SOALAN BERDASARKAN ISU: MINGGU 4


Pada kuliah minggu ke 4, anda telah diberi penerangan mengenai wayang kulit. Berdasarkan jurnal refleksi yang dibuat kebanyakan anda dapat memahami apa itu wayang kulit dari segi sejarah, jenis, penceritaan, persamaan dan perbandingan serta fungsi dalam masyarakat. Persoalannya, dapatkah wayang kulit mempertahankan kewujudannya dan daya tarikannya dalam zaman teknologi ini dan bertahan menghadapi abad ke-21? Keadaan ini semakin membimbangkan berikutan kemasukan pelbagai budaya luar yang semakin mendapat tempat dihati generasi muda-mudi kini. Berikan pendapat dan pandangan anda?
Sila jawab di ruangan komen di bawah posting ini. Jawapan hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tarikh akhir menjawab soalan ialah sebelum atau pada13 Ogos 2010 sebelum jam 12.00am. Selamat menjawab.Terima kasih

This entry was posted in Soalan. Bookmark the permalink.

71 Responses to SOALAN BERDASARKAN ISU: MINGGU 4

  1. Pada pendapat saya, seni persembahan wayang kulit ini masih lagi boleh bertahan walaupun negara kita semakin hari semakin banyak budaya luar yang telah dibawa masuk ke dalam negara ini. Hal ini kerana, seni persembahan wayang kulit yang ada di dalam negara kita juga tidak kurang hebatnya. Motif dan penceritaan yang digunakan di dalam seni persembahan ini juga merangkumi aspek semasa dan aspek lucu yang akan menarik minat generasi-generasi muda pada masa kini. Namun demikian, penerapan mengenai ilmu di dalam bidang seni persembahan wayang kulit juga haruslah diterapkan di dalam diri generasi-generasi muda pada masa kini sejak dari awal lagi. Bak kata pepatah " melentur bulu biarlah dari rebungnya ". Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat generasi muda pada masa kini. Ibu bapa bertanggungjawab untuk membawa anak-anak mereka menonton seni tradisi seperti wayang kulit ini supaya mereka minat untuk mengetahui dan mengkaji mengenai seni persembahan ini. Di samping itu pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mengekalkan tradisi ini iaitu melalui penubuhan kelab Wayang Kulit di sekolah-sekolah atau mewujudkan subjek muzik tradisional sebagai subjek teras di dalam setiap pengajaran. Hal ini membolehkan ramai generasi-generasi muda dapat membolehkan diri mereka menceburkan diri di dalam aktiviti tradisional seperti ini. Oleh itu, beginilah sedikit sebanyak kita telah dapat menyelamatkan tradisi seni persembahan wayang kulit ini daripada luput ditelan arus permodenan teknologi pada masa kini.

  2. Salam,Jawapan saya adalah tidak. Ini kerana saya lihat generasi muda masa kini lebih mengagungkan seni muzik luar. Seni muzik luar semakin di sanjung dan luas mendapat tempat di persada seni. Namun bagi wayang kulit tidak pula dilihat usaha mempertahankannya dan memperkenalkannya. Selain itu, generasi muda kurang kesedaran untuk mempertahankan seni muzik lama dan sering menganggap muzik barat itu lagi baik dan mengikut perkembangan masa kini.

  3. salam.pada pendapat saya, kewujudan wayang kulit dapat dan daya tetikkannya dapat dipertahankan sekiranya terdapat pendedahan awal mengenai wayang kulit kepada para muda mudi hari ini. selain itu, beberapa perubahan perlu dilakukan dalam wayang kulit supaya selaras dengan dunia remaja hari ini yang sudah semakain maju seperti wayang kulit dahulu yang berlaku perubahan mengikut budaya setempat.

  4. wan says:

    pada pendapat saya pemaianan wayang kulit ini tidak dapat di pertahankan sekiranya tidak mendapat sokongan daripada generasi muda pada masa kini memandangkan banyaknya kemasukan budaya luar selari dengan perubahan zaman teknologi masa kini.

  5. abdul qayyum says:

    pada pendapat saya, wayang kulit ini tidak akan dapat diteruskan atau di pertahankan sekiranya tiada golongan muda yang menjadi pelapis kepada wayang kulit ini.. wayang kulit juga tidak akan bertahan sekiranya ia tidak mendapat sokongan bukan sahaja golongan muda tetapi dari pelbagai lapisan umur..

  6. Amirulah says:

    Pada pendapat saya, wayang kulit dapat mempertahan kewujudannya jika kita sebagai masyarakat yang mewarisi seni agung tradisonal ini mempunyai kesedaran mendalam akan betapa tingginya seni wayang kulit ini, kita juga seharusnya mengambil langkah inisiatif untuk belajar mencintai wayang kulit dengan menjalankan kajian serta cuba mencari estetikanya.

  7. noor zakiah says:

    Terima kasih kepada En. Amran atas soalan yang begitu menarik ini. pada pendapat saya muzik tradisional seperti wayang kulit ini mampu untuk dikomersilkan dan mampu untuk menarik minat golongan muda jika pendekatan dan pendedahan yang berterusan dijalankan. Contohnya adakan satu matapelajaran wajib di sekolah mengenai muzik tradisional dan tekankan juga mengenai muzik tradisional ini di pudat-pusat pengajian tinggi. hal ini sekaligus akan menarik minat pelajar untuk mempelajarinya. ada sesetengah pelajar suka kepada muzik tradisional seperti wayang kulit ini sendiri namun dengan peluang yang terhad dan tiada rujukan menyebabkan semangat untuk mempelajarinya hilang. Justeru kerajaan harus melaksanakan satu dasar agar muzik tradisional ini dipelihara dan dipergiatkan lagi penyampaianya agar generasi kini dan akan datang akan terus menghargai muzik wayang kulit ini dan juga muzik-muzik tradisional yang lain.sekian.

