KULIAH MINGGU 7

Salam sejahtera kepada para pelajar SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia

Minggu ini sesi pembentangan telahpun bermula. Diharap kepada semua pembentang dapat bersedia dari segi penyediaan weblog dan juga pembentangan di dalam bilik kuliah. Seperti yang dimaklumkan, para pelajar seharusnya dapat turun ke kajian lapangan agar mendapat sumber utama (primer. Sekiranya terdapat kekangan, anda masih punya banyak alternatif untuk mencari bahan. Ingatlah sumber atau bahan yang diperolehi mestilah diberi kredit kerana weblog yang anda paparkan nanti boleh diakses di mana sahaja. Oleh itu, perkara ini perlu diambil perhatian.

Untuk refleksi jurnal minggu ke 7 dan seterusnya, pelajar akan membuat refleksi berdasarkan pembentangan oleh rakan-rakan sekuliah dan seterusnya memberi komen dan pandangan di dalam weblog kumpulan. Sesi pembentangan di blik kuliah juga memerlukan interaksi 2 hala agar ianya lebih efektif. Anda digalakkan bertanyakan soalan dan memberikan pandanngan.

Bagi para pelajar yang mengikuti Jadual Hari Isnin, Jurnal refleksi anda adalah berdasarkan entri KULIAH MINGGU KE 7-HARI ISNIN (KLIK DI SINI)
Manakala bagi pelajar yang mengikuti Jadual Hari Rabu, Jurnal Refleksi anda adalah berdasarkan enti KULIAH MINGGU KE 7-HARI RABU (KLIK DI SINI)

SEKIAN TERIMA KASIH
This entry was posted in KULIAH MINGGU 7. Bookmark the permalink.

9 Responses to KULIAH MINGGU 7

  1. Negara boleh menggunakan muzik tradisional bagi mencapai hasrat 1Malaysia, kerana muzik merupakan elemen penting yang dapat mempengaruhi minat semua golongan masyarakat. Sesuatu lagu yang dicipta juga dapat melambangkan identiti kita sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Muzik Tradisional dapat membantu mencapat hasrat ini dengan cara:a) Mencipta lirik lagu yang menarik dan berkaitan dengan 1Malaysia. Muzik yang dicipta akan wajib digunapakai di setiap sekolah dalam negara ini.b) Mengadakan pertandingan mencipta lagu yang berkaitan dengan semangat perpaduan dan cintakan negara (bertemakan 1Malaysia). Pertandingan ini perlu terbuka kepada semua golongan.c) Mengadakan pertandingan nyanyian secara kumpulan dan setiap satu kumpulan perlu mempunyai ahli yang terdiri daripada semua kaum yang terdapat di Malaysia. Suasana yang harmoni dapat diwujudkan hasil daripadak interaksi dan kerjasama kumpulan yang baik.

  2. Dalam minggu ini telah pun saya menyoal dan disoal dalam ruangan ini..

  3. pendekatan soal jawab ketika pembentangan kumpulan berlansung adalah sangat baik untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai muzik tradisional. sama ada soal jawab antara pelajar dengan pelajar dan antara pensyarah dengan pelajar.

  4. Tahniah kepada kumpulan shafry kerana berjaya melaksanakan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin.

  5. bancha says:

    Tahniah kepada kumpulan kuda kepang yang menyajikan maklumat yang segar. Saya megetahui serba sedikit mengenai kuda kepang sebelum ini melalui pembacaan saya hasil promosi filem Pontianak Harum Sundal Malam 2. Saya amat memujikan penerbit filem yang mengangkat seni tradisi ini ke dunia perfileman dan mengkomersialkan lagi seni ini.

  6. Marlin says:

    Tahniah saya ucapkan kepada kumpulan yang membentangkan tajuk Kuda Kepang kerana membentangkan tajuk ini dengan jayanya disokong lagi dengan temuan hasil kerja lapangan mereka. Namun apa yang saya sangat musykil ialah mengapakah Kuda Kepang telah diharamkan? Ada pernyataan yang menyatakan bahawa tarian ini mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah Islam namun terdapat artikel lain yang mengatakan bahawa Tarian Kuda Kepang mempunyai pengaruh Islam. Pengaruh ini dapat dilihat dari segi perjalanan cerita tarian tersebut yang dikatakan menceritakan peperangan Rasulullah dan para sahabat.Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara untuk menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah sebelum atau selepas persembahan.Namun benar atau tidak, sama-samalah kita mempertahankan warisan tradisional ini agar tidak terus dilupakan.

  7. Juster says:

    Tahniah untuk kumpulan yang telah membentangkan tajuk kuda kepang..

  8. teringin melihat persembahan kuda kepang secara langsung. final pelajar muzik apa ya?? adakah mereka buat persembahan di panggung buadaya?? nak tgk la mesti best. jgn lupa war-warkan..

  9. pembentangan kuda kepang ini mmg best tapi tarian kuda kepang yang sebenarnya amat menggerunkan……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s