SOALAN MINGGU KE 7

Alat muzik dalam Teater Mak Yong terdiri daripada tiga alat muzik utama dalam keluarga alat muzik tradisional iaitu idiofon, membranofon dan erofon. Nyatakan alat-alat muzik tersebut dan huraikan secara ringkas tentang bentuk alat-alat tersebut, bahan pembuatannya dan cara memainkan alat-alat itu dalam teater Mak Yong di Kelantan.

Sila jawab di ruangan komen di bawah posting ini. Jawapan anda perlulah ringkas dan didalam bentuk “point”. Tarikh akhir menjawab soalan ialah sebelum atau pada 05 September 2010 sebelum jam 12.00am. Selamat menjawab. Terima kasih

This entry was posted in Soalan, Soalan Minggu 7. Bookmark the permalink.

66 Responses to SOALAN MINGGU KE 7

  1. Alat muzik utama – sepasang gendang, sepasang tetawak dan rebab 3 tali.- Rebab – kordofon- gendang & tetawak – membranofon-Rebab 1.Memainkan melodi utama 2.Kategori Kordofon – Kelas kecil Lute 3.Berbadan kayu berbentuk segi tiga 4.Muka badan menggunkan kulit perut lembu 5.Bonggol kecil dipanggil SUSU diperbuat drpd lilin lebah berfungsi meredam bunyi- Sebatang kayu tebal tanpa fret berfungsi sebagai leher-Bahagian bawah dipanggil “kaki” dan bahagian atas dipanggil “kecopong” (motif pucuk rebung)-3 utas tali (logam), ditarik dari kekuda yg dipanggil “pacat” terus ke “pemulas” untuk tujuan talaan-Laras talaan jeda perfek ke 4 dan perfek ke 5.-Open String ditala mengikut jarak vokal penyanyi-Tali di gesek menggunakan tali nilon/tangsi (dulu menggunakan sabut kelapa)-bentuk lagu-lagu Makyung ditentukan dalam -sistem gongan (pusingan- jangka masa tertentu yang ditentukan dengan pic-pic gong)-Ia dikawal oleh Tetawak -Sistem gongan 8 bit, 16 bit, 32 bit

  2. salam…alat muzik utama mak yong terdiri daripada :1. rebab (kordofon):–bentuka alat dan pembuatannya:-berbadan kayu berbentuk segi tiga, muka badan menggunkan kulit perut lembu, bonggol kecil dipanggil susu diperbuat daripada lilin lebah berfungsi meredam bunyi,sebatang kayu tebal tanpa fret berfungsi sebagai leher, bahagian bawah dipanggil “kaki” dan bahagian atas dipanggil “kecopong”, utas tali (logam), ditarik dari kekuda yang dipanggil “pacat” terus ke “pemulas” untuk tujuan talaan dan tali di gesek menggunakan tali nilon/tangsi (dulu menggunakan sabut kelapa)-cara dimainkan Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali, tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. dalam mak yong ia dimainkan mengadap penari mak yong.2. Tetawak (idiofon):–bentuk alat dan cara buatannya; dari perunggu berbentuk bulat, dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya, mempunyai sepasang iaitu ibu dan anak. Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.-cara dimainkan:digantung dan dipalu busutnya dengan pemalu beralas.3.sepasang gendang(membrafon):–bentuka alat dan bahan buatan: dari kayu nangka yang berongga dan kedua-dua permukaan dipasang dengan belulang lembu atau kambing, hanya satu permukaan sahaja yang digunakan dan pemukaan sebelah lagi digunakan setelah permukaan satu lagi rosak, pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang dijadikan kaki.-cara memainkan alat:dipalu dengan kayu pemalu disatu bahagian sahaja.

  3. noor zakiah says:

    Alat-alat muzik dalam Muzik Mak yong ialh;1) rebab2) sepasang gong iaitu ibu dan anak3) sepasang geduk iaitu ibu dan anak4) sepasang serunai5) sepasang gedambak iaitu ibu dan anak6) canang7) kesiRingkasan alat Muzik mak Yong dan bahan pembuatanya.1) Tawak atau Gong tawak ibu yang lebih besar daripada tawak anak diperbuat daripada tembaga. Bunyian tawak ibu lebih rendah daripada bunyian tawak anak. kedua-dunaya digantung dan dipisahkan oleh dua batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat daripada kayu yang hujungnya dibalut kain atau kepingan getah2) Gendang ibu dan anak Kedua-duanya berbeza dari segi saiz dan bunyi. muka besar di tutup dengan belulang lembu manakala muka kecil ditutup dengan kulit kambing3) Canang canang anak dan ibu diperbuat daripada tembaga. perbezaan antara dua canang ini akan hanya dapat dikesan melalui bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut. 4) Kesi kesi mempunyai 2 bahagian piring dan kicah (4 piring dan 2 kicah) yang diperbuat daripada besi5) Serunai Serunai mempunyai 4 bahagian iaitu pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian ini boleh dipisahkan. 6) rebab rebab mempunyai 3 bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. pada dada (muka) di penjuru kiri tedapat satu lubang seluas satu inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan 'susu'. Fungsinya ialah untuk mengimbangkan tekanan udara dalam dan luar. balangnya diperbuat daripada kayu nangka atau sira. pada masa dahulu tali rebab diperbuat daripada benang besar. Sekarang digunakan tali gitar, gambus atau biola. Penggesek rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. 7) Gedombak Gedombak adalah gendang dua muka iaitu compound Hole, tetapi pada sebelah permukaan besar sahaja telah diregangkan dengan kulit dan pada permukaan satu lagi (ponget) dibiarkan terbuka. ianya berbentuk seperti piala iaitu 'goblet-shaped'. Buluhnya diperbuat daripada kayu jenis keras, lazimnya daripada kayu nangka ataupun angsana. cara memainkan alat muzik ini dalam teater mak yong di Kelantanalat utama yang penting dalam mak yong ialah rebab. Rebab dikenali sebagai Tok Minduk. Tok Minduk inilah yang akan menentukan tinggi rendah suara penyanyi mak yong berdasarkan geseran rebab. Tok minduk adalah ketua dan pembimbing muzik tersebut. ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dengan tok minduk duduk mengadap keaarah matahari jatuh. ia memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 rentak yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Tok minduk akan memberi isyarat untuk memulakan lagu, menukar lagu rentak dan segalanya berkaitan aspek muzik. tok minduk dan ahli-ahli muziknya yang lain ditempatkan di suatu sudut kiri pentas dengan tok minduk duduk mengarah kepada matahari jatuh.

  4. 3 Alat muzik utama:i)Idiofon: Tetawak-Tetawak seolah-olah sama dengan bentuk gong. -Ianya mempunyai sepasang tetawak iaitu tetawak ibu dan anak. -Bahan pembuatannya adalah daripada tembaga. Kedudukan tetawak ibu dan anak adalah bertentangan. -Cara memainkan alat itu pula adalah dengan cara memalu tetawak tersebut bagi menghasilkan bunyi.ii)Membranofon: Gendang-Bentuknya adalah mempunyai muka dan juga badan.-Terdiri daripada gendang ibu & anak.-muka gendang diperbuat daripada kulit binatang seperti kambing, lembu & kerbau.-Cara memainkannya adalah dengan memalu dengan menggunakan tapak tangan.iii)Erofon: seruling-bentuknya adalah panjang serta mempunyai lubang-lubang kecil yang berfungsi untuk menghasilkan pitch-pitch tertentu.-Ianya diperbuat daripada buluh.-Cara memainkannya adalah dengan meniup ke lubang khas yang telah dibuat serta menghasilkan pitch melalui lubang yang ada.

  5. wan says:

    Senarai alat Muzik dan kaedah Pembuatannya:1. Tawak atau GongTawak ibu, yang lebih besar daripada lawak anak, diperbuat daripada lembaga. Bunyian tawak ibu lebih rendah daripada bunyian lawak anak. Kedua-duanya digantung da dipisahkan oleh dua batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat daripada kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.2. Gendang Ibu dan Gendang AnakKedua-duanya berbeza dari segi saiz dan bunyi. Muka besar ditutup dengan belulang lembu manakala muka kecil ditutup dengan kulit kambing.3. CanangCanang anak dan ibu diperbuat daripada lembaga. Perbezaan antara dua canang ini akan hanya dapat dikesan melalui bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut.4. KesiKesi mempunyai dua bahagian, piring dan kicah (empat piring dan dua kicah) yang diperbuat daripada besi.5. SerunaiSerunai mempunyai empat bahagian, iaitu pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian ini boleh dipisahkan.6. RebabRebab mempunyai tiga bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung mukadiperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembuKaedah Memainkan Muzik Mak YongPada dada (muka) di penjuru kiri terdapat satu lubang seluas satu inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan 'susu' atau 'tetek'. Fungsinya ialah untuk mengimbangkan tekanan udara dalam dan luar. Balangnya diperbuat daripada kayu nangka atau sira. Pada masa dahulu tali rebab diperbuat daripada benang besar dan kemudian menggunakan benang kasar. Sekarang digunakan tali gitar, gambus atau biola. Penggesek rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi.Ahli muzik yang terpenting dalam kumpulan muzik makyung ialah, pemain rebab yang dikenali dengan nama Tok Minduk. Beliau adalah ketua dan juga "pemimpin" kumpulan muzik itu. Beliau memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 "measure" yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus.Beliaulah yang memberi isyarat memulakan lagu, menukar rentak dan hal-hal lain mengenai aspek muzik. Tok minduk dan ahli muzik lain menghafal kesemua lagu-lagu makyung. Ia juga menjalankan istiadat buka panggung. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dan tok minduk duduk mengarah matahari jatuh.Unsur nyanyian dalam makyung diselenggarakan oleh kesemua pelakon dan juga ahli-ahlimuzik. Pelakon utama akan mula menyanyi empat atau lapan 'measure' selepas pendahuluan dilakukan oleh tok minduk. Rangkap ini akan dinyanyikan semula oleh korus dan juga ahli-ahli muzik.Biasanya melodi pendek akan digunakan berkali-kali

  6. Idiofon – KesiMembranofon – Gendang ibu dan gendang anakErofon – Serunai.Kesi mempunyai 2 bahagian, piring dan kicah yang diperbuat daripada besi. Cara bermain ialah menggunkan pemukul menghentakkan piring tersebut.Gendang ibu dan gendang anak masing-masing mempunyai saiz dan bunyi yang berbeza. Muka besar gendang diperbuat daripada belulang lembu manakala muka kecilnya diperbuat daripada kulit kambing. Gendang dimain dengan kedua-dua belah tangan.Serunai diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka. Serunai mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang. Alat ini mempunyai 4 lapis daun mengkuang. Pelidah 4 lapis ini dimasukkan ke dalam rongga mulut. Pic – pic yang dihasilkan dengan membuka atau menutup lubang.

  7. niq89 says:

    Makyong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Makyong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau – Indonesia.antara alat muzik tradisional utama yang ada dalam permainan makyong ini ialah sepasang gendang,sepasang tetawak dan sebuah rebab 3 tali.gendang :terdapat sepasang gendang dalam permainan ini iaitu gendang ibu dan gendang anak.ia juga dipanggil gendang 2 muka.Temalangnya diperbuat daripada kayu nangka ataupun jenis kayu yang keras yang lain yang dianggap sesuai. Bentuknya seperti tempayan iaitu ‘barrelshape’ dan tebukan dalaman dilakukan selari dengan bentuk luaran. Ini bagi menjamin mutu suara yang terbaik dan ideal. Pada permukaan besar temalang tersebut telah dirambing dengan belulang lembu manakala permukaan kecilnya dengan belulang kambing.Dalam proses penalaan bunyi, ‘kemban rotan’ juga dipakai pada badan gendang tersebut. Ini bagi menjamin ketegangannya supaya tidak cepat mengendur. Dalam keadaan yang sama kemban rotan juga berfungsi sebagai bahan penghias.Dalam konteks persembahan Gendang Ibu akan disertai secara berpasangan dengan Gendang Anak untuk memainkan pola-pola paluan yang khusus secara meningkah bagi pembinaan setiap struktur irama mengikut iramanya.Secara praktis permukaan besar Gendang ibu dapat melahirkan suara asas yang dapat disifatkan sebagai mnemonic ‘doh’ dan pada permukaan kecilnya ialah mnemonic ‘pak’; begitu juga dengan permukaan besar Gendang Anak iaitu mnemonic ‘ting’ dan pada permukaan kecil ialah mnemonic ‘chak’.ianya dipangku diatas riba secara tertib mengikut keselesaan pemainnya dan dipalu dengan tangan pada kedua-dua belah mukanya. Gendang Anak mempunyai ukuran yang lebih kecil sedikit daripada Gendang Ibu dan tebukan dalaman sering dianalogikan sebagai buluh seruas supaya dapat menghasilkan ‘pitch’ yang tinggi.tetawak :Istilah ‘tetawak’ yang sering kita dengar secara tradisi adalah merupakan satu istilah tempatan ataupun bagi alat gong yang digunakan secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga dinegeri-negeri lain di Malaysia. ‘Tawang’ mengikut sistem ejaan fonologinya dan berkemungkinan besar alat-alat ini telah dibawa masuk dari kepulauan Mindanao di Selatan Filipina.Tetawak merupakan sejenis gong yang biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu. Ia biasanya digandung berpasangan pada batang kayu yang dikenali sebagai kayu mengabang dan dimainkan oleh pemain yang sama.gong ini dibuat daripada besi sebagai alternatif yang dibuat oleh pakar-pakar.Mereka menggunakan teknik ‘pateri’ ataupun dibentuk dari objek seperti ‘leger’ iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipaterikan. gong ini dimainkan secara diketuk menggunakan pengetuk oleh pemain gong. dalam makyong,gong ini dimainkan secara berselang-seli bagi menghiasi irama dalam persembahan makyong.rebab :rebab merupakan salah satu alat muzik tradisional yang dimainkan dalam permainan makyong.rebab merupakan sebaang kayu tebal tanpa fret berfungsi sebagai leher.bahagian bawahnya dipanggil kaki dan bahagian atas dipanggil kecopong dan mempunyai motif ukiran tersendiri.rebab memainkan melodi utama dalam persembahan makyong. badanya dibuat daripada kayu yang berbentuk 3 segi.muka badanya diliputi oleh belulang perut lembu.mempunyai bonggol kecil yang dipanggil susu yang bertujuan untuk meredam bunyi.rebab ini juga mempunyai 3 tali logam seperti tali gitar yang ditarik dari kekuda yang dipanggil paacat terus kepemulas untuk tujuan penalaan bunyi.bagi rebab laras talaan jedanya adalah perfek ke 4 dan ke 5. open stringnya pula ditala mengikut vokal penyanyi. tali logam besi itu digesek menggunakan tali nilon atau tangsi(dulu menggunakan sabut kelapa).dimainkan secara digesek oleh pemain rebab ini.

  8. Idiofon-kesi-Kesi merupakan sejenis alat yang serupa dengan cymbal. Ia dibentuk daripada kepingan tembaga. Pada tengan alat ini melengkung ke dalam dan merupakan alat pelengkap irama. Ia dimainkan untuk mengiringi tarian traditional dalam teater Mak Yong. Ia dimainkan dengan menghentakkan tutup piring pada piring di bawah.Membranofon-gendang-Gendang mempunyai dua muka. Gendang diperbuat dari kayu nangka. Muka besarnya dibalut dengan kulit lembu.Gendang akan dipukul secara bertingkah di dalam nyanyian. Cara bermain gendang adalah dipalu dengan kedua belah tangan.Erofon-serunai-Bentuk serunai ialah bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng seperti clarinet. Ia diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dan mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang. Serunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong, setiap bahagian ini boleh dipisahkan. Peranan serunai di dalam mak yong ini adalah pembawa melodi. Cara bermain serunai ialah meniup angin melalui pipit dan pic dikeluarkan dengan membukan atau menutup lubang memetik.