  8. nazotai says:

    bagi pendapat saya, wayang kulit ini dapat bertahan tetapi dari segi penyampaiannya akan berubah dari semasa ke semasa sama ada melalui video animasi dan sebagainya. hal ini kerana, pandangan saya ialah pada masa sekarang agak kurang pelapis wayang kulit untuk mewarisi seni ini jadi malalui kaedah teknologi animasi ini ia akan sentiasa dpat dilihta oleh semua. dengan ini semua golongan dapat melihatnya melalui youtube dan sebagainya kerana zaman sekarang semua orang sibuk dengan waktu kerja yang maksimum.

  9. niq89 says:

    pada pendapat saya,wayang kulit ini dapat dipertahankan walaupun pada zaman teknologi ini tetapi dengan syarat anak-anak muda pada zaman ini tidak malu untuk menceburkan diri dalam wayang tradisional ini. dengan ini wayang tradisi ini tidak akan luput ditelan zaman dan daya tarikan serta kesenian melayu dapat dikekalkan

  10. Pada pendapat saya, wayang kulit mungkin boleh dipertahankan kewujudannya dan daya tarikannya sekiranya masyarakat kini terutamanya golongan muda menghargai dan menceburkan diri dalam seni wayang kulit. Selain itu, wayang kulit boleh dipertahankan kerana ianya mempunyai keunikan yang tersendiri yang tidak luput dek zaman. Wayang kulit juga merupakan salah satu seni tradisional pada masa dahulu dan masih lagi wujud sehingga kini.

  11. Pada pandangan saya, wayang kulit akan dapat mempertahankan kewujudan walaupun banyak pengaruh atau budaya luar yang boleh menggugat wayang kulit di hati masyarakat. Hal ini kerana, wayang kulit merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Walaupun generasi muda pada masa kini dilihat lebih cenderung kepada budaya luar namun mereka masih berpegang teguh kepada budaya tradisi iaitu menonton wayang kulit yang dipersembahkan. Namun bagi memperkukuhkan lagi wayang kulit untuk melangkau masa hadapan yang penuh dengan cabaran, langkah yang drastik haruslah diambil oleh pihak-pihak berwajib dengan mengadakan pengajaran atau kajian berkenaan dengan wayang kulit ini. Hal ini kerana, sekiranya tidak ada sesiapa yang prihatin terhadap pengaruh luar yang mengikis budaya tempatan ini maka tidak hairanlah wayang kulit akan menjadi sejarah tanpa adanya persembahan.

  12. salam,wayang kulit merupakan salah satu daripada seni warisan tradisional malaysia kita.terutamanya di negeri kelantan.saya sebagai anak kelantan telah membesar dengan adat dan juga seni warisan negeri kelantan.dari kecil sampai sekarang wayang kulit merupakan satu hiburan yang sangat menarik.persoalanya di sini wayang kulit kini sukar untuk ditonton secara langsung,ini kerana ada yang berpendapat bahawa terdapat elemen-elemen yang bertentangan dengan ajaran islam.bagi pendapat saya wayang kulit pasti dapat mempertahankan kewujudanya kerana ianya merupakan seni warisan yang sangat unik dan pelancong asing juga turut berminat untuk melihat wayang kulit ini.dari segi daya tarikan teknologi terkini,wayang kulit pada masa kini telah beralih kepada bentuk animasi,mungkin ramai yang tidak tahu,tetapi ianya telah wujud.dengan ini saya rasa ianya tidak akan lenyap begitu sahaja.bagi pengaruh luar saya rasa ianya hanya bersifat sementara,selepas itu generasi ini akan kembali kepada akar seni warisanya semula.

  13. Wayang kulit ini masih boleh dipertahankan kewujudannya dan daya tarikanya, tetapi dengan kesedaran semua pihak terutama golongan remaja yang bakal mewarisi warisan kita ini. keunikan dan kehebatan wayang kulit ini akan dapat ditonjolkan jika kerajaan sendiri memberi peluang atau punlisiti yang luas kepada wayang kulit ini. selain itu, hal ini boleh diketengahkan di sekolah supaya pelajar mengenali dan berminat dengan keunikanya. walaupun sekarang kita diserang dengan pelbagai budaya luar, tetapi keunikan budaya kita lebih halus dan menarik berbanding mereka. oleh itu, pendedahan yang khusus harus diberikan terutama kepada golongan remaja.

  14. syafiqa says:

    Pada pendapat saya, walaupun teknologi dunia kini kian membangun tetapi saya yakin wayang kulit masih dapat mempertahankan kewujudan dan daya tarikannya tersendiri.Saya berpendapat sebegini kerana keweujudan wayang kulit ini telah wujud lama di negara kita,tanyalah pada sesiapa pon pasti kan mengetahui apa itu wayang kulit.Wayang kulit mempunyai keunikannya yang tersendiri,bukan saja ramai peminat di Malaysia malah dari luar negara juga sanggup mengkaji tentangnya. Bagi saya, walaupun dunia terus maju dengan IT, teknologi, tetapi bagi saya keunikan dan kesenian yang terdapat di negara kita terutamanya wayang kulit tidak akan mudah untuk lupus begitu sahaja. Pasti ada generasi pelapis yang akan meneruskan seni budaya ini.

