muzik lainnya iaitu menerusi iramanya yang mesra dan syahdu dapat menerobos ke dalam sempadan bahasa, budaya dan bahasa.* muzik merupakan medium berkesan menyatupadukan seluruh masyarakat.

  60. pada pendapat saya. ia tidaklah merosakkan mana – mana budaya ataupun muzik tradisional itu sendiri. ini kerana, sepertimana yang kita tahu. muzik ini merupakan simbol budaya sesebuah kaum. walaupun terdapat alat yang sama tetapi budaya sesuatu kaum itu yang menunjukkan konsep muzik mereka.

  61. Haslina says:

    Pertamanya, saya tidak bersetuju dengan kenyataan diatas yang mengatakan bahawa Muzik merupakan salah satu mekanisme yang boleh menyepadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Jika dikatakan muzik dapat menyepadukan rakyat berbilang kaum, dari sudut mana ia dapat dilihat? Adakah ketika latihan persembahan muzik tersebut yang dianggotai oleh pelbagai kaum yang dikatakan dapat menyepadukan kepelbagaian kaum? Atau penyatuan tersebut dapat kita lihat melalui kepelbagaian pengunjungg yang hadir dari pelbagai kaum? Bagi saya, jika benar terdapat anggota persembahan muzik yang terdiri dari pelbagai kaum belum tentu ia dapat dikatakan sebagai penyatuan kaum, hal ini kerana jika kita lihat dan amati corak pergaulan merka sendiri apabila waktu rehat (dari latihan) masing-masing akan duduk ataupun berkumpul dalam kelompok kaum masing-masing secara generalnya. Bagi penonton yang datang dari pelbagai kaum pula, adakah mereka benar-benar berinteraksi sesama kaum lain sehingga mewujudkan penyepaduan kaum di Malaysia? Ataukah hadirnya pengunjung hanya untuk menikmati persembahan muzik tersebut dikatakan sebagai penyepaduan kaum ? Pada pengamatan saya perkara tersebut hanyalah sebagai teori semata, tetapi pada praktikalnya tidak begitu. Perkara asas yang perlu kita fahami dalam memperkatakan hal penyepaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia adalah dari aspek dasarnya yakni”Bahasa”. Bahasa adalah sebahagian daripada diri manusia. Bahasa adalah mempunyai hubungan dengan akal fikiran manusia, dan bahasa adalah merupakan alat bantu yang terpenting dalam proses pembelajaran dan pengajaran atau proses pemerolehan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Kegagalan menguasai bahasa yang sama membuatkan interaksi antara kaum mempunyai halangan-halangan atau jurang – jurang yang sangat dalam. Hal ini mengakibatkan penyepaduan rakyat berbilang kaum semakin sukar.Sememangnya peranan bahasa sebagai alat komunikasi terpenting tidak perlu dibahaskan lagi. Bahasa turut memainkan peranan penting sebagai alat untuk mencari dan menimba ilmu pengetahuan. Malah peranan bahasa dalam mempertahankan jati diri dan alat pemerkasaan perpaduan masyarakat tidak boleh dipandang enteng.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s