  9. Idiofon-kesi-Kesi merupakan sejenis alat yang serupa dengan cymbal. Ia dibentuk daripada kepingan tembaga. Pada tengan alat ini melengkung ke dalam dan merupakan alat pelengkap irama. Ia dimainkan untuk mengiringi tarian traditional dalam teater Mak Yong. Ia dimainkan dengan menghentakkan tutup piring pada piring di bawah.Membranofon-gendang-Gendang mempunyai dua muka. Gendang diperbuat dari kayu nangka. Muka besarnya dibalut dengan kulit lembu.Gendang akan dipukul secara bertingkah di dalam nyanyian. Cara bermain gendang adalah dipalu dengan kedua belah tangan.Erofon-serunai-Bentuk serunai ialah bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng seperti clarinet. Ia diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dan mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang. Serunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong, setiap bahagian ini boleh dipisahkan. Peranan serunai di dalam mak yong ini adalah pembawa melodi. Cara bermain serunai ialah meniup angin melalui pipit dan pic dikeluarkan dengan membukan atau menutup lubang memetik.

  10. Klasifikasi, senarai dan kaedah pembuatan alat muzik mak yong.(a)Tawak atau GongTawak ibu, yang lebih besar daripada lawak anak, diperbuat daripada lembaga. Bunyian tawak ibu lebih rendah daripada bunyian lawak anak. Kedua-duanya digantung da dipisahkan oleh dua batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat daripada kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.(b) Gendang Ibu dan Gendang AnakKedua-duanya berbeza dari segi saiz dan bunyi. Muka besar ditutup dengan belulang lembu manakala muka kecil ditutup dengan kulit kambing.(c) CanangCanang anak dan ibu diperbuat daripada lembaga. Perbezaan antara dua canang ini akan hanya dapat dikesan melalui bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut.(d) KesiKesi mempunyai dua bahagian, piring dan kicah (empat piring dan dua kicah) yang diperbuat daripada besi.(e) SerunaiSerunai mempunyai empat bahagian, iaitu pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian ini boleh dipisahkan.(f) RebabRebab mempunyai tiga bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung mukadiperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembuCara memainkan muzik mak yong:Pada dada (muka) di penjuru kiri terdapat satu lubang seluas satu inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan 'susu' atau 'tetek'. Fungsinya ialah untuk mengimbangkan tekanan udara dalam dan luar. Balangnya diperbuat daripada kayu nangka atau sira. Pada masa dahulu tali rebab diperbuat daripada benang besar dan kemudian menggunakan benang kasar. Sekarang digunakan tali gitar, gambus atau biola. Penggesek rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi.Ahli muzik yang terpenting dalam kumpulan muzik makyung ialah, pemain rebab yang dikenali dengan nama Tok Minduk. Beliau adalah ketua dan juga "pemimpin" kumpulan muzik itu. Beliau memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 "measure" yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus.Beliaulah yang memberi isyarat memulakan lagu, menukar rentak dan hal-hal lain mengenai aspek muzik. Tok minduk dan ahli muzik lain menghafal kesemua lagu-lagu makyung. Ia juga menjalankan istiadat buka panggung. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dan tok minduk duduk mengarah matahari jatuh.Unsur nyanyian dalam makyung diselenggarakan oleh kesemua pelakon dan juga ahli-ahlimuzik. Pelakon utama akan mula menyanyi empat atau lapan 'measure' selepas pendahuluan dilakukan oleh tok minduk. Rangkap ini akan dinyanyikan semula oleh korus dan juga ahli-ahli muzik.Biasanya melodi pendek akan digunakan berkali-kali

  11. Tetawak atau gong:-bunyi melalui ketukan-Gong ibu adalah lebih besar dari gong anak-Dibuat dari tembaga-Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang.-Pemukul diperbuat daripada kayu-hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getahGendang:-gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyiannya.-diperbuat dari kayu nangka.-Pemukulnya diperbuat dari kayu atau rotan.Canang:-Bunyi terhasil melalui ketukan-Dibuat dari tembaga-Terdapat juga canang anak dan ibu yang sama besar juga yang berbeza dari segi saiz-Canang ini dibezakan besar atau tidak berdasarkan dari segi bunyian sahajaKesi:-bunyi terhasil melalui ketukan-2 bahagian, piring dan kicah ianya terdiri 4 piring atau 2 kicah-diperbuat dari besi atau tembaga-Pada bahagian atas kicah diikat dengan tali.Serunai:-terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin-terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong-diperbuat dari bahan-bahan yang berlainan-Ada yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit-bahagian tertentu diperbuat dari tembaga-Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit -Mali pula diperbuat dari tembaga atau perak.-Manakala bahagian batang serunai pula diperbuat daripada kayu nangka, kayu ladaRebab:-3 bahagian iaitui pucuk rebung, batang ,muka-Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu-Pada muka atau dada di penjuru kiri terdapat 1 lubang luas 1 inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan SUSU.-tali rebab di buat dari benang kasar tetapi sekarang menggunakan sama ada tali gitar, tali gabus atau tali biola-Penggeser rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi

  12. Alat muzik yang terdapat di dalam seni persembahan teater Mak yong adalah :~~ Gendang~ Tetawak~ RebabGendang~ Belulangnya tulang lembu bagi permukaan yang lebih besar manakala permukaan yang kecil belulangnya diperbuat daripada tulang kambing.~ Berbentuk seperti tempayan dan mempunyai 2 permukaan untuk dipalu.~ Rotan digunakan sebagai untuk mengekalkan ketegangan gendang.~ Terdapat 2 jenis gendang yang digunakan di dalam seni persembahan ini iaitu gendang ibu dan gendang anak.~ Gendang ibu pada permukaan besar akan menghasilkan bunyi 'doh' manakala pada permukaan kecil ia akan menghasilkan bunyi 'pak'.~ Gendang anak pula pada permukaan besar ia akan menghasilkan bunyi 'chak' dan permukaan kecil pula ia akan menghasilkan bunyi 'ting'Tetawak~ Tetawak adalah istilah bagi alat Gong.~ Tetawak juga dimainkan secara berpasangan iaitu tetawak ibu dan tetawak anak. ~ Gong diperbuat daripada besi.~ Gong diketuk dengan menggunakan pengetuk oleh pemain.~ Gong di dalam seni persembahan Mak yong dimainkan secara berselang seli bagi menghiasi irama.Rebab~ Rebab berbadan kayu dan berbentuk segi tiga.~ Muka depannya menggunakan kulit perut lembu.~ Bonggol kecil dipanggil SUSU diperbuat daripada lilin lebah berfungsi sebagai meredam bunyi.~ Berbentuk fret bahagian bawah dipanggil kaki dan bahagian atas di panggil kecopong.~ Tali digesek menggunakan tali nilon.~ Open Stringnya pula ditala mengikut vokal penyanyi.~ Dimainkan secara gesekkan oleh pemain rebab.

  13. Terdapt 3 kategori alatan yang biasa digunakan di dalam permainan Teater Mak Yong iaitu ideofon, membranafon dan earofon.AlAT,BAHAN,BENTUK dan Cara MEMAINKAN alat yang biasa digunakan seperti :-Rebab : Dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka.Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka @ sena dan ditutup dengan kulit perut lembu.Terdapat 1 lubang luas 1 inci di penjuru kiri di panggil susu.Penggeser rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi.Ia dimainkan dengan cara menggesekkan penggesek pada tali rebab.-Gendang Ibu dan AnakKedua-duanya berbeza dari saiz dan bunyi.Diperbuat daripada kayu nangka dan di tutup dengan kulit lembu.Pemukul diperbuat daripada kayu @ rotan.Gendang mainkan dengan teknik pukulan pada kulit kedua-dua belah muka gendang.-Geduk Ibu dan AnakDiperbuat daripada kayu dan muka geduk ditutup dengan kulit lembu.Pemukul geduk diperbuat daripada kayu.Ia dimainkan dengan cara memukul muka geduk dengan kayu pada permukaan geduk.-Gong Ibu dan AnakDiperbuat daripada tembaga.Bunyi gong lebih rendah dari tetawak anak.Digantung dan dipisahkan oleh dua batang kayu dinamakan mengembang.Pemukul diperbuat daripada kayu dan dibalut dengan kain @ kepingan getah.Gong dimainkan dengan cara memukul permukaan gong dengan pemukul.-Gedombak Ibu dan AnakDiperbuat dari kayu dan ditutup dengan kulit lembu.Badan gedombak ini biasanya dililit dengan rotan.Ia dimainkan dengan cara memukul pada permukaan muka dan sebelah tangan menutup bahagian lubang di belakang gedombak ini.-SerunaiTerdiri daripada bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap- tiap bahagian boleh dipisahkan.Serunai diperbuat daripada bahan – bahan yang berlainan.Ada yang diperbuat dari kayu sepenuhnya kecuali pipit yang diperbuat dari daun tor kering. Mali diperbuat daripada tembaga @ perak.Bahagian batang diperbuat dari kayu nangka dan kayu lada.Ia dimainkan dengan teknik tiupan mengikut alunan melodinya yang tersendiri.-CanangDiperbuat daripada tembaga.Pemukul canang pula biasanya diperbuat daripada kayu.Ia dimainkan dengan cara memukul canang dengan menggunakan 2 pemukul.-KesiDiperbuat dari besi @ tembaga.Mempunyai 2 bahagian iaitu piring dan kicah.4 piring dan 2 kicah. Bahagian atas kicah diikat dengan tali.Ia dimainkan dengan cara memukul permukaan kicah pada piring tersebut.

  14. idiofon- tetawak/gong- tetawak dimainkan pada akhir setiap bar. membranofon- sepasang gendang- memainkan ritma "interlocking" atau bersilang antara satu sama lain. erofon- serulingkordofon- rebab- terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka- bahagian muka berbentuk bujur dan dibuat daripada kayu nangka atau kayu sena dan ditutupi dengan kulit lembu. – pada bahagian penjuru atas kiri muka rebab terdapat satu bahagian yang dikenali sebagai susu atau tetek yang membantu mengukuhkan lagi kulit lembu tersebut. – bahagian belakang muka rebab terdapat satu lubang not yang kecil pada bahagian bawah. – Penggesek rebab adalah dalam bentuk "S".- terdapat tiga tali dan biasanya tali pertama dan kedua digunakan untuk memainkan melodi lagu dan tali ketiga hanyalah digunakan sebagai "drone".

  15. Assalamua'laikum…Alat utama muzik teater Mak Yong adalah dari keluarga idiofon, membranofon, erofon, dan kordrofon.IDIOFON1. Tetawak (gong yang berpasangan-ibu dan anak)Cara Pembuatannya:-Diperbuat daripada logam.Cara Memainkannya:-Diketuk menggunakan kayu pemukul atau pemalu yang akan menghasilkan bunyi yang nyaring2. Canang (dua buah gong kecil yang diletakkan di dalam kotak kayu. Cara Pembuatannya:-Diperbuat daripada logam. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dibalut dengan menggunakan getah sekerap.Cara Memainkannya:-Diketuk menggunakan kayu pemukul atau pemalu. Gong yang lebih besar sedikit dapat menghasilkan nada yang lebih rendah, dan gong yang lebih kecil dapat menghasilkan nada yang lebih tinggi.3. KesiCara Pembuatannya:-Diperbuat daripada besi waja yang berbentuk piring kecilCara Memainkannya:-Apabila dimainkan tutup piring ini akan dihentak pada piring di bawahMEMBRANOFON1.Geduk (ibu dan anak)Cara Pembuatannya:-Diperbuat daripada kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kakiCara Memainkannya:-Didirikan mukanya ke atas mengadap pemain. Mukanya dipalu dengan menggunakan sepasang pemalu yang diperbuat daripada kayu.2. Gedombak (ibu dan anak)Cara Pembuatannya:-Badannya diperbuat daripada kayu nangka yang berongga. Permukaannya dipasang dengan belulang kambing dengan siratan tali rotan pada cincin besi yang berhampiran dengan lehernya. Cara Memainkannya:-Ia diletak secara melintang di atas riba pemain dan dipukul dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi membuka dan menutup dengungya.EROFON1. SerunaiCara Pembuatannya:-Diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dalam bentuk kon dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang. Alat tiupan ini mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering. Cara Memainkannya:-Pelidah empat lapis itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai.KORDROFON1. Rebab tiga taliCara Pembuatannya:-Badannya diperbuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.Cara Memainkannya:-Diletak berdiri di hadapan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali-tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga-tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.

  16. Makyong merupakan sejenis tarian melayu tradisional. Dramatari MAkyong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama tari melatu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vocal dan instrument, lagu , cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama tari ini dipertontonkan terutamanya di Terngganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau-Indonesia.Alat muzik MakyongREBAB-dibut drpa kayu dan beronggan di bhgian dalam – lebah dibahagian atas tirus ke bawah . badannya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan . Busut kecil dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya di panggil SUSU.- Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher @ papan jari dipasang pada bahagian atas badannya.- Di bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil " pucuk Rebung' . Leher memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancanga di bahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri apabila dimain.-Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Busurnya dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tangsi.- Rebab diletak berdiri di depan pemain yang duduk bersila di lantai.- digesek dengan busur dan ketegangan tali busur dikawal dengan menggunakan jari. Gendang ( membrafon)-merupakan alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang iaitu kambing dan lembu.- alat muzik keluarga genderang dan mempunyai sepasangan iaitu gendeng ibu dab gendang anak. – sebagai corak irama bagi setiap lagu makyong dan mengunakan teknik memukul kulitnya.- Temalangya diperbuat drpad kayu nangka.-Bentuknya seperti tempayan iaitu barrel-shape dan tebukkan dalaman dilakukan selari dengan bentuk luaran untuk menjaminkan mutu suara yang terbaik iaitu yang ideal. – proses merambing hendaklah bermula dengan meregang ataupun memasangkan kulit-kulit berkenaan yang masih dalam keadaan lembab pada bingkai buluh . Apabila kering , ianya akan turut menebat di antara kulit dan bingkai tersebut . -Kenudian dipasangkan serentak pada kedua-dua muka gendang tersebut dan dijalin dengan rotan , berbentuk seperti " Y" sebagai bahan penegang menerusi gelung-gelung yang diperbuat daripada kulit berfungsi sebagai " simpai" . – Dalam proses penalaan bunyi, kemban rotan juga dipakai pada badan gendang tersebut. ini juga menjamin ketegangnnya supaya tidak cepat mengendur . Gong / Tetawak ( idiofon) Tetawak ibu mempunyai pic suara yang lebih rendah dan bentuk fizikal yang lebih besar daripada Tetawak Anak. Ianya dilaras mengikut sistem pic yang tidak tetap (undefinite pitch) dan mampu untuk menghasilkan siri overtone yang banyak. Jarak jedanya dengan Tetawak Anak, mengikut sistem kiraan cent (Cent's Intervalic System) adalah dalam lingkungan 200 – 250 Cents. Tetawak juga digunakan secara berpasangan dalam persembahan Mak Yong .Tetawak Ibu dan Anak digantungkan pada tiang yang diukir khas dan Tetawak Ibu hendaklah berada di sebelah kiri pemain. Untuk menstabilkan kedudukannya, 'kayu mengambang' telah dipasangkan. Ini bagi menjaminkan alat tadi tidak berlaga apabila ianya dipalu. Pemalu lazimnya diperbuat daripada kayu dan dilapik ataupun dililitkan pada hujungnya dengan bahan lembut seperti kain ataupun getah, kemudiannya disirat dengan tali benang. Gong Ibu dan Anak juga berperanan sebagai alat kolotomik dalam ensemble 'Gendang Keling' di Kedah dan 'Terinai' di Perlis. Gong-gong ini adalah dari jenis yang berukuran kecil serta nipis. Ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan dan petri.