  15. Pada pandangan saya, wayang kulit sememangnya dapat mempertahankan kewujudannya dan daya tarikannya tetapi mungkin tidak begitu popular seperti sekarang. Ini kerana dalam abad ke 21 ini, semuanya adalah berkaitan dengan komputer dan masyarakat menjadi boring dengan komputer. Oleh itu, masyarakat akan berasa "segar" dengan wayang kulit kerana ia adalah sesuatu yang berbeza dengan komputer.

  16. Assalamualaikum w.b.tWayang kulit dapat dipertahankan kewujudannya sehingga ke abad 21 dan abad-abad seterusnya jika subjek muzik tradisional ini dan subjek di sekolah berkaitan sejarah muzik tradisional tidak di mansuhkan. Hal ini kerana, mempelelajari muzik tradisional malaysia ini dapat menghayati dan mempertahankan sejarahnya dan muzik tersebut.Selain itu, langkah untuk mempertahankan muzik atau wayang kulit ini ialah membuat konsert,pertunjukan,karnival yang melibatkan generasi muda yang mana generasi muda ini secara tidak langsung meminati dalam bidang ini dan mengetahuinya, seterusnya mengamalkannya atau meminatinya untuk terus berkecimpung dalam wayang kulit ini. Hal ini menjadikan wayang kulit ini terus berkembang dan di persembahan oleh masyarakat.

  17. CHRISTINE says:

    Pada zaman yang berteknologi ini, sememangnya persembahan wayang kulit ini akan dipengaruhi. Namun jika wayang kulit boleh mempersembahkan cerita yang menarik dan lucu serta mempunyai dalang yang kreatif dan suara yang sedap untuk menarik minat penonton, maka wayang kulit boleh mempertahankan kewujudannya dan daya tarikannya pada zaman abad ke-21 ini.

  18. Zulhilmi says:

    Pada pendapat saya, wayang kulit ini dapat mempertahankan kewujudan dan daya tarikannya jika semua pihak tidak kira dari pihak kerajaan atau swasta berganding bahu untuk memperkenalkan seni wayang kulit ini pada generasi muda yang akan datang. Mereka perlulah bersama-sama untuk melakukan pelbagai program yang serius untuk mengetengahkan seni wayang kulit ini pada generasi kini dan akan datang.

  19. Juster says:

    Pada pendapat saya, era teknologi tinggi kini bukanlah menjadi satu penghalang bagi wayang kulit untuk terus berkembang mengikut arus masa. Apa yang dapat dilihat ialah, teknologi canggih ini sememangnya boleh diaplikasikan dalam seni persembahan wayang kulit dengan teknik-teknik yang tertentu. Berkenaan pengaruh budaya luar kepada muda-mudi pula haruslah ditangani dengan menglibatkan golongan ini dalam persembahan wayang kulit. Contohnya, mengadakan bengkel wayang kulit di sekolah-sekolah mahupun di desa-desa. Justeru, seni wayang kulit tidak akan pernah hanyut ditelan zaman.

  20. Saya berpendapat bahawa pada era teknologi ini, generasi muda semakin hilang minat terhadap budaya kita seperti wayang kulit. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sikap remaja yang mengganggapkan persembahan ini bukan sahaja tidak menarik malah membuang masa. kanak-kanak sekarang main permainan yang berteknologi canggih seperti "Wii", "playstation". Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dengan menggalakkan kanak-kanak supaya boleh melibatkan diri dalam bidang muzik.

  21. ya,wayang kulit akan dapat bertahan dan dikenali walaupun negara dalam era teknologi. Ini kerana,wayang kulit adalah unik dan menarik di tonton. ia juga merupakan daya penarik pelancong dan juga masyarakat setempat. kadang kala, perkara yang unik dan aneh lah yang ingin kita terokai dan mengkajinya,seperti wayang kulit ini. tambahan pula ini adalah warisan negara kita.

  22. Walaupun wayang kulit semakin pupus pada zaman teknologi ini, tetapi wayang kulit ini masih kuat pada masyarakat tertentu, contohnya pada negeri kelantan. Saya percaya kalau ada ajaran yang betul tentang wayang kulit ini seperti apa yang kita belajar di kursus ini, wayang kulit ini dapat dikekalkan sampai bila-bila saja. Bagi mereka yang suka wayang kulit ini mereka akan berminat untuk belajar dan generasi-generasi yang akan datang juga akan belajarinya. Selain itu,sekolah boleh mengadakan persembahan wayang kulit atau jika ada persembahan di mana-mana tempat boleh membawa pelajar pergi.Guru muzik pun memainkan peranan yang penting kerana guru muzik boleh memperkenalkan wayang kulit di dalam kelas muzik juga.Oleh itu, pada pendapat saya, pendedahan yang betul boleh menyelamat wayang kulit ini.