  17. – Serunai (erofon) Serunai dibuat dan di kuid berbentuk kun. Terdapat 7 lubang petik sebagai lubang penjarian dab satu lubang petik sebagai lubang ibu jari. Lubang jari dikenali sebagai ‘lubang Jerit’ yang berfungsi mengeluarkan bunyi yang tinggi @ nada hias yang bersifat riang. Serunai berperanan membawa melodi dan genre muzik serta sebagai pengiring watak persembahan

  18. Mak Yong terdapat di istana raja Melayu Pattani di selatan Siam lebih kurang 400 tahun dahulu dan kemudian berkembang ke Kelantan. Di Kelantan pula permainan ini telah wujud sejak 200 tahun dahulu. Menurut orang-orang tua permainan Mak Yong ini ada sejak sebelum Long Yunus memerintah Kelantan. Muzik merupakan unsur penting dalam permainan Mak Yong, ini kerana setiap pergerakan setiap watak dalam cerita Mak Yong adalah berdasarkan bunyian muzik. Kumpulan muzik Mak Yong yang lengkap akan mengandungi alat-alat:- Rebab- Gendang ibu dan anak- Geduk ibu dan anak- Gong ibu dan anak- Serunai- Gedombak ibu dan anak- Canang- KesiBiasanya kumpulan muzik Mak yong tidak akan ada ke semua alat muzik yang di sebutkan tadi, tetapi sekurang-kukurangnya mengandungi alat-alat muzik seperti berikut:- Rebab- Gendang ibu dan anak- Sepasang gong ibu dan anak- SerunaiAhli muzik terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab yang di kenali dengan nama Tok Minduk. Tok Minduk inilah yang akan menentukan tinggi rendah suara penyanyi Mak Yong berdasarkan geseran rebab. Tok Minduk adalah ketua dan pembimbing kumpulan muzik itu. Gong ibu adalah lebih besar dari gong anak. Ia diperbuat dari tembaga. Bunyian gong itu lebih rendah dari bunyian tawak anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.Gendang Kedua-dua gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyiannya. Ia diperbuat dari kayu nangka. Muka besar ditutup dengan kulit lembu. Pemukulnya diperbuat dari kayu atau rotan.Canang Sepasang canang ibuu dan anak diperbuat dari tembaga. Terdapat juga canang anak dan ibu yang sama besar juga yang berbeza dari segi saiz. Canang ini dibezakan besar atau tidak berdasarkan dari segi bunyian sahaja. Sekiranya bunyi itu kuat ia dinamakan canang ibu dan sekiranya bunyinya rendah ia dikenali canana anak.Kesi Kesi mempunyai 2 bahagian, piring dan kicah ianya terdiri 4 piring atau 2 kicah. Ianya diperbuat dari besi atau tembaga. Ada juga kesi terdiri dari 2 piring dan 1 kicah. Pada bahagian atas kicah diikat dengan tali.Serunai Serunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian pada serunai ini boleh dipisahkan. Serunai diperbuat dari bahan-bahan yang berlainan. Ada juga yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit. Manakala ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit . Mali pula diperbuat dari tembaga atau perak. Manakala bahagian batang serunai pula diperbuat daripada kayu nangka, kayu lada. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknya.Rebab Rebab boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitui pucuk rebung, batang ,muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. Pada muka atau dada di penjuru kiri terdapat 1 lubang luas 1 inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan ‘’ susu ‘’ atau ‘’ tetek ‘’. Fungsinya ahíla untuk mengembangkan tekanan udara atau sira. Pada masa dahulu tali rebab dio buat dari benang kasar tetapi sekarang menggunakan sama ada tali gitar, tali gabus atau tali biola. Penggeser rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Rebab merupakan alat muzik yang utama dalam permainan Maak Yong kerana rebablah yang menentukan tinggi rendahnya suara pemain Mak Yong menyanyi.31.8.2010

  19. Alat muzik dalam Teater Mak Yong terdiri daripada tiga alat muzik utama dalam keluarga alat muzik tradisional iaitu idiofon, membranofon dan erofon. 1) IDIOFON :TETAWAKBentuk : perungu berbentuk bulat dan dindingnya tebal berbusut ditengah-tengah bahagian permukaan. dimainkan secara berpasangan (ibu dan anak). tetawak ibu menghasilkan bunyi yang rendah dan bergema anak nada yang nyaring.Bahan :diperbuat daripada gangsa atau tembaga hitamCara bermain: digantung dan dipalu busutnya dengan pemalu beralas2) MEMBRANOFON: GENDANGBentuk : Berbentuk barrel-shapeBahan: diperbuat daripada kayu nangkayang berongga dab kedua-dua permukaan dipasang dengan belulang lembu dan kambing. satu bahagian badan dipasang 2 bilah kayu atau buluh untuk dijadikan kaki.Cara Bermain: dipalu dengan pemalu kayu pada satu permukaan sahaja.3) AEFORON : SERUNAIBentuk : berbentuk kun dan bahagian bawah berbentuk loceng. mempunyai 7 lubang jari dan 1 memetik dibahagian tengah belakang. mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering.Bahan: diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka.Cara Bermain: pelidah 4 lapis dimasukan ke dalam rongga mulut. angin ditiupkan melalui pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka dan menutup lubang memetik. memerlukan kaedah pernafasan yang panjang supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai.

  20. Alat Muzik dalam permainan Mak Yong merupakan unsur penting dalam permainan Mak Yong, ini kerana setiap pergerakan setiap watak dalam cerita Mak Yong adalah berdasarkan bunyian muzik. Kesinambungan Kumpulan muzik Mak Yong yang lengkap akan mengandungi alat-alat. Antara alat-alat muzik Mak yong Kelantan adalah terdiri daripada:1. Tetawak atau gongGong ibu adalah lebih besar dari gong anak. Ia diperbuat dari tembaga. Bunyian gong itu lebih rendah dari bunyian tawak anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah. 2. GendangKedua-dua gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyiannya. Ia diperbuat dari kayu nangka. Muka besar ditutup dengan kulit lembu. Pemukulnya diperbuat dari kayu atau rotan.3. CanangSepasang canang ibu dan anak diperbuat dari tembaga. Terdapat juga canang anak dan ibu yang sama besar juga yang berbeza dari segi saiz. Canang ini dibezakan besar atau tidak berdasarkan dari segi bunyian sahaja. Sekiranya bunyi itu kuat ia dinamakan canang ibu dan sekiranya bunyinya rendah ia dikenali canang anak.4. KesiKesi mempunyai 2 bahagian, piring dan kicah, ianya terdiri daripada 4 piring atau 2 kicah. Ianya diperbuat dari besi atau tembaga. Ada juga kesi terdiri dari 2 piring dan 1 kicah. Pada bahagian atas kicah diikat dengan tali.5. SerunaiSerunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian pada serunai ini boleh dipisahkan. Serunai diperbuat dari bahan-bahan yang berlainan. Ada juga yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit. Manakala ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit . Mali pula diperbuat dari tembaga atau perak. Manakala bahagian batang serunai pula diperbuat daripada kayu nangka, kayu lada. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknya.6. RebabRebab boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitui pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. Pada muka atau dada di penjuru kiri terdapat 1 lubang luas 1 inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan susu. Fungsinya adalah untuk mengembangkan tekanan udara atau sira. Pada masa dahulu tali rebab dibuat daripada benang kasar tetapi sekarang menggunakan sama ada tali gitar, tali gabus atau tali biola. Penggeser rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Rebab merupakan alat muzik yang utama dalam permainan Mak Yong kerana rebablah yang menentukan tinggi rendahnya suara pemain Mak Yong menyanyi.

  21. * Rebab.boleh di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu pucuk rebung, batang, muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau kayu sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. Pada muka atau dada di penjuru kiri terdapat 1 lubang luas 1 inci dan ditutp dengan penutup yang di namakan susu dan tetek. Cara bermain rebab adalah dengan diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila di lantai. Rebab di gesek dengan busar dan ketegangan tali busar dikawal dengan menggunakan jari. Jari – jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali – tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai – bagai pic.* Tetawak atau gonggong adalah lebih besar dari gong anak. Di perbuat daripada tembaga. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan menegmbang. Cara bermain, gong di atur berbaris melengkong ke atas satu para dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu yang berbalut dihujungnya.* Gendang ibu dan anakkedua – dua gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyinya. Di perbuat daripada kayu nangka. Cara bermain ialah dengan memalu.* SerunaiTerdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap – tiap bahagian pada serunai boleh dipisahkan. Serunai diperbuat dari bahan – bahan yang berlainan. Ada juga yang diperbuat dari kayu kayu sepenuhnya, kecuali pipit . Manakala ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Mali diperbuat dari tembaga atau perak. Batang serunai diperbuat daripada kayu nangka, kayu lada. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknya. Cara bermain, angin ditiupkan melalui pipit dan pic – pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai.* Canangdi perbuat dari tembaga. Gong – gong di atur melengkong ke atas satu para dan di palu pada busutnya dengan sepasang pemalu yang berbalut dihujungnya oleh seorang pemain.*Kesimempunyai 2 bahagian, piring dan kicah ianya terdiri 4 piring atau 2 kicah. Ianya diperbuat dari besi atau tembaga. Pada bahagian atas kicah diikat dengan tali. Kesi dimainkan dengan menghentakkan tutup piring pada piring bawah.

  22. emma says:

    Mak Yong adalah suatu taridra Melayu yang sungguh unik, iaitu kombinasi antara unsur-unsur tarian, muzik, drama dan lawak jenaka. Semua pelakon yang menjayakan drama tari ini terdiri daripada kaum wanita, kecuali dua watak Peran iaitu watak komedi yang dimainkan oleh kaum lelaki. Mak Yong dikatakan berasal dari warisan seni Menora di Patani, Thailand pada abad ke-16.Tiga alat muzik utama yg dimainkan dalam Makyong adalah :-1. Rebab – Rebab adalah alat muzik bertali tiga yangdibunyikan dengan mengesek seperti biola. – Rebab menjadi alat muzik utama dalam persembahan Makyong.- Asal usul rebab ini kononnya dihadiahkan oleh Raja Siam kepada puterinya sebagai menggantikan binatang peliharaannya yang mati dibunuh.- Badan rebab lazimnya dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. – Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan tirus ke bawah. – Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. – Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". 2. Gendang- Gendang adalah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. – Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.- Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. – Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. – Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. – Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.3. Tetawak- Tetawak merupakan sejenis gong yang biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu. – Ia biasanya digandung berpasangan pada batang kayu yang dikenali sebagai kayu mengabang dan dimainkan oleh pemain yang sama.- Ia biasanya digunakan sebagai mengiringi permainan teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang kulit Kelantan, Menora dan Main Puteri.

  23. Marlin says:

    Dalam persembahan Teater Mak Yong, terdapat pelbagai jenis alat muzik yang digunakan. Ini termasuklah rebab, sepasang gendang, sepasang tetawak, serunai dan sepasang canang. Namun begitu menurut Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng, Mak Yong dipersembahkan oleh orkestra yang terdiri daripada sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab. Alat-alat muzik ini merupakan alat muzik tradisional dalam kategori idiofon, membranofon dan kordofon.Sepasang TetawakTetawak juga dikenali sebagai gong. Dalam Teater Mak Yong, terdapat sepasang tetawak digunakan iaitu tetawak ibu dan tetawak anak. Tetawak ibu biasanya mempunyai saiz yang lebih besar berbanding tetawak anak. Tetawak diperbuat daripada perunggu dan berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Menurut seorang pembuat gong atau tetawak di Kedah iaitu En. Ismail Mohd. Akib, tetawak dihasilkan dengan memotong kepingan besi mengikut saiz tetawak yang dikehendaki kemudian dicantumkan dengan bingkainya dan kebiasaannya satu tetawak boleh disiapkan dalam masa tiga hari bergantung kepada saiznya. Tetawak ibu menghasilkan bunyi yang rendah dan bergema manakala tetawak anak menghasilkan bunyi yang nyaring. Tetawak ini dimainkan dengan cara digantung dan dipalu busutnya dengan pemalu beralas. Tetawak ini mengeluarkan bunyi asas dalam persembahan Teater Mak Yong. Ia dimainkan mengikut jeda masa tertentu dan menentukan ‘form’ dalam muzik. Ia diletakkan dalam keadaan berhadapan antara satu sama lain. Sepasang GendangGendang juga merupakan salah satu daripada alat muzik utama yang digunakan dalam persembahan Mak Yong. Gendang termasuk dalam kategori alat muzik membranofon iaitu bunyi terhasil daripada bahan ‘kulit’ yang diregangkan. Gendang terdapat dalam dua saiz iaitu gendang ibu dan gendang anak. Sama seperti tetawak, biasanya gendang ibu mempunyai saiz yang lebih besar berbanding gendang anak. Begitu juga dengan bunyi yang dihasilkan. Kedua-dua gendang ini menghasilkan bunyi yang berbeza. Alat muzik ini berbentuk ‘barrel’ dan mempunyai tebukan dalaman yang selari dengan bentuk luaran. Gendang mempunyai dua muka iaitu muka besar dan muka kecil. Muka besar ditutup dengan belulang lembu manakala muka kecil ditutup dengan kulit kambing. Gendang diperbuat daripada kayu nangka. Sepasang gendang ini menentukan corak irama bagi setiap lagu Mak Yong. Gendang ini menghasilkan empat bunyi tertentu bergantung kepada teknik memukul kulitnya. Biasanya bunyi-bunyi itu disuarakan oleh pemain dengan menggunakan suku kata nimonik yang disebut ‘pak’, ‘duh’, ‘cak’ dan ‘ting’. Mengikut Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng (1997), bunyi ini digunakan untuk memainkan rentak yang bersifat ‘terhasil’ (resultant) mengikut teknik memainkan seperti gaya meningkah (interlocking style). Boleh dikatakan hampir kesemua lagu Makyung dimainkan dalam tempo perlahan dengan corak irama yang dimainkan oleh pemain gendang menunjukkan ketepatan bit jatuh utama (main down beat) dalam muzik itu. Kepadatan pukulan timbre-timbre gendang menambah pada hujung setiap rentak dalam hampir kesemua lagu-lagu Makyung.

  24. Marlin says:

    Rebab Rebab yang digunakan dalam persembahan Mak Yong ialah Rebab 3 tali. Ketiga-tiga tali ini berperanan dalam menentukan melodi instrumental dalam muzik Mak Yong. Rebab berukuran antara 42 hingga 54 inci boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung mukanya dibuat daripada kayu nangka atau kayu sena dan ditutup dengan kulit perut lembu yang telah dikeringkan. Pada bahagian sebelah kiri rebab terdapat satu lubang kecil seluas satu inci yang ditutup dengan lilin yang dinamakan ‘susu’ berfungsi untuk mengimbangkan tekanan udara dari dalam dan luar. Batang rebab pula diperbuat daripada kayu nangka atau sira manakala talinya di perbuat daripada benang besar. Pada masa kini tali rebab adalah daripada tali gitar, gambus atau biola. Alat ini dimainkan secara berdiri seakan-akan menggesek biola. Ia digesekkan dengan menggunakan alat penggesek seperti penggesek biola dan diperbuat daripada kayu dan tali nilon atau tangsi. Bunyi rebab terhasil melalui gesekan tali tadi. Rebab merupakan alat muzik yang utama dalam permainan Maak Yong kerana rebablah yang menentukan tinggi rendahnya suara pemain Mak Yong menyanyi.

  25. Idiofon=Gong (ibu dan anak@tetawak) Canang KesiDiperbuat daripada besi,Gong digantung pada dua batang tiang. Gong dimainkan pada akhir setiap bar. Kesi dan canang sebagai 'countermelody'.Membranofon=Geduk (ibu dan anak) GedombakDiperbuat daripada kulit kambing,manakala badannya diperbuat daripada kayu.Gendang dan geduk digunakan untuk mengawal tempo.Aerofon=SerunaiDiperbuat daripada buluh. Digunakan untuk memainkan melodi.

  26. alat muzik makyung adalah :1.)Canangmerupakan alat muzik dalam kategori idiofon.Terdapat sepasang canang, salah satunya kecil sedikit daripada yang satu lagi. Setiap canang itu ada 4 lubang kecil pada lilitannya. Pada lubang ini dimasukkan tali dan ditegangkan di dalam sebuah kotak kayu. Pada dinding kotak kayu itu terdapat lubang-lubang di mana gemanya dapat keluar menerusinya. Sepasang pengetuk sepanjang 7 inci digunakan untuk memukul canang itu. Kayu pengetuk itu berbalut kain pada hujungnya. Paluan ini dikenakan pada bahagian yang membonjol. Salah satu daripadanya, bunyinya lebih tinggi daripada yang satu lagi. Panjang garisan pusat untuk canang tersebut ialah 6 inci dan satu lagi 7 inci. Pukulannya konstan dan berselangan. Tingginya lebih kurang 2 inci. Besar kotak kayu itu ialah 10 inci lebar dan 22 inci panjang dan tingginya 7 inci. Pukulannya konstan dan berselangan. 2.)Gendangmerupakan dalam kategori membranofon. Mempunyai dua jenis gendang iaitu gendang ibu dan gendang anak di mana kedua-dua gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyiannya. Ia diperbuat dari kayu nangka. Kedua-duanya berbeza dari segi saiz dan bunyi. Muka besar ditutup dengan belulang lembu manakala muka kecil ditutup dengan kulit kambing.ianya dipalu pada kedua belah muka gendang ibu dan anak. gendang ibu menghasilkan nada yang rendah dan gendang anak nada tinggi.bunyi kedua alat ini akan berselang seli dalam persembahan ini. Paluan bagi kedua gendang ini adalah mengikut pada rentak dalam persembahan makyong.3.)Serunaisejenis alat dalam kategori erofon.Diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang. Alat tiupan ini mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering. Terdapat beberapa jenis serunai seperti serunai Kedah yang ukirannya agak kurang menonjol dan serunai Kelantan yang ukirannya lebih ketara serta diwarnai dengan warna yang terang.Pelidah empat lapis itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai.

  27. syafiqa says:

    Alat-alat muzik yang terdapat dalam makyung ialah alat muzik utama, sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab 3 tali. Alat tambahan adalah serunai, geduk dan canai.- RebabRebab memainkan melodi utama dalam Mak Yung. Ia adalah dalam kategori kordofon. Berbadan kayu dan berbentuk segi tiga. Muka Badannya menggunakan kulit perut lembu. Bonggol kecil yang terdapat dipanggil SUSU diperbuat daripada lilin lebah berfungsi meredam bunyi. Sebatang kayu tebal tanpa fret berfungsi sebagai leher. Dibahagian bawah dipanggil kaki dan di bahagian atas dipanggil kecopong. Pada masa dahulu tali rebab diperbuat daripada benang besar dan kemudian menggunakan benang kasar. Sekarang digunakan tali gitar, gambus atau biola. Penggesek rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi.- tetawak atau gongtawak ibu lebih besar dari tawak anak. Ia di perbuat daripada tembaga. Bunyian tawak ibu lebih rendah daripada bunyian tawak anak. Kedua-duanya digantung dan dipisahkan oleh dua batang kayu yang dinamakan mengembang.Pemukulnya diperbuat daripada kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.- Gendang ibu dan anakKedua-duanya berbeza dari segi saiz dan bunyi. Muka besar ditutup dengan belulang lembu manakala muka kecil ditutup dengan kulit kambing.Secara praktis permukaan besar Gendang ibu dapat melahirkan suara asas yang dapat disifatkan sebagai mnemonic ‘doh’ dan pada permukaan kecilnya ialah mnemonic ‘pak’; begitu juga dengan permukaan besar Gendang Anak iaitu mnemonic ‘ting’ dan pada permukaan kecil ialah mnemonic ‘chak’.ianya dipangku diatas riba secara tertib mengikut keselesaan pemainnya dan dipalu dengan tangan pada kedua-dua belah mukanya. Gendang Anak mempunyai ukuran yang lebih kecil sedikit daripada Gendang Ibu dan tebukan dalaman sering dianalogikan sebagai buluh seruas supaya dapat menghasilkan ‘pitch’ yang tinggi.

  28. 3 alat muzik utama Makyong ialah:1. gendang terdiri daripada gendang ibu dan gendang anak yang dikenali gendang 2 muka. Temalangnya diperbuat daripada kayu nangka yang berbentuk tempayan iaitu ‘barrelshape’. Pada permukaan besar temalang tersebut telah dirambing dengan belulang lembu manakala permukaan kecilnya dengan belulang kambing. Dalam proses penalaan bunyi, ‘kemban rotan’ juga dipakai pada badan gendang tersebut. Ini bagi menjamin ketegangannya supaya tidak cepat mengendur. Di dalam persembahan, Gendang Ibu akan disertai secara berpasangan dengan Gendang Anak untuk memainkan pola-pola paluan yang khusus secara meningkah menginkut struktur iramanya. Permukaan besar Gendang ibu bersifat mnemonic ‘doh’ manakala permukaan kecilnya ialah mnemonic ‘pak’; untuk permukaan besar Gendang Anak iaitu mnemonic ‘ting’ dan pada permukaan kecil ialah mnemonic ‘chak’. Ianya dipalu dengan tangan pada kedua-dua permukaan tersebut. Gendang Anak mempunyai ukuran yang lebih kecil sedikit daripada Gendang Ibu yang menghasilkan ‘pitch’ yang tinggi.2. tetawak Tetawak bermaksud gong. Tetawak dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu. Ia diperbuat daripada besi yang menggunakan teknik ‘pateri’ yang dibentuk daripada objek seperti ‘leger’ iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipaterikan. Alat ini diketuk menggunakan pengetuk oleh pemain gong. Di dalam makyong, gong dimainkan secara berselang-seli bagi menghiasi irama dalam persembahan makyong.3. rebab Rebab adalah sebatang kayu tebal tanpa fret yang berfungsi sebagai leher. Bahagian bawahnya dipanggil kaki manakala bahagian atas dipanggil kecopong yang mempunyai motif ukiran tersendiri. Badanya diperbuat daripada kayu yang berbentuk 3 segi. Muka badanya diliputi oleh belulang perut lembu yang .mempunyai bonggol kecil yang dipanggil susu untuk meredam bunyi. Rebab juga mempunyai 3 tali logam seperti tali gitar yang ditarik dari kekuda yang dipanggil pacat terus kepemulas untuk tujuan penalaan bunyi.bagi rebab laras talaan jedanya adalah perfek ke 4 dan ke 5. open stringnya pula ditala mengikut vokal penyanyi. tali logam besi itu digesek menggunakan tali nilon atau tangsi(dulu menggunakan sabut kelapa).dimainkan secara digesek oleh pemain rebab ini. Rebab merupakan melodi utama dalam persembahan makyong.

  29. 3 alat muzik utama Makyong ialah:1. gendang terdiri daripada gendang ibu dan gendang anak yang dikenali gendang 2 muka. Temalangnya diperbuat daripada kayu nangka yang berbentuk tempayan iaitu ‘barrelshape’. Pada permukaan besar temalang tersebut telah dirambing dengan belulang lembu manakala permukaan kecilnya dengan belulang kambing. Dalam proses penalaan bunyi, ‘kemban rotan’ juga dipakai pada badan gendang tersebut. Ini bagi menjamin ketegangannya supaya tidak cepat mengendur. Di dalam persembahan, Gendang Ibu akan disertai secara berpasangan dengan Gendang Anak untuk memainkan pola-pola paluan yang khusus secara meningkah menginkut struktur iramanya. Permukaan besar Gendang ibu bersifat mnemonic ‘doh’ manakala permukaan kecilnya ialah mnemonic ‘pak’; untuk permukaan besar Gendang Anak iaitu mnemonic ‘ting’ dan pada permukaan kecil ialah mnemonic ‘chak’. Ianya dipalu dengan tangan pada kedua-dua permukaan tersebut. Gendang Anak mempunyai ukuran yang lebih kecil sedikit daripada Gendang Ibu yang menghasilkan ‘pitch’ yang tinggi.2. tetawak :Tetawak bermaksud gong. Tetawak dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu. Ia diperbuat daripada besi yang menggunakan teknik ‘pateri’ yang dibentuk daripada objek seperti ‘leger’ iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipaterikan. Alat ini diketuk menggunakan pengetuk oleh pemain gong. Di dalam makyong, gong dimainkan secara berselang-seli bagi menghiasi irama dalam persembahan makyong.3. rebab :Rebab adalah sebatang kayu tebal tanpa fret yang berfungsi sebagai leher. Bahagian bawahnya dipanggil kaki manakala bahagian atas dipanggil kecopong yang mempunyai motif ukiran tersendiri. Badanya diperbuat daripada kayu yang berbentuk 3 segi. Muka badanya diliputi oleh belulang perut lembu yang .mempunyai bonggol kecil yang dipanggil susu untuk meredam bunyi. Rebab juga mempunyai 3 tali logam seperti tali gitar yang ditarik dari kekuda yang dipanggil pacat terus kepemulas untuk tujuan penalaan bunyi.bagi rebab laras talaan jedanya adalah perfek ke 4 dan ke 5. open stringnya pula ditala mengikut vokal penyanyi. tali logam besi itu digesek menggunakan tali nilon atau tangsi(dulu menggunakan sabut kelapa).dimainkan secara digesek oleh pemain rebab ini. Rebab merupakan melodi utama dalam persembahan makyong.

  30. 3 alat muzik utama Makyong ialah:1. gendang terdiri daripada gendang ibu dan gendang anak yang dikenali gendang 2 muka. Temalangnya diperbuat daripada kayu nangka yang berbentuk tempayan iaitu ‘barrelshape’. Pada permukaan besar temalang tersebut telah dirambing dengan belulang lembu manakala permukaan kecilnya dengan belulang kambing. Dalam proses penalaan bunyi, ‘kemban rotan’ juga dipakai pada badan gendang tersebut. Ini bagi menjamin ketegangannya supaya tidak cepat mengendur. Di dalam persembahan, Gendang Ibu akan disertai secara berpasangan dengan Gendang Anak untuk memainkan pola-pola paluan yang khusus secara meningkah menginkut struktur iramanya. Permukaan besar Gendang ibu bersifat mnemonic ‘doh’ manakala permukaan kecilnya ialah mnemonic ‘pak’; untuk permukaan besar Gendang Anak iaitu mnemonic ‘ting’ dan pada permukaan kecil ialah mnemonic ‘chak’. Ianya dipalu dengan tangan pada kedua-dua permukaan tersebut. Gendang Anak mempunyai ukuran yang lebih kecil sedikit daripada Gendang Ibu yang menghasilkan ‘pitch’ yang tinggi.2. tetawak Tetawak bermaksud gong. Tetawak dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu. Ia diperbuat daripada besi yang menggunakan teknik ‘pateri’ yang dibentuk daripada objek seperti ‘leger’ iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipaterikan. Alat ini diketuk menggunakan pengetuk oleh pemain gong. Di dalam makyong, gong dimainkan secara berselang-seli bagi menghiasi irama dalam persembahan makyong.3. rebab Rebab adalah sebatang kayu tebal tanpa fret yang berfungsi sebagai leher. Bahagian bawahnya dipanggil kaki manakala bahagian atas dipanggil kecopong yang mempunyai motif ukiran tersendiri. Badanya diperbuat daripada kayu yang berbentuk 3 segi. Muka badanya diliputi oleh belulang perut lembu yang .mempunyai bonggol kecil yang dipanggil susu untuk meredam bunyi. Rebab juga mempunyai 3 tali logam seperti tali gitar yang ditarik dari kekuda yang dipanggil pacat terus kepemulas untuk tujuan penalaan bunyi.bagi rebab laras talaan jedanya adalah perfek ke 4 dan ke 5. open stringnya pula ditala mengikut vokal penyanyi. tali logam besi itu digesek menggunakan tali nilon atau tangsi(dulu menggunakan sabut kelapa).dimainkan secara digesek oleh pemain rebab ini. Rebab merupakan melodi utama dalam persembahan makyong.

  31. Alat muzik dalam Teater Mak Yong terdiri daripada tiga alat muzik utama dalam keluarga alat muzik tradisional iaitu idiofon, membranofon dan erofon. Nyatakan alat-alat muzik tersebut dan huraikan secara ringkas tentang bentuk alat-alat tersebut, bahan pembuatannya dan cara memainkan alat-alat itu dalam teater Mak Yong di Kelantan.Idiofon1)Alat muzik : tetawak (berpasangan-ibu dan anak)2)Bentuk alat : berbentuk bulat3)Bahan pembuatan : diperbuat daripada tembaga, pemukul diperbuat daripada kayu dan hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah4)Cara memainkan : digantung dan dipalu busutnya dengan p1emalu beralasMembranofon1)Alat muzik : geduk2)Bentuk allat : satu besar (ibu) dan satu kecil (anak)3)Bahan pembuatan : dibuat dari kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing4)Cara memainkan : mukanya didirikan ke atas mengadap pemain. Mukanya dipalu dengan sepasang pemalu kayuErofon1)Alat muzik : serunai2)Bentuk alat : panjang dan mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang3)Bahan pembuatan : kayu keras seperti kayu nangka dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering4)Cara memainkan : pelidah empat lapis itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai.

  32. CHRISTINE says:

    Alat Idiofon~tetawak ataupun gong-terdiri daripada tetawak ibu dan tetawak anak.-berbentuk bulat.-dibuat dengan tembaga.-bentuk dan struktur lagu Makyung ditentukan dalam -sistem gongan. Pic tetawak anak menandakan bit- bit tertentu dalam gongan manakala pic tetawak ibu menandakan bit akhir gongan itu. sistem gongan 8 bit, 16 bit, 32. Alat Membranofon~gendang ibu dan gendang anak-berbeza dari segi saiz dan bunyi, berbentuk bulat.-muka besar ditutup dengan belulang lembu dan muka kecil ditutup dengan kulit kambing. -memainkan corak irama tertentu. Empat timbre dihasilkan iaitu 'cak','ting','duh', dan 'pak' dan bermain mengikut teknik memainkan gendang dan menghasilkan gaya meningkah.Alat kordofon-Rebab-mempunyai 3 bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Bahagian bawah badan berbentuk segitiga dan ditarik ke atas kekuda yang dinamakan 'pacat' yang terletak di bahagian atas muka badan alat ini.-badan kayu yang berbentuk segitiga,mukanya ditutup dengan kulit perut lembu yang dikeringkan, satu bonggol kecil yang diperbuat daripada lilin lebah yang dinamakan susu, bahagian belakang badan rebab diliputi dengan kain dan benang-benang yang berwarna-warni dan tiga utas tali yang diperbuat daripada logam. – rebab memainkan melodi dalam persembahan Mak Yung. Alat aerofon-Serunai-diperbuat dari kayu keras seperti kayu nangka -berbentuk kon dan bahagian bawahnya berbentuk loceng.