  23. Wayang kulit dapat dipertahankan kewujudannya sekiranya terdapat usaha dan langkah untuk memelihara kembali kesenian ini contohnya seperti mengadakan bengkel, seminar, persembahan dan juga pertandingan wayang kulit disetiap lapisan.Ini adalah langkah yang efisyen untuk menyediakan barisan generasi pelapis dimasa mendatang.Selain itu,wayang kulit ini juga seharusnya dijadikan satu subjek kesenian di peringkat sekolah.Keunikannya yang tersendiri khususnya dari segi permainan patung,alat muzik, seni ukiran dan pembuatannya yang tidak terdapat dalam persembahan kesenian yang lain dapat memberikan saingan terhadap kesenian budaya luar yang semakin melular kini.

  24. Saya berpendapat bahawa seni persembahan wayang kulit ini akan dapat bertahan dalam menghadapi arus permodenan pada abad ke-21 ini kerana seni dan motif yang disematkan di dalam wayang kulit ini sudah bermotifkan isu semasa dan tempatan mengikut trend pada masa sekarang, di tambah pula dengan elemen-elemen lucu yang mencuit hati para penonton akan mendapat tempat di hati generasi muda pada masa kini.

  25. Bagi pandangan saya, wayang kulit masih boleh dapat mempertahankan kewujudan dan daya tarikannya dalam zaman teknologi dan abad ke-21. Semua ini boleh terjadi jika banyak pihak terlibat terutamanya pihak kerajaan. Wayang kulit merupakan salah sati identiti bagi Malaysia dan merupakan suatu tradisi turun temurun.Kita boleh membuat satu persatuan khas dan sangat aktif bagi wayang kulit. Selain itu, pencarian bakat – bakat dari generasi muda amat diperlukan bagi memastikan ianya berterusan. Wayang kulit ini juga haruslah selalu dipamerkan bagi memastikan semua warga Malaysia mengetahui kewujudannya.

  26. Pada pandangan saya, muzik wayang kulit pada masa kini mungkin dapat dipertahankan sekiranya minat dan semangat generasi muda pada masa kini masih kekal terhadap muzik-muzik tradisional dan sekiranya ianya diberi penerapan yang khusus terhadap perkembangan muzik ini walaupun menghadapi cabaran daripada pengaruh muzik luar yang kian popular pada hari ini. Jika dilihat kini, majoriti generasi muda pada hari ini lebih kepada muzik-muzik moden yang popular kini kerana mereka sentiasa didedahkan dengan muzik seumpama itu setiap masa. Oleh yang demikian, muzik tradisional juga haruslah didedahkan sepanjang masa terhadap generasi muda kini agar muzik seumpama ini tidak hilang ditelan zaman dan supaya anak cucu kita pada zaman 2020 yang akan datang dapat mengenali apa itu wayang kulit seterusnya dapat menarik minat mereka untuk mewarisi muzik ini dan tidak disangka mungkin akan menjadi muzik yang paling popular suatu hari nanti.

  27. Pada pendapat saya, saya rasa wayang kulit ini akan terus mempertahankan kewujudannya dan daya tarikannya tersendiri walaupon terpaksa bersaing dengan kemajuan dunia. Saya berkata demikian kerana saya yakin masih ada masyarakat diluar sana yang ingin terus menyokong dan terus mempelajari seni wayang kulit ini. Kesenian yang ada di negara kita haruslah di pelihara dan di jaga agar ia tidak luput di telan zaman.Inilah harta peninggalan negara yang harus kita banggakan dan kekalkan. Sebagaimana kita menyusuri kemodenan dunia begitulah juga kita menjaga harta peninggalan negara ini agar terus selari dan mampu menghadapi abad ke 21.

  28. Salam…Memang tidak dapat dinafikan pengaruh dari luar semakin berkembang dari sehari ke sehari. Namun tidak semua pengaruh luar tersebut bersifat negatif. Kebanyakkan pengaruh luar negara terutama dari barat member kemajuan kepada negara seperti dunia ICT dan teknologi maklumat. Perkara ini memang tidak boleh dinafikan walaupun ada yang mengatakan tanpa usaha gigih dari negara kita sendiri kemajuan tersebut tidak akan dicapai. Seperti juga dengan kewujudan wayang kulit pada hari ini akan lebih menjadi teramat bernilai dan akan disedari oleh golongan muda mudi jika adanya gabungan unsur-unsur tradisional dengan kemajuan IT. Kita lihat sahaja fenomena 'facebook', ', 'my space' dan lain-lain. Awal kewujudannya tidak ramai yang berminat untuk menceburinya namun hari ini jika disebut sahaja facebook, ramai yang mengiyakannya sebagai medium penghubung antara satu sama lain.Tidak salah rasanya jika kita menggunakan kemudahan tersebut untuk memperkenalkan kepada golongan muda mudi tentang kewujudan wayang kulit yang suatu masa dahulu adalah kebanggaan nenek moyang mereka. Tetapi pendekatan yang digunakan mestilah bersesuaian dan boleh menarik perhatian golongan muda mudi. Kita boleh gunakan facebook sebagai medium perantaraan untuk mengkhabarkan info-info terkini mengenai wayang kulit. Selain itu, kewujudan blog juga membantu dalam memperkenalkan muzik tradisional ini. Blog yang bersifat santai akan lebih menarik perhatian golongan muda mudi kerana golongan ini pada hari ini lebih sukakan sesuatu yang tidak memberatkan pemahaman mereka dan perkara ini saya fikir boleh dilakukan selagi ia tidak mengubah fakta-fakta yang berkaitan dengan isu yang diketengahkan. Sekian, terima kasih.