  33. smp2252asma says:

    GongGong ibu lebih besar dr gong anak. Gong ini diperbuat daripada tembaga. Kedua-duanya digantung dan dipisahkan oleh dua batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah. Gong dimainkan dengan menggantung dan memalu dengan pemalu yang berbalut.GendangKedua-dua gendang iaitu gendang ibu dan gendang anak adalah berbeza dari saiz dan juga bunyiannya. Gendang diperbuat daripada kayu nangka. Muka besar ditutup dengan kulit lembu manakala pemukulnya diperbuat daripada kayu atau rotan. Gendang dimainkan dengan memalu dengan kedua-dua belah tangan.CanangCanang ibu dan canang anak diperbuat daripada tembaga. ada juga canang anak dan ibu yang sama besar saiznya dan ada juga yang berbeza. perbezaan ini dilihat dari segi bunyiannya sahaja. Jika bunyi itu kuat, maka ia dinamakan canang ibu dan jika bunyinya rendah, ia dinamakan canang anak. Gong-gong diatur berbaris melengkung ke atas satu para dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu yang berbalut dihujungnya oleh seorang pemain.KesiKesi terdiri dari dua bahagian iaitu piring dan kicah dimana terdiri dari 4 piring dan 2 kicah. Ianya diperbuat daripada besi atau tembaga. terdapat juga kesi yang terdiri dari 2 piring dan 1 kicah. Pada bahagian atas kicah diikat denga tali. Kesi dimainkan dengan menghentakkan tutup piring pada piring di bawah.SerunaiSerunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Setiap daripada bahagian inin boleh dipisahkan. Dari segi pembuatan, serunai diperbuat daripada bahan-bahan yang berlainan. terdapat juga yang diperbuat sepenuhnya dari kayu, kecuali pipit. Manakala terdapat bahagian-bahagian tertentu yang diperbuat daripada tembaga. Daun tor kering diperbuat untuk membuat pipt. Malu pula diperbuat dari tembaga atau perak. Manakala bahagian batang serunai pula diperbuat daripada kayu nangka, kayu lada. Bahagian luar serunai diukir bagi mencantikkan bentuknya. Bagi bermain serunai, pelidah empat lapis dimasukkan ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai.RebabRebab terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutupi dengan kulit perut lembu. Pada muka atau dada di penjuru kiri, terdapar 1 lubang luas 1 inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan susu. fungsinya adalah untuk mengembangan tekanan udara atau sira. Dahulu tali rebab diperbuat daripada benang kasar tetapi sekarang ianya menggunakan sama ada tali gitar, tali gabus atau tali biola. Penggeser rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Untuk bermain alat rebab ini, rebab diletakkan berdiri di depan pemain yang duduk bersila di lantai.Rebab digesek dengan busur dan ketegangan talibusur dikawal dengan menggunakan jari. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali-tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai-bagai pic.

  34. nurulliyana says:

    Makyong adalah antara muzik tradisional di Malaysia dimana Makyong adalah muzik tradisional utama di negeri kelantan.Antara alat muzik utama dalam Makyong adalah:1)Gendanagsepasang gendang iaitu gendang ibu dan anak.Ia diperbuat daripada kayu nangka yang berbentuk seperti tempayan. Semasa persembahan, gendang ibu akan berpasangan dgn gendang anak untuk memainkan pola-pola paluang bagi meningkah struktur irama. Ianya dipangku di atas riba secra tertib mengikut keselesaan pemain dan dipalu dengan tangan pada kedua-dua belah mukanya. Saiz gendang anak adalah lebih kecil daripada gendang ibu.2)TetawakMerupakan sejenis gong yang dimainkan secara berpasangan pada batang kayu. Tetawak ini dimainkan dengan cara diketuk. Ianya diperbuat daripada besi. Ianya dimaikan secara berselang-seli dalam persembahan.3)RebabMerupakan sebatang kayu tebal. Rebab merupakan alat utama dalam persembahan Makyong. Badannya diperbuat daripada kayu yang berbentuk tiga segi. Ianya mempunyai bonggol kecil yang dipanggil susu bertujuan untuk merendam bunyi. Ianya juga mempunyai tiga tali logam. tali logam itu digesek menggunakan tali nilon atau tali tangsi. Ia dimainkan dengan cara digesek.

  35. Alat-alat yang digunakan dalam persembahan Makyong adalah:1.Gendang -tergolong dalam alat-alat 'membranofon' -terdapat dua iaitu gendang ibu dan gendang anak -juga dipanggil gendang dua muka -berbentuk seperti tong & diperbuat daripada kayu nangka atau kayu keras yang sesuai -dalam memainkan alat ini, 4 jenis bunyi yang dimainkan iaitu 'pak', 'duh', 'cak' & 'ting'2.Tetawak -tergolong dalam alat-alat 'idiofon' -merupakan gong sama seperti yang digunakan dalam muzik Gamelan -dimainkan dengan menggunakan pengetuk secara berselang-seli -dimainkan pada beat akhir dalam setiap bar -merupakan penentu kepada kekuatan sesebuah lagu yang dimainkan dalam persembahan makyong3.Rebab -tergolong dalam keluarga 'aerofon' -diperbuat daripada sebatang kayu tebal tanpa fret -diperbuat daripada kayu yang berbentuk segi tiga -mempunyai bonggol kecil yang digunakan untuk meredam bunyi -dimainkan secara menggesek -memainkan melodi utama lagu

  36. Terdapat tiga alat muzik utama yang terdapat di dalam persembahan muzik Makyung antaranya ialah Rebab, tetawak dan gendang. • Rebab merupakan alat muzik utama Makyung yang berasal daripada keluarga kordofon namun ia bersifat ‘fretless’. Rebab diperbuat daripada kulit perut lembu dan di bahagian tengahnya akan diletakkan ‘susu’ iaitu alat yang diperbuat daripada lilin lebah yang bertujuan untuk menyerap bunyi agar bunyi yang dihasilkan tidak terlalu kuat ataupun nyaring dan alatan ini akan digesek menggunakan tali nilon • Tetawak atau gong juga merupakan antara alat muzik utama makyung yang berasal daripada keluarga idiofon. Alat muzik ini diperbuat daripada tembaga dan akan dimainkan dengan cara memukul bahagian cembung pada permukaannya dengan menggunakan pemukul khas. Pemukul tersebut biasanya diperbuat daripada kayu dan bahagian kepalanya akan dibalut dengan kain bagi mengelakkan bunyi yang terlalu nyaring. Gong juga biasanya digantung pada sebatang kayu yang dipanggil pengembang.• Gendang merupakan alat muzik daripada keluarga membranofon yang diguna pakai dalam persembahan Makyung. Ia terdiri daripada gendang ibu dan anak dan setiap satunya memainkan peranan yang berbeza dari segi penghasilan bunyi. Gendang pada kebiasaannya diperbuat daripada kulit lembu manakala pada bahagian tepinya pula diperbuat daripada kulit nangka. Pemukulnya pula diperbuat daripada rotan

  37. Makyung merupakan persembahan tradisional dalam kategori seni lakon utama yang berasal daripada kerajaan Pattani dan ia mempunyai pengaruh yang kuat terutamanya di negeri Kelantan. Terdapat tiga alat muzik utama yang terdapat di dalam persembahan makyung, antaranya ialah:-• Rebab – Ia berasal daripada keluarga kordofon yang bersifat fretless. Ia merupakan alat muzik bertali dan akan digesek dengan menggunakan nilon untuk menghasilkan bunyi. Bahagian belakang rebab diperbuat daripada kulit lembu dan bagi mengelakkan bunyi yang terlalu nyaring terhasil ‘susu’ akan diletakkan pada bagian tengah rebab agar bunyi yang lebih sedap dan merdu dapat dihasilkan. ‘Susu’, kebiasaannya diperbuat daripada sarang lebah dan berfungsi untuk menyerap bunyi.• Tetawak atau Gong – Berasal daripada keluarga idiofon dan diperbuat daripada logam. Tetawak biasanya akan digantung pada sebatang kayu dan akan dipukul dengan menggunakan kayu yang telah dibalut dengan kain agar bunyi yang terhasil tidak terlalu kuat dan nyaring.• Gendang – berasal daripada keluarga membranofon. Dalam persembahan makyung, sepasang gendang akan dimainkan bersama iaitu gendang ibu dan gendang anak yang mempunyai tone bunyi yang berbeza antara satu sama lain. Gendang diperbuat daripada kulit lembu pada bahagian permukaannya manakala bahagian tepinya pula diperbuat daripada kulit nangka. Gendang dimainkan dengan cara memukul bahagian tengahnya dengan menggunakan kayu khas yang diperbuat daripada rotan.

  38. Haslina says:

    Kumpulan Muzik Makyung yang lengkap mengandungi alat-alat :-Tawak atau Gong : Tawak ibu, yang lebih besar daripada lawak anak, diperbuat daripada lembaga. Bunyian tawak ibu lebih rendah daripada bunyian lawak anak. Kedua-duanya digantung dan dipisahkan oleh dua batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat daripada kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.Gendang Ibu dan Gendang Anak : Kedua-duanya berbeza dari segi saiz dan bunyi. Muka besar ditutup dengan belulang lembu manakala muka kecil ditutup dengan kulit kambing.Canang : Canang anak dan ibu diperbuat daripada lembaga. Perbezaan antara dua canang ini akan hanya dapat dikesan melalui bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut.Kesi : Kesi mempunyai dua bahagian, piring dan kicah (empat piring dan dua kicah) yang diperbuat daripada besi.Serunai : Serunai mempunyai empat bahagian, iaitu pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian ini boleh dipisahkan.Rebab : Rebab mempunyai tiga bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. Pada dada (muka) di penjuru kiri terdapat satu lubang seluas satu inci dan ditutupdengan penutup yang dinamakan 'susu' atau 'tetek'. Fungsinya ialah untukmengimbangkan tekanan udara dalam dan luar. Balangnya diperbuat daripada kayunangka atau sira. Pada masa dahulu tali rebab diperbuat daripada benang besar dankemudian menggunakan benang kasar. Sekarang digunakan tali gitar, gambus atau biola.Penggesek rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi.Ahli muzik yang terpenting dalam kumpulan muzik makyung ialah, pemain rebabyang dikenali dengan nama Tok Minduk. Beliau adalah ketua dan juga "pemimpin"kumpulan muzik itu. Beliau memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 "measure"yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus.Beliaulah yang memberi isyarat memulakan lagu, menukar rentak dan hal-hal lainmengenai aspek muzik. Tok minduk dan ahli muzik lain menghafal kesemua lagu-lagumakyung. Ia juga menjalankan istiadat buka panggung. Ahli-ahli muzik ditempatkan disudut kiri pentas dan tok minduk duduk mengarah matahari jatuh.Unsur nyanyian dalam makyung diselenggarakan oleh kesemua pelakon dan juga ahli-ahli muzik. Pelakon utama akan mula menyanyi empat atau lapan 'measure' selepas pendahuluan dilakukan oleh tok minduk. Rangkap ini akan dinyanyikan semula oleh korus dan juga ahli-ahli muzik. Biasanya melodi pendek akan digunakan berkali-kali

  39. Muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong dan mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut:Muzik rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan makyong akan dimulakan, iaitu digunakan untuk menarik perhatian penonton-penonton.Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang menggambarkan emosi dan perasaan tiap tiap adegan, selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus atau watak Jong Dondang.Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga nyanyian.Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan adegan-adegan ketika masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik dan adakalanya muzik terutamanya bunyian gendang diselitkan dengan dialog-dialog.Peralatan MuzikDi dalam permainan makyong, peralatan-peralatan muzik yang selalu digunakan adalah seperti sebuah rebab, sepasang gong, iaitu ibu dan anak, sepasang geduk, juga ibu dan anak, sebatang serunai, sepasang gedombak iaitu ibu dan anak dan canang serta kesi.Tetapi di dalam persembahan yang agak kecil biasanya alat-alat muzik tidaklah sepenuhnya digunakan seperti di atas. Ia hanya cuma sebuah rebab, sepasang gendang iaitu ibu dan anak, sepasang gong juga ibu dan anak, sebatang serunai dan canang.Ahli muzik yang penting dalam persembahan makyong adalah pemain rebab yang lebih dikenali sebagai Tok Mindok. Dia adalah ketua dan juga pemimpin orkestra makyong. Ia memulakan semua lagu sepanjang lapan hingga enam belas measure yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Dialah yang memberi isyarat supaya memulakan lagu, menukarkan rentak lagu dan juga mengenai hal-hal dalam aspek muzik. Tok Mindok dan ahli-ahli muziknya yang lain ditempatkan di suatu sudut kiri pentas dengan Tok Mindok duduk mengarah kepada matahari jatuh.Alat-alat Pembukaan PanggungDalam acara ini, alat-alat yang mesti disediakan adalah beras kunyit, pulut kuning atau nasi kunyit, tempat kemenyannya, sebiji telor dadar, bertih, bunga melor, pisang lemak manis, secawan air dan sebidang tikar.

  40. yunieyusoff says:

    GendangGendang yang terdiri daripada Gendang ibu dan Gendang anak merupakan sejenis alat bunyian berbentuk silinder yang berongga dengan rintangan kulit pada kedua-dua hujung pangkal ( permukaan ) . Pada hujung pangkal yang kecil terdapat rintangan kulit kambing dan ia dinamakan PANGKAL gendang. Sementara pada hujung pangkal yang besar sedikit terdiri daripada rintangan kulit lembu dan in digelar MUKA gendang. Keliling rintangan kulit dinamakan BINGKAI . Manakala tali atau rotan kecil yang terdapat pada badan gendang dinamakan " TALI PERAMBING". Tali ini menegangkan kulit supaya dapat menghasilkan bunyi yang lebih nyaring. Bahagian yang boleh digerak-gerakkan pada tali ini dinamakan "SIPAL". Ia berfungsi mencengkam tali perambing sekaligus menegangkan kulit permukaan gendang. Sementara kulit rotan yang membaluti gendangberhampiran dengan permukaan dimanakan PENGEMBAN. Ia berfungsi melilit tali perambing supaya kukuh dan tidak terbuka. Keseluruhan badan gendang diperbuat daripada kayu nangka yang besar. Setiap gendang mempunyai tiga bunyi yang berbeza, bergantung kepada cara memalunya. Permakaan pangkal gendang dapat menghasilkan nada bunyi yang nyaring. Manakala permukaan muka pula menghasilkan nada bunyi yang lebih besar. Yang membezakan Gendang ibu dan Gendang anak ialah ketinggian nada bunyi. Gedombak pula merupakan sejenis gendang kecil yang mempunyai rintangan kulit pada sebuah bahagian sahaja. Kulit kambing muda digunakan bagi bahagian pertmukaan gendang. Pada permukaan pangkal dibiarkan belubang. Kayu yang sama juga digunakan bagi membuat badan gedombak yang dinamakan BADAN LARIK .Rotan halus yang merintangi badan gedombak digelar PERAMBING . Boleh juga digantikan dengan tali tangsi memandangkan rotan halus mudah putus. TetawakDibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.Tetawak digunakan dalam kebanyakan muzik tradisional Melayu seperti Wayang Kulit, Mak Yong, Dikir Barat, muzik mengiringi tarian dan sebagainya. Tetawak juga digunakan dalam pancaragam mengiringi tarian seperti Sumazau, Limbai, Tingkad-Tingkad Silat, persandingan dan lain-lain istiadat yang tertentu di Sabah.Cara bermain dengan digantung dan dipalu busutnya dengan pemalu beralas. RebabAlat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah.Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi. Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.

  41. Idiofon:Gong Tetawak Ibu dan AnakDibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'. Cara bermain dengan digantung dan dipalu busutnya dengan pemalu beralas.Membrannofon:GedukGeduk dibuat dari kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke atas mengikut kedudukan masa bermain. Didapati dalam dua ukuran iaitu satu besar dan satu lagi kecil, dipanggil ibu dan anak. Cara bermain geduk didirikan mukanya ke atas mengadap pemain. Mukanya dipalu dengan sepasang pemalu kayu.Erofon:SerunaiDiperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang. Alat tiupan ini mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering. Terdapat beberapa jenis serunai seperti serunai Kedah yang ukirannya agak kurang menonjol dan serunai Kelantan yang ukirannya lebih ketara serta diwarnai dengan warna yang terang. Cara bermain pelidah empat lapis itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai.Kordofon:RebabAlat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi. Cara bermain bebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali-tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga-tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.

  42. Mak Yong merupakan sejenis tarian melayu tradisional yang popular di malaysia. Mak Yong merupakan satu bentuk drama tari melayu yang menggabungkan beberapa unsur seperti unsur-unsur ritual,lakonan dan tarian yang digayakan,muzik vokal dan instrumental,lagu,cerita,dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.Tiga alat muzik utama dalam Mak Yong ialah:1)rebab2)tetawak(sepasang gong)3)serunai1)Rebab (membranofon) Rebab merupakan sejenis alat muzik bertali yang berasal dari Afghanistan. Rebab menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam dan rebab dianggap merupakan keluarga kecapi. Badan rebab lazimnya diperbuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan tirus ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit yang diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang diperbuat daripada lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil pucuk rebung. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alt itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukkannya. Busurnya diperbuat daripada kayu dan melengkong sedikit. Tali penggerak ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini menggunakan tali tangsi. Cara bermain rebab ialah ianya diletak berdiri di depan pemain yang duduk bersila di lantai. Rebab digesek dengan busur dan ketegangan tali busur dikawal dengan menggunakan jari. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali-tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai-bagai pic.2) Gong (tetawak) Gong merupakan alat muzik yang tergolong dalam keluarga idiofon. Ianya juga dikenali sebagai 'tetawak". Gong diperbuat daripada perunggu berbentuk bulat. Dinidingnya tebal,berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi gong ibu,bunyinya rendah dan bergema manakala gong anak nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti chak,dong dan peng. Cara bermain bagi gong atau tetawak pula ialah ianya digantung dan dipalu busutnya dengan pemalu beralas.3) Serunai (erofon) Serunai diperbuat daripada kayu keras seerti kayu nangka dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Serunai mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang dan alat tiupan ini mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering. Terdapat beberapa jenis serunai seperti serunai Kedah yang ukirannya agak kurang menonjol dan serunai Kelantan yang ukirannya lebih ketara serta diwarnai dengan warna yang terang. Cara untuk memainkan serunai di dalam Mak Yong ialah elidah empat lapis itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai.

  43. smp2252 says:

    Mak Yong merupakan satu kebudayaan seni tari tradisional yang masih lagi digemari oleh orang ramai dan kini mak yong dipersembahkan dalam bentuk taridra iaitu gabungan di antara tarian dan drama untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa. pada masa dahulu permainan ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang. Mak Yong juga merupakan taridra Melayu yang unik dan halus sifatnya. Ia merupakan kombinasi dari unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi yang dipentaskan. Antara tiga alat muzik utama yang digunakan dalam Mak Yong ialah:SerunaiSerunai tergolong dalam alat muzik jenis erofon. Serunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian pada serunai ini boleh dipisahkan.Serunai diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang. Alat tiupan ini mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering. Terdapat beberapa jenis serunai seperti serunai Kedah yang ukirannya agak kurang menonjol dan serunai Kelantan yang ukirannya lebih ketara serta diwarnai dengan warna yang terang. Cara yang digunakan untuk berrmain ialah yang mana pelidah empat lapis itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai. Dalam Mak Yong Kelantan serunai hanya akan dimainkan pada adegan-adegan puncak atau perang.GendangManakala gendang pula tergolong dalam alat muzik jenis membranofon. Terdapat dua jenis gendang iaitu gendang anak dan genang ibu. Kedua-dua gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyiannya. Ia diperbuat dari kayu nangka. Muka besar ditutup dengan kulit lembu dan pemukulnya diperbuat dari kayu atau rotan. Gendang akan dipukul atau dimainkan setiap kali pergerakan penari Mak yong. GongGong juga mempunyai dua jenis iaitu gong ibu dan gong anak. Gong ibu adalah lebih besar dari gong anak. Ia diperbuat dari tembaga. Bunyian gong itu lebih rendah dari bunyian tawak anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang dan yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah. Selain itu, mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar. Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut getah dihujungnya dan bunyinya berdengung. Biasanya gong dimainkan ketika pemulaan, pertengahan yang mana setiap kali muzik dimainkan gong akan dipukul dan berakhirnya tarian Mak Yong.

  44. Tiga alat muzik utama di dalam keluarga alat muzik tradisional ialah sepasang tetawak, sepasang gendang dan rebab.Tetawak:1. Bentuk: – Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar.2. Bahan Pembuatan: – Tetawak adalah dari jenis yang berukuran kecil serta nipis. Ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan dan petri.3. Cara memainkannya: – Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut getah dihujungnya dan bunyinya berdengung. Gendang:1. Bentuk – Jenis-jenis gendang yang mempunyai satu muka seperti kompang dan rebana diakui telah mendahului gendang-gendang yang mempunyai dua muka sepertimana yang terdapat dalam ensemble paluan silat, nobat diraja, Mak Yong, Gendang Keling, Wayang Kulit, Terinai dan sebagainya. Sejenis gendang dua muka yang dikenali sebagai Gendang Ibu dan Anak.2. Bahan Pembuatan: -Temalangnya diperbuat daripada kayu nangka ataupun jenis kayu yang keras yang lain yang dianggap sesuai. Bentuknya seperti tempayan iaitu ‘barrelshape’ dan tebukan dalaman dilakukan selari dengan bentuk luaran. Ini bagi menjamin mutu suara yang terbaik dan ideal. Pada permukaan besar temalang tersebut telah dirambing dengan belulang lembu manakala permukaan kecilnya dengan belulang kambing.Proses merambing hendaklah bermula dengan meregang ataupun memasangkan kulit-kulit berkenaan yang masih dalam keadaan lembap pada bingkai rotan yang telah dibentuk mengikut kesesuaian. Dengan ini apabila kering, ianya akan menebat di antara kulit dan bingkai tersebut. Kemudian dipasangkan serentak pada kedua-dua muka gendang tersebut dan dijalin dengan rotan, berbentuk seperti “Y” sebagai bahan penegang, menerusi gelung-gelung yang diperbuat daripada kulit berfungsi sebagai ‘simpai’ iaitu alat tala ataupun ‘immediate tuning device’ bagi gendang.Dalam proses penalaan bunyi, ‘kemban rotan’ juga dipakai pada badan gendang tersebut. Ini bagi menjamin ketegangannya supaya tidak cepat mengendur. Dalam keadaan yang sama ‘kemban rotan’ juga berfungsi sebagai bahan penghias.3. Cara memainkannya: – Secara praktis permukaan besar Gendang ibu dapat melahirkan suara asas yang dapat disifatkan sebagai mnemonic ‘doh’ dan pada permukaan kecilnya ialah mnemonic ‘pak’; begitu juga dengan permukaan besar Gendang Anak iaitu mnemonic ‘ting’ dan pada permukaan kecil ialah mnemonic ‘chak’.Dalam amalan semasa persembahan ianya dipangku diatas riba secara tertib mengikut keselesaan pemainnya dan dipalu dengan tangan pada kedua-dua belah mukanya. Rebab:1. Bentuk: – Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan tirus ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. 2. Bahan Pembuatannya: – Badan rebab lazimnya di perbuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Busurnya dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.3. Cara memainkannya: – Rebab diletak berdiri di depan pemain yang duduk bersila di lantai. Rebab digesek dengan busur dan ketegangan tali busur dikawal dengan menggunakan jari. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali-tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai-bagai pic.

  45. Juster says:

    Antara alat muzik tradisional yang terdapat dalam persembahan mak Yong ialah, sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah sebab 3 tali. Gendang:- Gendang dalam persembahan mak Yong terbahagi kepada dua saiz iaitu gendang ibu (besar) dan gendang anak (kecil). Ia diperbuat daripada bahan kulit yang diregangkan. Kedua-dua jenis gendang ini menentukan corak irama bagi setiap lagu Mak Yong. Gendang mengeluarkan empat jenis timber tertentu bergantung kepada teknik memukulnya. Biasanya ia disuarakan dengan menggunakan suku kata nimonik yang disebut 'cak', 'ting', 'pak', 'doh', 'den'. Timber ini digunakan untuk memainkan rentak yang bersifat 'terhasil' (resultant) mengikut teknik memainkan seperti gaya meningkat (interlocking).Tetawak:- Tetawak diperbuat dari bahan yang mengeluarkan bunyi yang nyaring dan bergema apabila dipukul atau digetarkan dengan cara tertentu. Peranan utama tetawak dalam persembahan Mak Yong dalam persembahan ialah mengharmonikan irama sebab ia mengeluarkan bunyi asas. Terbahagi kepada dua iaitu tetawak anak (lebih kecil) untuk nada yang tinggi dan tetawak ibu (lebih besar) untuk nada yang rendah. Dalam persembahan Teater Mak Yong Kelantan, tetawak memainkan peranan untuk mengalu-alukan kedatangan penonton, mengajak penonton datang dan menghampiri pentas persembahan, menandakan persembahan akan dimulakan, dan menandakan pelakon meminta izin dari khalayak untuk muncul di pentas persembahan.Rebab 3 tali:- Ketiga-tiga tali rebab ini berperanan dalam menentukan melodi instrumental dalam muzik Mak Yong. Rebab berukuran antara 42 hingga 54 inci, boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung mukanya diperbuat daripada kayu nangka atau kayu sena dan ditutup dengan kulit perut lembu yang telah dikeringkan. Pada sebelah kiri rebab terdapat satu lubang kecil seluas satu inci yang ditutup dengan lilin yang dinamakan 'susu' berfungsi untuk mengimbangkan tekanan udara dari dalam dan luar. Batang rebab pula diperbuat daripada kayu nangka dan sira manakala talinya diperbuat daripada benang besar. Pada masa kini tali rebab adalah daripada tali gitar, gambus atau biola. Alat ini dimainkan secara berdiri seakan-akan menggesek biola. Ia digesekkan dengan menggunakan alat penggesek seperti penggesek biola dan diperbuat daripada kayu dan tali nilon atau tangsi. Bunyi rebab terhasil melalui gesekan tali tadi.

  46. Makyong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Makyong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau – Indonesia.Mak Yong terdapat di istana raja Melayu Pattani di selatan Siam lebih kurang 400 tahun dahulu dan kemudian berkembang ke Kelantan. Di Kelantan pula permainan ini telah wujud sejak 200 tahun dahulu. Menurut orang-orang tua permainan Mak Yong ini ada sejak sebelum Long Yunus memerintah Kelantan.-Tetawak atau gong Gong ibu adalah lebih besar dari gong anak. Ia diperbuat dari tembaga. Bunyian gong itu lebih rendah dari bunyian tawak anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu. Ia biasanya digandung berpasangan pada batang kayu yang dikenali sebagai kayu mengabang dan dimainkan oleh pemain yang sama.gong ini dibuat daripada besi sebagai alternatif yang dibuat oleh pakar-pakar.Mereka menggunakan teknik ‘pateri’ ataupun dibentuk dari objek seperti ‘leger’ iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipaterikan. gong ini dimainkan secara diketuk menggunakan pengetuk oleh pemain gong. dalam makyong,gong ini dimainkan secara berselang-seli bagi menghiasi irama dalam persembahan makyong.-Gendang Kedua-dua gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyiannya. Ia diperbuat dari kayu nangka. Muka besar ditutup dengan kulit lembu. Pemukulnya diperbuat dari kayu atau rotan.-Serunai Serunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian pada serunai ini boleh dipisahkan. Serunai diperbuat dari bahan-bahan yang berlainan. Ada juga yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit. Manakala ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit . Mali pula diperbuat dari tembaga atau perak. Manakala bahagian batang serunai pula diperbuat daripada kayu nangka, kayu lada. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknya.

  47. Alat muzik Mak Yong: • Sepasang gendang• Sepasang tetawak • Sebuah rebab 3 tali• SerunaiBentuk alat-alat muzik Mak Yong dan bahan untuk membuat alat muzik tersebut:RebabBerbadan kayu berbentuk segi tiga, Muka badan menggunkan kulit perut lembu dan Bonggol kecil dipanggil SUSU diperbuat daripada lilin lebah berfungsi meredam bunyi.Gendangmempunyai dua muka sepertimana yang terdapat dalam ensemble paluan silat, nobat diraja, Mak Yong, Gendang Keling, Wayang Kulit, Terinai dan sebagainya. Begitu juga dengan gendang dua muka yang terdapat dalam permainan Gamelan yang juga merupakan satu eksternal dari kejadian dahulu.TetawakTetawak merupakan sejenis gong yang biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu. Ia biasanya digandung berpasangan pada batang kayu yang dikenali sebagai kayu mengabang dan dimainkan oleh pemain yang sama.Serunaimempunyai bentuk seperti ‘kun’ pada pipa melodinya iaitu ‘chanter’ dan menggunakan pipit dua lapis sebagai ‘sounding device’ di India dikenali sebagai ‘Shahnay’, di China dikenali sebagai ‘Sona’, di Sri Lanka dikenali sebagai ‘Harone’ dan di Thailand dikenali sebagai ‘Phi-Nai’. Di Malaysia dikenali sebagai ‘Serunai’. Perkataan ‘Serunai’ berasal dari perkataan ‘Nay’, dalam bahasa Parsi bermaksud tiup. Di Iraq alat ini dikenali sebagai ‘Zurna’. Malah alat-alat ‘Shawms’ yang terdapat di Jepun, Korea, ataupun disemua kawasan Asia Tenggara adalah berasal dari keluarga yang sama. Iaitu dari Timur Tengah. Di Maghribi alat ini dikenali sebagai ‘Ghaita’.

  48. Terdapat 3 alat muzik utama dalam drama tari mak yong iaitu gendang, tetawak dan rebab tiga taliRebab: Merupakan alat muzik bertali yang digesek dan berasal daripada timur tengah. Rebab mempunyai tiga tali yang diperbuat daripada dawai logam. Rebab mempunyai saiz lebar di bahagian atas dan tirus di bahagian bawah dan dada alat muzik ini diperbuat daripada kulit lembu yang telah dikeringkan. Terdapat busut kecil yang ditampalkan di sebelah kiri dada dan dikenali sebagai susu yang berfungsi untuk menyaringkan bunyi. Sementara itu, bahagian atasnya pula dikenali sebagai pucuk rebung. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Busurnya dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi diperoleh daripada: (http://ms.wikipedia.org/wiki/Rebab). Rebab digunakan dalam muzik seperti mak yong, wayang kulit, gamelan dan sebagainya. Tetawak: Merupakan sejenis gong yang biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu. Ia biasanya digandung berpasangan pada batang kayu yang dikenali sebagai kayu mengabang dan dimainkan oleh pemain yang sama. Ia biasanya digunakan sebagai mengiringi permainan teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang kulit Kelantan, Menora dan Main Puteri.Gendang:Gendang merupakan salah satu alat muzik yang diperbuat daripada kulit binatang dan perlu dipalu untuk mengeluarkan bunyinya. Gendang digunakan dalam pelbagai upacara seperti mak yong, wayang kulit, main puteri, silat, gamelan dan sebagainya. Terdapat dua jenis gendang iaitu gendang anak dan gendang ibu. Muzik gendang juga akan diiringi oleh muzik yang lain seperti serunai, gong, gamelan dan lain- lain. Gendang anak mempunyai saiz yang lebih kecil daripada gendang ibu dan bunyinya lebih tinggi.