  29. emma says:

    pada pandangan saya, pada hari ini penggunaan teknologi sangat penting. hal ini kerana, pembangunan negara banyak bergantung kepada penggunaan teknologi.walaubagaimana pun, negara kita tidak akan menghapuskan wayang kulit kerana wayang kulit sentiasa di mainkan dan dipertontonkan oleh orang ramai. wayang kulit mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri. selain itu, negara kita terkenal dimata dunia dengan budaya tradisional berbanding dengan negara lain. budaya tradisional yang ditunjukan kepada negara luar adalah seperti kuda kepang, wayang kulit, makyong telah berjaya menarik minat ramai pelancong ke negara kita sekaligus berjaya membantu pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, wayang kulit tidak akan pupus sebaliknya wayang kulit mampu bertahan sehingga ke akhir.

  30. pada pendapat saya, dengan apa yang saya faham tentang wayang kulit yang telah d ajar, wayang kulit tidak mudah untuk di lupakan oleh generasi akan datang. kita dapat lihat bahawa seni wayang kulit yang pelbagai ini dapat memikat hati para penonton pada generasi akan datang.

  31. Banyak elemen kebudayaan dan kesenian masyarakat yang diperturunkan dari generasi ke generasi, kian berubah malah terus pupus oleh perubahan nilai, norma dan cara kehidupan masyarakat.Tidak terkecuali menerima tamparan itu ialah kesenian Wayang Kulit. Tatkala kemajuan dan hiburan moden mendapat perhatian dan tempat, wayang kulit berdepan dengan masa depan yang tidak menentu. Hakikatnya medium hiburan seperti filem sudah mendapat tempat sebagai sumber hiburan dan ditambah dengan kemunculan televisyen yang menawarkan pelbagai jenis rancangan untuk setiap lapisan penonton serta medium internet yang memonopoli zaman sekarang.Satu daripada acara yang sering dilakukan untuk memelihara seni warisan wayang ini ialah dengan menyimpan maklumat tentang seni ini dalam bentuk buku atau jurnal. Selain itu pendedahan di sekolah amatlah penting bagi generasi muda lebih mengenali wayang kulit dan sekaligus menyemai perasaan cintakan budaya kita sendiri. Bak pepatah melayu melentur buluh biar dari rebungnya, jadi dengan penerapan wayang kulit dalam kurikulum mahupun kokurikulum sekolah mampu untuk memberi pendedahan tentang wayang kulit kepada genarasi muda.

  32. Sejak dari abad yang lalu sehingga sekarang diperlihatkan wayang kulit semakin tidak dipersembahkan dalam mana-mana keraian atau persembahan panggung melainkan dengan permintaan atau penilaian terhadap persembahan jenis itu. Namun demikian, kekurangan dalam mempersembahkan wayang kulit ini dalam khalayak ramai bukanlah sebagai penentu menunjukkan wayang kulit ini kearah kepupusan dan tidak dapat dipertahankan. Menurut pandangan saya, wayang kulit sememangnya sudah menjadi satu aset yang bernilai dalam negara dari sudut permata budaya sama seperti persembahan tradisional yang lain. Zaman teknologi menjadi satu agen menyebarkan lagi maklumat dan menghuraikan identiti serta klasifikasi wayang kulit kepada dunia. Kerajaan telah menggubal satu dasar iaitu dasar kebudayaan kebangsaan yang turut sama berusaha mengekalkan identiti budaya tradisional dalam negara seperti wayang kulit. Antaranya kita lihat, kurikulum dalam pendidikan di sekolah-sekolah contohnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri menjadikan wayang kulit sebagai satu subtopik pembelajaran dalam kursus muzik tradisional. Di sini secara jelas menampakkan usaha kerajaan dan kementerian pendidikan dalam memastikan serta menarik minta pelajar supaya dapat memupuk nilai dan falsafah yang terkandung dalam wayang kulit ini sebagai satu identiti nasional. Pelbagai kajian dan terbitan buku mengenai wayang kulit turut diusahakanoleh kebayakan pengkaji di Malaysia dan menjadikan teknologi sebagai satu media penyebaran maklumat hasil kajian mereka, secara tidak langsung wayang kulit dapat dirujuk, diketahui serta dipersembahkan kepada rakyat dunia.

  33. Sejak dari abad yang lalu sehingga sekarang diperlihatkan wayang kulit semakin tidak dipersembahkan dalam mana-mana keraian atau persembahan panggung melainkan dengan permintaan atau penilaian terhadap persembahan jenis itu. Namun demikian, kekurangan dalam mempersembahkan wayang kulit ini dalam khalayak ramai bukanlah sebagai penentu menunjukkan wayang kulit ini kea rah kepupusan dan tidak dapat dipertahankan. Menurut pandangan saya, wayang kulit sememangnya sudah menjadi satu aset yang bernilai dalam negara dari sudut permata budaya sama seperti persembahan tradisional yang lain. Zaman teknologi menjadi satu agen menyebarkan lagi maklumat dan menghuraikan identiti serta klasifikasi wayang kulit kepada dunia. Kerajaan telah menggubal satu dasar iaitu dasar kebudayaan kebangsaan yang turut sama berusaha mengekalkan identiti budaya tradisional dalam negara seperti wayang kulit. Antaranya kita lihat, kurikulum dalam pendidikan di sekolah-sekolah contohnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri menjadikan wayang kulit sebagai satu subtopic pembelajaran dalam kursus muzik tradisional. Di sini secara jelas menampakkan usaha kerajaan dan kementerian pendidikan dalam memastikan serta menarik minta pelajar supaya dapat memupuk nilai dan falsafah yang terkandung dalam wayang kulit ini sebagai satu identiti nasional. Pelbagai kajian dan terbitan buku mengenai wayang kulit turut diusahakanoleh kebayakan pengkaji di Malaysia dan menjadikan teknologi sebagai satu media penyebaran maklumat hasil kajian mereka, secara tidak langsung wayang kulit dapat dirujuk, diketahui serta dipersembahkan kepada rakyat dunia.

  34. wayang kulit dapat di pertahankan kerana ia adalah satu seni warisan yg gah..wayang kulit juga selain sebagai warisan ia juga adalah satu persembahan yg menghiburkan masyarakat setempat. teknologi juga tdk mampu menandingi persembahan wayang kulit yg asalnya..krna ia sememangnya unik dan luar biasa.

  35. Pada pendapat saya, wayang kulit akan dapat mempertahankan kewujudannya dan daya tarikannya. Wayang kulit mampu dipertahankan sekiranya kerajaan dan pihak yang terbabit mengambil jalan dan tindakan yang betul seperti mengadakan bulan sambutan wayang kulit dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan Malaysia setiap tahun. Daya tarikan terhadap wayang kulit ini juga mampu dikekalkan disebabkan ramai pengkaji-pengkaji dari Malaysia mahupun dari negara luar membuat kajian terhadap wayang kulit dengan adanya promosi yang meluas.

  36. Pada pendapat saya, muzik abad ke-21 menghadapi persaingan hiburan moden yang telah mempengaruhi kemerosotan seni persembahan tradisi terutamanya muzik wayang kulit. Kurun ke-21 akan membawa ragam hidup baru dan generasi baru mungkin tidak akan mempunyai kaitan lagi dengan seni persembahan tradisi kerana mereka tidak terdedah langsung kepada persembahan ini.

  37. SMP2252 Azam says:

    Wayang kulit dapat mempertahankan kewujudan dan tarikannya dalam zaman teknologi dan bertahan menghadapi abad ke-21 sekiranya, ada usaha-usaha ke arah memperkasakan budaya warisan ini di peringkat tempatan serta global. Bukan hanya daripada penggiat dan kerajaan, tetapi peranan ini haruslah digembleng oleh semua lapisan masyarakat. Seandainya, salah satu bahagian tidak memainkan fungsi seni tradisi warisan bangsa ini akan terkubur begitu sahaja. Amat sayang sekali, warisan yang menjadi lambang turun-temurun tidak diperlihara dengan sebaik-baiknya.Seni wayang kulit harus mengikuti peredaran semasa untuk menyaingi bentuk hiburan yang begitu dekat dengan hati masyarakat seperti televisyen dan panggung wayang. Oleh itu, perlu ada perubahan dalam jalan penceritaan yang sebelum ini terikat dengan kisah berkisar dengan epik Ramayana dan Mahabrata yang mempunyai pengaruh Hindu dengan mengemukakan penceritaan versi baru yang lebih diterima oleh khalayak umum dengan mengambil kira kecenderungan minat generasi alaf baru kini. Dalam setiap persembahan wayang kulit, isu-isu semasa harus diketengahkan di samping dimasukkan dengan unsur jenaka dan jalan cerita yang bersifat komersial. Penggunaan teknologi moden seperti lampu dan kesan bunyi khas boleh diaplikasikan dalam persembahan agar menimbulkan suasana yang segar dan menarik perhatian umum.Kerajaan juga harus mempromosikan wayang kulit, terutamanya melalui mekanisme pendidikan seperti menyarankan sekolah-sekolah mempunyai kelab wayang kulit, menawarkan program berkaitan dengan wayang kulit di institusi pengajian tinggi antaranya seni pembuatan, persembahan dan lakonan. Badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan khazanah budaya di Malaysia harus memainkan peranan proaktif menarik perhatian masyarakat untuk bergerak aktif dalam organisasi mereka dengan mengadakan pelbagai program bersangkutan seperti mengadakan persembahan wayang kulit di setiap pelosok negeri dan memperbanyakkan anjuran seminar dan bengkel.Konklusinya, walaupun perlu ada inovasi dan pembaharuan dalam persembahan wayang kulit, namun pada masa yang sama ciri-ciri unik wayang kulit seperti kehalusan pembuatan patung-patung wayang harus dikekalkan sebagai lambang identiti untuk kelangsungan generasi masa akan datang.

  38. Jelas dilihat pada masa kini, wayang kulit kurang mendapat perhatian dan ianya wujud atas program kerajaan, minat para ilmiah dan keperluan industri perlancongan. hal ini kerana kemajuan dan kemunculan teknologi baru, teater lama ini mendapat persaingan dengan hiburan yang lebih menarik dan popular khususnya dikalangan remaja. malah ia juga merupakan teater tradisi budaya orang melayu dan budaya serantau dunia melayu lama. maka tidak hairanlah dikatakan ianya semakin jauh mendapat perhatian generasi muda-mudi kini.