  49. Idiofon: tetawak, Membranofon: gendang anak, gendang ibu.Erofon: serunaikordofon: rebabNamun begitu, alat utama makyong ialah, rebab, sepasang gendang dan sepasang tetawak. Manakala serunai, geduk dan canai adalah alat tambahan.gendang diperbuat daripada kayu nangka yang berongga dan kedua dua permukaan dipasang dengan belulang lembu atau kambing. hanya satu permukaan sahaja yang digunakan. Sebelah lagi digunakan setelah permukaan satu lagi rosak. Cara permainannya ialah dengan memlau permukaan alat muzik dengan pemalu kayu.rebab pula dalam kategori kordofon. Mempunyai 3 tali daripada dawai logam. Berbadan kayu berbentuk segi tiga. Muka badan adalah menggunakan kulit perut lembu. Bonggol kecil dipanggil 'susu' diperbuat daripada lilin lebah yang berfungsi untuk meredam bunyi. Cara memainkannya ialah dengan tali digesek menggubakan tali nilon/ tangsi(dulu menggunakan sabut kelapa), rebab diletak berdiri di depan pemain yang duduk bersila di lantai. Tiga tali dilaras pada jeda perfek ke 4 atau ke 5.Tetawak pula diperbuat daripada perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal berbusut di tengah2 bahagian permukaanya. Cara bermainnya ialah dengan digantung dan dipalu busutnya dengan pemalu beralas.Bentuk dan struktur lagu2 makyung ditentuka dalam sistem gongan. 8 bit, 16 bit, 32 bit.Ia dikawal oleh tetawak. Irama Makyung ,menggunakan 4 timbre dan menggunakan gaya meningkah. Hampir kesemua lagu makyung bertempo agak perlahan.

  50. nazotai says:

    salam 1 Malaysia. makyong merupakan sejenis tarian tradisional melayu. unsur gabungan makyung adalah dari unsur ritual, lakonan dan tarian yang di gabungkan antara muzik vokal, instumental, lagu dan penceritaan serta bukan dalam formal.persembahan makyung ini selalunya dipersembahkan di negeri terengganu, Patani, kelantan, kedah, perlis erta di kepulauan riau indonesia. alat makyung ini terdiri daripada sepasang gendang, sepasang tertawak dan sebuah rebab 3 tali.gendang.-terdiri daripada gendang ibu dan anak.-temelangnya diperbuat daripa kayu nangka ataupun kayu keras yang sesuai.-gendang ini adalah di dalam bentuk tempayan " barrelshape" dan ada tebukan dalam.- pada permukaan besar gendang ini dirambang dengan belulang lembu dan belakangnya dengan belulang kambing.-kemban rotan dipakai pada badan gendang serta bagi penalaan bunyi.-dalam konteks gendang, ia akan di mainkan secara berpasangan antara gendang anak dan gendang ibu.-mnemonic bagi permukaan besar gendang ibu berbunyi "doh" dan permukaan kecil mnemonic " pak", bagi gendang anak mnemonic permukaan besar berbunyi "ting" dan mnemonic permukaan kecil berbunyi " chak"Rebab.merupakan alat tradisional. -merupakan sebatang kayu tebal tanpa fret pada leher rebab.-bahgian bawah dipanggil kaki dan atas dipanggil kecopong.-rebab merupakan melodi utama dalam makyung.-bahagian bawah adalah berbentuk segi tiga dan bahian muka rebab diliputi oleh belulang perut lembu.-bahagian bonggol di permukaan badan disebut susu.-mempunyai 3tali yang ditarik dari kekuda yang dipanggil paacat terus memulas untuk tujuan penalaan bunyi "tuning".-sistem talaan jedanya adalah perfect 4th dan 5th.-open string bagi rebab ditentukan oleh suara penyanyi.tali bagi tujuan geselan rebab digunakan tali nilon atau tangsi dan pada dahulunya digunakan sabut kelapa.Tertawak.tertawak merupakan istilah bagi gong yang terkenal di kelantan dan diseluruh negeri.-tawang merupakan ejaan fonologinya, gong kebiasaanya di gandingkan berpasangan antara ibu dan anak menggunakan pemalu ( pemukul )-gong ini selalunya diperbuat daripada besi atau dari tong-tong besi yang dipaterikan.-dimainkan secara selang seli bagi menghiasi irama dalam persembahan makyung.

  51. Garry says:

    Kesenian Mak Yong merupakan drama tari yang diiringi oleh satu ensembel alat muzik tradisional yang terdiri daripada rebab(alat utama),tetwak,gendang dan serunai.Berdasarkan soalan,saya akan menhuraikan 3 jenis keluarga alat muzik yang terdapat dalam ensembel Mak Yong,iaitu idiofon,membranofon dan erofon.1.IdiofonIdiofon yang terdapat dalam ensembel Mak Yong adalah seperti tetawak atau gong.Ia diperbuat dari perunggu berbentuk bulat,berdinding tebal dan berbusut di tengah.Ianya berpasangan,iaitu mengandungi tetawak ibu(lebih besar)dan tetawak anak(lebih kecil).Tetawak dimainkan dalam Mak Yong dengan dipalu di busutnya dengan pemalu yang beralas.Tetawak digantungkan.Ia dimainkan secara berselang-seli dalam persembahan Mak Yong di kelantan.2.Membranofon.Gendang ibu dan gendang anak merupakan alat membranofon utama dalam persembahan Mak Yong.Ia diperbuat daripada belulang lembu atau kambing yang diregangkan pada kayu keras berbentuk "barrel shape".Gendang ibu menghasilkan pitch yang lebih rendah manakala gendang anak menghasilkan pitch yang lebih tinggi.Gendang ibu dan anak boleh menghasilkan mnemonik "pak","duh","cak"dan "ting".Gendang ibu dan anak dimainkan secara bertingkah dan berselang seli dalam persembahan Mak Yong.3.Erofon.Serunai adalah alat muzik erofon yang diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka.Ia berbentuk kon dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng.Ia juga terdiri daripada beberapa bahagian iaitu pipit,mali,batang dan copong,yakni semuanya boleh dipisahkan.Bahagian pipit(reed) akan dimasukan ke dalam mulut pemain dan akan ditiup secara pernafasan circulation.Serunai memainkan melodi dalam sesetengah persembahan Mak Yong,yang mengiringi paluan gendang,keduk dan tetawak dan melodi utama kebiasaannya dimainkan oleh rebab.

  52. Alat muzik dalam Teater Mak Yong terdiri daripada tiga alat muzik utama iaitu gendang, tetawak dan rebab.1. Gendang Terdapat 2 jenis gendang iaitu gendang ibu dan anak. Bentuknya seperti tempayan iaitu ‘barrelshape’ dan tebukan dalaman dilakukan selari dengan bentuk luaran. Ini bagi menjamin mutu suara yang terbaik dan ideal.Dalam proses penalaan bunyi, ‘kemban rotan’ juga dipakai pada badan gendang tersebut. Ini bagi menjamin ketegangannya supaya tidak cepat mengendur. Dalam keadaan yang sama kemban rotan juga berfungsi sebagai bahan penghias.Gendang Anak mempunyai ukuran yang lebih kecil sedikit daripada Gendang Ibu dan tebukan dalaman sering dianalogikan sebagai buluh seruas supaya dapat menghasilkan ‘pitch’ yang tinggi.2. Tetawak Tetawak merupakan satu istilah tempatan ataupun bagi alat gong yang digunakan secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga dinegeri-negeri lain di Malaysia. Ia biasanya digandung berpasangan pada batang kayu yang dikenali sebagai kayu mengabang dan dimainkan oleh pemain yang sama.gong ini dibuat daripada besi sebagai alternatif yang dibuat oleh pakar-pakar.Mereka menggunakan teknik ‘pateri’ ataupun dibentuk dari objek seperti ‘leger’ iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipaterikan.3. Rebab Rebab merupakan salah satu alat muzik tradisional yang dimainkan dalam permainan makyong.rebab merupakan sebaang kayu tebal tanpa fret berfungsi sebagai leher.bahagian bawahnya dipanggil kaki dan bahagian atas dipanggil kecopong dan mempunyai motif ukiran tersendiri.rebab memainkan melodi utama dalam persembahan makyong. Badanya dibuat daripada kayu yang berbentuk 3 segi.muka badanya diliputi oleh belulang perut lembu.Mempunyai bonggol kecil yang dipanggil susu yang bertujuan untuk meredam bunyi.rebab ini juga mempunyai 3 tali logam seperti tali gitar yang ditarik dari kekuda yang dipanggil paacat terus kepemulas untuk tujuan penalaan bunyi.

  53. 1. RebabMerupakan alat muzik terpenting yang berbentuk hati dan bertali tiga. Ia dimainkan dengan cara menggesek seperti bermain biola. Terdiri dari tiga bahagian iaitu batang, muka dan pucuk rebung. Tempurung muka dibuat daripada kayu nangka dan kemudiannya ditutup oleh kulit perut lembu. Pada bahagian dada atau muka bucu kiri terdapat satu lubang sebesar seinci dan ditutupdengan penutup yang dinamakan 'susu'. Ia berfungsi bagi mengimbang tekanan udara dari luar dan dalam. Balang diperbuat dari kayunangka. Zaman dahulu tali rebab dibuat dari benang besar dan benang kasar. Penggesek rebab diperbuat dari tali tangsi dan kayu. Pemain rebab dikenali dengan nama Tok Minduk adalah ahli muzik yang terpenting dalam muzik makyung. Beliau merupakan ketua kumpulan makyung. Beliau memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 "measure" yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Beliau memulakan isyarat memulakan bagi memulakan muzik. Beliau dan ahli muzik yang lain akan menghafal lagu-lagu. Beliau juga akan ketuai acara membuka panggung. Di sudut kiri pentas ditempatkan ahli muzik manakala manakala tok minduk akan duduk menghadap matahari jatuh.2. CanangCanang ibu dan anak dibuat daripada tembaga. Beza antara kedua canang ini adalah melalui muzik yang dikeluarkan daripadanya. 3. SerunaiTerdiri dari pipit, mali, batang dan copong. Bahagian-bahagian ini tidak boleh dipisahkan. 4. Tetawak atau GongTetawak ibu adalah lebih besar daripada tetawak anak dan diperbuat daripada tembaga. Bunyi tetawak ibu lebih rendah daripada bunyian tetawak anak. Kedua-dua tetawak digantung dandipisahkan menggunakan dua batang kayu yang dipanggil mengembang. Pemukulnya pula dibuatdari kayu dan hujungnya dibalut dengan kain mahupun kepingan getah. Dalam muzik makyung, pemukul tetawak akan memukul dengan menggunakan pemukul tetawak dan diselang seli semasa drama sedang dimainkan.5. Gendang Ibu dan Gendang AnakKedua-dua gendang ini berbeza dari segi bunyi dan saiz. Muka besar ditutup dengan belulang lembu manakala muka kecil ditutup dengan kulit kambing.6. KesiTerdiri dari dua bahagian iaitu piring dan kicah dan diperbuat daripada besi.

  54. Taridra Mak Yong memerlukan rebab, gendang ibu dan anak, geduk ibu dan anak, gong ibu dan anak, gedombak ibu dan anak, serunai, canang dan kesi. Muzik digunakan untuk memaklumkan kepada penonton bahawa pementasan Mak Yong akan bermula. Muzik juga berperanan untuk membentuk suasana persembahan dan menggambarkan emosi dalam setiap adegan. Setiap adegan digambarkan melalui lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama. Selain daripada itu, muzik juga digunakan untuk mengiringi tarian dan nyanyian, bagi menandakan permulaan dan penamat adegan serta menentukan waktu watak-watak masuk atau keluar pentas.Ahli muzik terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab yang di kenali dengan nama Tok Minduk. Tok Minduk inilah yang akan menentukan tinggi rendah suara penyanyi Mak Yong berdasarkan geseran rebab. Tok Minduk adalah ketua dan pembimbing kumpulan muzik itu. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dengan Tok Minduk duduk mengadap ke arah matahari jatuh. Ia memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 rentak yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Tok Minduk akan memberi isyarat untuk memulakan lagu, menukar lagu rentak dan segalanya berkaitan aspek muzik. Di dalam nyanyian suara dan rebab menyelenggarakan melodi, gendang dipukul bertingkah dan gong menandakan rentak atau bilangannya. Manakala serunai akan hanya dimainkan pada adegang-adegang puncak atau perang.Tetawak atau gongGong ibu adalah lebih besar dari gong anak. Ia diperbuat dari tembaga. Bunyian gong itu lebih rendah dari bunyian tawak anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.GendangKedua-dua gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyiannya. Ia diperbuat dari kayu nangka. Muka besar ditutup dengan kulit lembu. Pemukulnya diperbuat dari kayu atau rotan.CanangSepasang canang ibu dan anak diperbuat dari tembaga. Terdapat juga canang anak dan ibu yang sama besar juga yang berbeza dari segi saiz. Canang ini dibezakan besar atau tidak berdasarkan dari segi bunyian sahaja. Sekiranya bunyi itu kuat ia dinamakan canang ibu dan sekiranya bunyinya rendah ia dikenali canana anak.KesiKesi mempunyai 2 bahagian, piring dan kicah ianya terdiri 4 piring atau 2 kicah. Ianya diperbuat dari besi atau tembaga. Ada juga kesi terdiri dari 2 piring dan 1 kicah. Pada bahagian atas kicah diikat dengan tali.SerunaiSerunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian pada serunai ini boleh dipisahkan. Serunai diperbuat dari bahan-bahan yang berlainan. Ada juga yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit. Manakala ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit . Mali pula diperbuat dari tembaga atau perak. Manakala bahagian batang serunai pula diperbuat daripada kayu nangka atau kayu lada. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknyaRebabRebab boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitui pucuk rebung, batang ,muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. Pada muka atau dada di penjuru kiri terdapat 1 lubang luas 1 inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan susu atau tetek. Fungsinya adalah untuk mengembangkan tekanan udara atau sira. Pada masa dahulu tali rebab dio buat dari benang kasar tetapi sekarang menggunakan sama ada tali gitar, tali gabus atau tali biola. Penggeser rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Rebab merupakan alat muzik yang utama dalam permainan Maak Yong kerana rebablah yang menentukan tinggi rendahnya suara pemain Mak Yong menyanyi.

  55. -rebab adalah salah satu alat muzik utama dalam permianan makyung. merupakan alat muzik bertali dan menggunakan tali penggesek. badannya dibuat daripada kayu nangka dan bahagian hadapan di tutup dengan kulit dan biasanya dibuat daripada perut lembu. cara bermain dalah dengan diletakkan secara berdiri di hadapan pemain dan pemain akan menggesek talinya dngan penggesek.gendanng-temalangnya dibuat daripada kayu nangka. biasanya dimainkan secara berpasangan iaitu gendang anak dan gendang ibu yang menghasilkan bunyi 'pak', 'doh', 'cak', 'ting'. dipukul dengan tapak tangan untuk menghasilkan bunyi-bunyian.tetawak-tetawak juga biasanya dimainkan secara berpasangan iaitu tetawak ibu dan anak yang digantung pada kayu dan dimainkan dengan cara memukul dengan menggunakan pemalu.