  39. Bagi pandangan saya ialah pihak kerajaan bagi subsidi untuk mengembangkan tradisi wayang kulit ini dengan mengadakan kempen atau bengkel-bengkel secaea besar-besaran . Kemungkinan cadangan ini boleh tumpuh kepada generasi muda di Sekolah dan Univercity. Selain itu, permain-permain wayang kulit juga boleh merakamkan vedio persembahan wayang kulit mereka dan upload di wedside misalnya Youtube, twitter, my space dan Facebook yang seluruh orang guna dalam global ini. Disamping itu, kita juga boleh meminta artis-artis yang terkenal untuk memberkenalkan wayang kulit malaysia, terutamanya dari segi perlancongan.Hal ini kerana, wayang kulit ini hanyar terdapat di Negara Asia Tenggangra Sahaja, lagipun Wayang kulit dan muziknya juga termasuk dalam wolrd muzik.

  40. Marlin says:

    Pada pendapat saya, kesenian ini masih boleh mempertahankan kewujudan dan tarikannya. Penyimpanan maklumat tentang seni ini dalam bentuk buku atau jurnal adalah sangat penting bahkan mungkin boleh ditambah dengan memasukkan tajuk ini ke dalam kurikulum pendidikan muzik di sekolah. Wayang kulit juga mempunyai tarikan tersendiri dari segi ukiran patung, alunan muzik mahupun jalan ceritanya. Pemuliharaan keseniaan ini sangat penting bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu bahkan boleh menyumbangkan kepada peningkatan ekonomi negara jika hasil seninya dikomersialkan. Jangan anggap kemajuan teknologi kini sebagai penghalang kerana dengan adanya teknologi ini, kesenian wayang kulit mudah diketengahkan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia dengan adanya teknologi video atau youtube. Kesimpulannya, hanya kesedaran serta tindakan yang wajar pada hari ini akan dapat menjamin kesinambungan seni warisan Melayu tradisi ini pada masa akan datang.

  41. Haslina says:

    Wayang kulit sebenarnya dapat dipertahankan kewujudannya dan daya tarikannya di zaman teknologi ini dan bertahan menghadapi abad ke-21. Bagi saya, wayang kulit mempunyai tempatnya yang tersendiri dihati masyarakat. Memandangkan gaya hidup masyarakat kini, ibu bapa tidak berkesempatan untuk memperkenalkan kepada generasi muda tentang salah satu seni masyarakat melayu yang begitu menarik. Majoriti golongan muda tidak mendapat pendedahan terhadap seni wayang kulit ini. Justeru itu pelbagai usaha perlu diteruskan bagi memperkenalkan seni wayang kulit ini kepada generasi muda, mengikut kaedah yang bersesuaian dengan zaman teknologi hari ini. Sebagai contoh, wayang kulit ini boleh di selitkan dalam perfileman, secara tidak langsung generasi muda akan mendapat sedikit gambaran tentang wayang kulit ini. Pendapat dan pandangan saya ini disokong dengan kewujudan pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta yang turut sama menggembling tenaga dalam memperjuangkan seni /khazanah masyarakat melayu seperti ASWARA dan pihak media. Semua sedia maklum bahawa objektif penubuhan ASWARA itu sendiri adalah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi terulung dengan menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat penyelidikan dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan.

  42. Pada pendapat saya, wayang kulit dan daya tarikannya dapat bertahan pada zaman teknologi ini. Kerana dengan adanya teknologi, seseuatu bidang ilmu itu boleh disebarkan dan dapat diperolehi dengan mudah. Sebagai tambahan, hal ini boleh dijelaskan dengan pemahaman tentang Estetik iaitu sebagai filsafat keindahan (Hagel)oleh masyarakat pada masa kini dengan melakukan pelbagai cara persembahan oleh penggiat seni wayang kulit seperti yang ada pada zaman sekarang.

  43. pada pendapat saya wayang kulit sememangnya mempunyai keunikan tersendiri.saya rasa wayang kulit mampu bertahan sekiranya masyarakat dan pihak-pihak tertentu bersatupadu dan berusaha memartabatkan seni wayang kulit.sekiranya pikak-pihak tertentu bersatupadu dan berusaha untuk mmperkenalkan budaya wayang kulit kepada generasi muda,"wayang kulit tidak akan luput ditelan zaman".

  44. Wayang kulit merupakan satu khazanah yang diwarisi sejak turun temurun dan perlu dijaga dan dipelihara oleh generasi yang akan datang. Seni wayang kulit ini perlu diterapkan dihati generasi muda ketika mereka di alam persekolahan lagi. Para pendidik muzik perlulah memainkan peranan penting dalam hal ini. Pelajar-pelajar disekolah perlu diberi peluang untuk mencuba permainan wayang kulit itu sendiri, barulah mereka akan jatuh cinta kepada seni wayang kulit tersebut. Wayang kulit hanya diketahui melalui bacaan dan tontonan televisyen sahaja, sebab itulah ramai generasi muda tidak mengenali dan memahami seni itu. Wayang kulit dapat mempertahankan kewujudannya jika pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Kebudayaan, penggiat muzik wayang kulit, pendidik muzik dan lain-lain lagi memainkan peranan dan sama-sama membangunkan seni wayang kulit ini. Seni wayang kulit itu sendiri haruslah cuba untuk keluar dari kepompongnya, contohnya mungkin perkara-perkara baru dapat ditambah didalam seni permainan itu seperti kisah penceritaannya diambil dari cerita-cerita atau filem-filem masa kini.