  56. RK_nisa says:

    Mak Yong berasal dari kisah 2 orang adik beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. Pada masa menjaga lembunya mereka terpesona dengan tiupan angin lembut ke atas pokok-pokok kayu di sekitar padang itu. Gerak-geri dahan, liuk-lintuk ranting, lambayang ranting dan lambayang daun serta gaya daun luruh berguguran ke bumi amat mengagumkan mereka dan inilah yang mewujudkan main Mak Yong.- Rebab- Gendang ibu dan anak- Geduk ibu dan anak- Gong ibu dan anak- Serunai- Gedombak ibu dan anak- Canang- Kesi

  57. Gendang ibu dan anak- merupakan kategori membranofon yg dmainkan dlm makyong.kedua-dua berbeza dr segi saiz dan bunyi. ia diperbuat dr kayu nagka. muka besar ditutup dgn kulit lembu, manakala muka kecil ditutup dgn kulit kambing. serunai- merupakan kategori erofon. terdiri daripada pipit, mali, batang dan copong. tiap2 bhgn ini boleh dipisahkan. serunai dperbuat dr bahan-bhan yg berlainan. ada jga yg dperbuat dr kayu spenuhnya, kecuali pipit. ada bahagian tertentu dperbuat dr tembaga. Daun Tor kering dgunakan utk membuat pipit. mali pula dperbuat dr tembaga atau perak. manakala bahagian batang serunai pula dperbuat drpd kayu nangka, kayu lada. bahagian luar serunai di ukir bg mencantikan bentuknya.tetawak atau gong – adalah ketegori idiofon. gong ibu lebih besar dr gong anak, ia dperbuat dr tembaga.bunyian gong ibu lebih rendah berbanding gong anak. kedua-dua dgantung dan dipishkan oleh 2 btg kayu yg dnamakan mengembang. pemukul pula dperbuat drpd kayu yg dnamakan mengembang dan hujungnya dbalut dengan kain atau kepingan getah.

  58. Alat muzik dalam mak yongTetawak atau gongGong ibu adalah lebih besar dari gong anak. Ia diperbuat dari tembaga. Bunyian gong itu lebih rendah dari bunyian tawak anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.GendangKedua-dua gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyiannya. Ia diperbuat dari kayu nangka. Muka besar ditutup dengan kulit lembu. Pemukulnya diperbuat dari kayu atau rotan.CanangSepasang canang ibu dan anak diperbuat dari tembaga. Terdapat juga canang anak dan ibu yang sama besar juga yang berbeza dari segi saiz. Canang ini dibezakan besar atau tidak berdasarkan dari segi bunyian sahaja. Sekiranya bunyi itu kuat ia dinamakan canang ibu dan sekiranya bunyinya rendah ia dikenali canana anak.KesiKesi mempunyai 2 bahagian, piring dan kicah ianya terdiri 4 piring atau 2 kicah. Ianya diperbuat dari besi atau tembaga. Ada juga kesi terdiri dari 2 piring dan 1 kicah. Pada bahagian atas kicah diikat dengan tali.SerunaiSerunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian pada serunai ini boleh dipisahkan. Serunai diperbuat dari bahan-bahan yang berlainan. Ada juga yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit. Manakala ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit . Mali pula diperbuat dari tembaga atau perak. Manakala bahagian batang serunai pula diperbuat daripada kayu nangka atau kayu lada. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknyaRebabRebab boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitui pucuk rebung, batang ,muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. Pada muka atau dada di penjuru kiri terdapat 1 lubang luas 1 inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan susu atau tetek. Fungsinya adalah untuk mengembangkan tekanan udara atau sira. Pada masa dahulu tali rebab dio buat dari benang kasar tetapi sekarang menggunakan sama ada tali gitar, tali gabus atau tali biola. Penggeser rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Rebab merupakan alat muzik yang utama dalam permainan Maak Yong kerana rebablah yang menentukan tinggi rendahnya suara pemain Mak Yong menyanyi. SMP2252 DILLAH on September 5, 2010 11:56 PM said… -rebab adalah salah satu alat muzik utama dalam permianan makyung. merupakan alat muzik bertali dan menggunakan tali penggesek. badannya dibuat daripada kayu nangka dan bahagian hadapan di tutup dengan kulit dan biasanya dibuat daripada perut lembu. cara bermain dalah dengan diletakkan secara berdiri di hadapan pemain dan pemain akan menggesek talinya dngan penggesek.gendanng-temalangnya dibuat daripada kayu nangka. biasanya dimainkan secara berpasangan iaitu gendang anak dan gendang ibu yang menghasilkan bunyi 'pak', 'doh', 'cak', 'ting'. dipukul dengan tapak tangan untuk menghasilkan bunyi-bunyian.

  59. bancha says:

    Muzik merupakan unsur penting dalam permainan Mak Yong, ini kerana setiap pergerakan setiap watak dalam cerita Mak Yong adalah berdasarkan bunyian muzik.Kumpulan muzik Mak Yong yang lengkap akan mengandungi alat-alat:- Rebab- Gendang ibu dan anak- Geduk ibu dan anak- Gong ibu dan anak- Serunai- Gedombak ibu dan anak- Canang- KesiBiasanya kumpulan muzik Mak yong tidak akan ada ke semua alat muzik yang di sebutkan tadi, tetapi sekurang-kukurangnya mengandungi alat-alat muzik seperti berikut:- Rebab- Gendang ibu dan anak- Sepasang gong ibu dan anak- SerunaiAhli muzik terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab yang di kenali dengan nama Tok Minduk. Tinggi rendah suara penyanyi Mak Yong berdasarkan geseran rebab oleh tok minduk. Tok Minduk adalah ketua dan pembimbing kumpulan muzik itu. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dengan Tok Minduk duduk mengadap ke arah matahari jatuh. Tok Minduk akan memberi isyarat untuk memulakan lagu, menukar lagu rentak dan segalanya berkaitan aspek muzik.Di dalam nyanyian suara dan rebab menyelenggarakan melodi, gendang dipukul bertingkah dan gong menandakan rentak atau bilangannya. Dalam Mak Yong serunai akan hanya dimainkan pada adegan-adegan puncak atau perang.Idiofon-Tetawak atau gong-Gong ibu lebih besar dari gong anak-diperbuat dari tembaga. -Bunyian gong ibu lebih rendah dari bunyian gong anak-digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu (mengembang). -Pemukulnya diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.-tetawak sangat penting kerana ia mengawal pusingan atau jangka masa lagu berdasarkan sistem gongan seperti 8 bit, 16 bit ataupun 32 bit. Ia akan dimainkan di akhir frasa lagu.-membranofon-Gendang-diperbuat dari kayu nangka. Muka besar ditutup dengan kulit lembu. Pemukulnya diperbuat dari kayu atau rotan.-dimainkan sebagai irama asas kepada muzik ini. Gendang ibu akan menjadi rentak asas bersama dengan gendang anak.bunyi akan lebih rancak apabla sampai ke bahagian yang mencemaskan.-erofon-Serunai-terdiri daripada beberapa bahagian pipit, mali, batang dan copong – diperbuat dari bahan-bahan yang berlainan. Ada juga yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit. Manakala ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit . Mali pula diperbuat dari tembaga atau perak. Manakala bahagian batang serunai pula diperbuat daripada kayu nangka, kayu lada. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknya.

  60. Alat muzik dalam teater Mak Yong :1. Rebab (Membranofon)2. Gong Ibu dan Anak (Idiofon)3. Gendang Ibu dan Anak (Membranofon)4. Serunai(aerofon)5. Gedombak Ibu dan Anak6. Canang7. KesiRebabRebab boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitui pucuk rebung, batang ,muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. Pada masa dahulu tali rebab di buat dari benang kasar tetapi sekarang menggunakan sama ada tali gitar, tali gabus atau tali biola. Penggeser rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Rebab merupakan alat muzik yang utama dalam permainan Mak Yong kerana rebablah yang menentukan tinggi rendahnya suara pemain Mak Yong mennyanyi.Tetawak atau gong ibu dan anakGong ibu adalah lebih besar dari gong anak. Ia diperbuat dari tembaga. Bunyian gong itu lebih rendah dari bunyian tawak anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.Gendang ibu dan anakKedua-dua gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyiannya. Ia diperbuat dari kayu nangka. Muka besar ditutup dengan kulit lembu. Pemukulnya diperbuat dari kayu atau rotan.CanangSepasang canang ibu dan anak diperbuat dari tembaga. Terdapat juga canang anak dan ibu yang sama besar juga yang berbeza dari segi saiz. Canang ini dibezakan besar atau tidak berdasarkan dari segi bunyian sahaja. Sekiranya bunyi itu kuat ia dinamakan canang ibu dan sekiranya bunyinya rendah ia dikenali canang anak.KesiKesi mempunyai 2 bahagian, piring dan kicah ianya terdiri 4 piring atau 2 kicah. Ianya diperbuat dari besi atau tembaga. Ada juga kesi terdiri dari 2 piring dan 1 kicah. SerunaiSerunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian pada serunai ini boleh dipisahkan. Serunai diperbuat dari bahan-bahan yang berlainan. Ada juga yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknya.Cara memainkan alat-alat muzik ini dalam teater Mak Yong adalah dilihat kepada peranan alat muzik Rebab. – Rebab adalah alat muzik paling penting dalam Mak Yong. Pemain rebab dikenali sebagai Tok Minduk. Dia menjadi ketua dan pemimpin bagi kumpulan itu. Semua lagu dimulakan oleh Tok Minduk dan ia diikuti oleh paluan gendang, gong, suara penyanyi solo (pelakon utama) dan penyanyi latar yang dipanggil Jong. – Muzik digunakan untuk memaklumkan kepada penonton bahawa pementasan Mak Yong akan bermula. – Muzik juga berperanan untuk membentuk suasana persembahan dan menggambarkan emosi dalam setiap adegan. Setiap adegan digambarkan melalui lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama.- Selain daripada itu, muzik juga digunakan untuk mengiringi tarian dan nyanyian, bagi menandakan permulaan dan penamat adegan serta menentukan waktu watak-watak masuk atau keluar pentas.

  61. smp2252aisya says:

    1.Membranofon.Gendang ibu dan gendang anak merupakan alat utama dalam Mak Yong. Gendang diperbuat daripada belulang lembu atau kambing yang diregangkan pada kayu keras.Gendang ibu menghasilkan pitch yang lebih rendah manakala gendang anak menghasilkan pitch yang lebih tinggi.2.ErofonSerunai terdiri daripada bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap- tiap bahagian boleh dipisahkan.Serunai juga diperbuat dari kayu sepenuhnya kecuali pipit. Diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang. Alat tiupan ini mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering.Cara BermainPelidah empat lapis itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai.3.Idiofon Canang merupakan alat muzik dalam kategori idiofon.Canang merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gong yang berukuran kecil.Terdapat sepasang canang, salah satunya kecil sedikit daripada yang satu lagi. Setiap canang itu ada 4 lubang kecil pada lilitannya. Pada lubang ini dimasukkan tali dan ditegangkan di dalam sebuah kotak kayu. Pada dinding kotak kayu itu terdapat lubang-lubang di mana gemanya dapat keluar menerusinya. Sepasang pengetuk sepanjang 7 inci digunakan untuk memukul canang itu. Kayu pengetuk itu berbalut kain pada hujungnya. Paluan ini dikenakan pada bahagian yang membonjol. Salah satu daripadanya, bunyinya lebih tinggi daripada yang satu lagi. Panjang garisan pusat untuk canang tersebut ialah 6 inci dan satu lagi 7 inci. Pukulannya konstan dan berselangan. Tingginya lebih kurang 2 inci. Besar kotak kayu itu ialah 10 inci lebar dan 22 inci panjang dan tingginya 7 inci. Pukulannya konstan dan berselang. Manakala dalam ensemble bagi mengiringi tarian istana seperti Asyik mengikut amalan semasa canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonik yang mempunyai pic suara yang tepat (definite pitch).

  62. SMP2252 Azam says:

    a) Idiofoni- Tetawak atau gongDalam permainan Mak Yong tetawak atau gong terdiri daripada dua iaitu gong ibu (besar) dan gong anak (kecil). Peralatan ini diperbuat daripada tembaga. Kedua-dua gong tersebut akan digantung dan dipisahkan oleh dua batang kayu yang dinamakan mengembang. Gong ini haruslah dipalu untuk menghasilkan bunyi dengan menggunakan pemukul yang diperbuat daripada kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah. Apabila dipalu, bunyi yang dihasilkan oleh gong ibu lebih rendah daripada bunyian yang dihasilkan gong anak.ii- CanangTedapat sepasang canang iaitu ibu dan anak yang diperbuat daripada tembaga. Canang ini dibezakan besar atau tidak bergantung dari segi bunyian yang dihasilkan. Sekiranya bunyi itu kuat ia dinamakan canang ibu dan sekiranya bunyinya rendah dikenali canang anak.iii- KesiKesi mengandungi dua bahagian utama iiatu pirinng dan kicah. Ianya diperbuat daripada besi atau tembaga. Ada juga kesi terdiri daripada dua piring dan satu kicah. Pada bahagian atas kicah diikat dengan tali.b) Membranofoni- RebabRebab merupakan alat muzik utama dalam seni tarian Mak Yong. Rebab terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. Pada muka atau dada di penjuru kiri terdapat satu lubang luas 1 inci yang ditutup dengan penutup yang dinamakan susu. Fungsinya untuk mengembangkan udara atau sira. Rebab dibunyi ketika mengeserkan dengan pengeser yang diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Rebab diletak berdiri di depan pemain yang duduk bersila di lantai. Rebab digesek dengan busur dan ketegangan tali busur dikawal dengan menggunakan jari. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali-tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai-bagai pic.ii- GendangTerdapat sepasang gendang iaitu ibu dan anak. Kedua-duanya berbeza saiz dan bunyiannya. Gendang ini diperbuat daripada kayu nangka dan bahagian mukanya ditutup dengan kulit lembu. Gendang ini menghasilkan bunyi apabila dipukul dengan menggunakan pemukul yang diperbuat daripada kayu dan rotan.iii- GedombakAlat muzik ini adalah sejenis alat muzik dalam keluarga gendang yang mempunyai bingkai kayi dan bertutup dengan belulang pada bukaan besar. Gedombak selalunya dimainkan secara duduk dengan gedombak diletakkan di bawah ketiak. Ia dimainkan dengan memalu secara langsung dengan tangan.c) Erofoni- SerunaiSerunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian pada serunai ini boleh dipisahkan. Serunai diperbuat dari bahan-bahan yang berlainan. Ada juga yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit. Manakala ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit . Mali pula diperbuat dari tembaga atau perak. Manakala bahagian batang serunai pula diperbuat daripada kayu nangka, kayu lada. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknya. Bunyian dapat dihasilkan ketika pemain meniupnya.

  63. syitahbuang says:

    alat muzik makyong terdiri daripada 3 jenis keluarga iaitu : idiofon, membranofon dan erofon alat-alat musik daripada tersebut ialah :1. Idiofon : tetawakTetawak merupakan sejenis gong yang biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu. Ia biasanya digandung berpasangan pada batang kayu yang dikenali sebagai kayu mengabang dan dimainkan oleh pemain yang sama.Ia biasanya digunakan sebagai mengiringi permainan teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang kulit Kelantan, Menora dan Main Puteri.2. Membronofon : gendangGendang adalah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.3. Erofon : serulingSeruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup. Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu. Namun kini seruling moden ada yang diperbuat daripada logam aluminium dan plastik. Cara memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik.

  64. Masih ada pelajar yang belum membuat komen..

  65. @niq89Kalau boleh jawapan anda perlu ringkas dan memenuhi kehendak jawapan

  66. @smp2252aisyaJawapan perlu ringkas dan cukup untuk memenuhi kehendak jawapan

Leave a reply to Sumiran Mohd Salleh Cancel reply