  45. Pada pendapat saya muzik wayang kulit dapat dipertahankan sekiranya terdapat pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti kementerian kebudayaan dan warisan Malaysia memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti wayang kulit tidak terhad kepada negeri-negeri tertentu sahaja.Anak-anak muda kini perlu didedahkan dengan wayang kulit tidak kira dari segi sejarahnya, jenisnya ataupun strukturnya agar mereka lebih berminat dan tertarik kepada muzik wayang kulit itu. Tidak dinafikan kehadiran atau kemasukan muzik-muzik Barat khususnya menyebabkan warisan muzik wayang kulit khasnya diketepikan. Ini mungkin kerana kurangnya pendedahan dan pengetahuan tentang warisan muzik tersebut sehingga mereka sanggup membuang nilai yang terdapat dalam muzik wayang kulit tersebut.Dengan itu, inisiatif yang berkesan perlu di ambil bagi membendung perkara tersebut. Bukan saya menyuruh untuk menyekat kemasukan budaya-budaya luar seperti tarian tektonik dan shuffle tetapi agar generasi muda kini dapat menerima warisan budaya wayang kulit ini seiring dengan budaya-budaya luar tersebut dan dengan itu, mereka lebih menghargai warisan budaya bangsa. Pada pandangan saya, muzik wayang kulit ini mampu dipertahankan oleh generasi akan datang.InsyaAllah.

  46. nurulliyana says:

    Assalamualaikum.Seni Wayang Kulit adalah sangat unik dan istimewa.Walaupun Negara sedang menyelusuri era teknologi, namun muzik tradisional ini boleh dipertahankan kewujudannya dan daya tarikannya terutamanya ke atas generasi muda dan akan datang. Dari sudut pandangan masyarakat pada budaya tradisional ini,mereka perlu didedahkan dan diberi penghayatan pada nilai estetika wayang kulit melalui pergerakan patung, penceritaan dan muziknya. Selain itu, kemajuan teknologi terkini seperti televisyen contohnya iklan, perlu digunakan sebaiknya sebagai medium untuk mendekatkan wayang kulit dengan masyarakat. Di smaping itu, menjadikan wayang kulit sebagai antara ejen menyampaikan mesej dan pengajaran baik kepada masyarakat. Selagi ada usaha untuk memartabatkan wayang kulit, ia akan mampu untuk bertahan.

  47. smp2252yati says:

    Memang tidak dapat dinafikan kemajuan teknologi yang berlaku pada hari ini banyak mempengaruhi cara hidup masyarakat terutamanya golongan muda. Semua pihak seharusnya sedar akan masalah ini dan berusaha menyelesaikannya bagi memastikan seni warisan kita tidak tertelan dek zaman. Jika semua pihak sedar akan peranan masing-masing, tidak akan timbul lagi persoalan sama ada dapatkah wayang kulit mempertahankan kewujudannya. Sebagai contoh, pihak media massa seharusnya berusaha untuk menyiarkan tentang kepentingan, kebaikan dan sebagainya mengenai wayang kulit sama ada di media massa atau media elektronik. Apabila keadaan ini berlaku ia dapat menarik minat golongan muda untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Kita juga boleh mengaplikasikan kemajuan teknologi untuk mempromosi wayang kulit kepada masyarakat.

  48. Pada pendapat saya, seni wayang kulit ini dapat dipertahankan ke generasi akan datang. Hal ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang masih meminati dan mahu mempertahankan wayang kulit ini terutamanya di sekolah dan universiti. Selain itu, menjadikan subjek muzik sebagai subjek terpenting agar semua pelajar mengetahui mengenai wayang kulit ini

  49. SMP2252 Liew says:

    Pada pendapat saya, pada zaman kini, wayang kulit telah semakin dilupai oleh generasi muda. Walaupun wayang kulit merupakan salah satu muzik tradisional yang masih giat dikatakan tetapi jika dibandingkan dengan zaman dulu, kebanyakan pemuda-pemudi kini lebih mengemari hiburan jenis barat contoh permainan internet, wayang drama yang ditayangkan di panggung dan tidak suka akan wayang kulit.Ini mungkin kerana kebanyakan wayang kulit ini dalam bahasa melayu, bahasa jawa atau bahasa tempatan lain yang hanya difahami oleh segelintir masyarakat. Masyarakat yang berbangsa lain seperti cina, india dan lain-lain yang kuang faham bahasa tersebut tidak dapat menghayati makna sebenar yang hendak disampaikan oleh wayang kulit maka kian-kian mereka tidak minat terhadap muzik tradisional ini. Selain itu, wayang kulit kini jarang dan susah untuk didapati kerana kebanyakan pemain-pemainnya telah bersara dan kekurangan pewaris maka persembahan juga kekurangan. Ini secara tidak langsung menyebabkan generasi muda kini tidak dapat menonton wayng kulit yang sebenar tetapi hanya boleh melihat dari internet. Sekian, terima kasih.

  50. Pada pendapat saya, ya boleh kerana wayang kulit mempunyai nilai dah ciri ekustikyer yang tersendiri di mana keunikanyer itu dapat menarik perhatian tetapi perlukan perubahan. Wayang kulit. Dalam sector pelancongan; wayang kulit ini dijadikan program utama perlancongan yang mana menjadi agenda utama dalam pakej perlancongan. Disemua hotel ada mempersembahkan wayang kulit ini ibarat tontonan wajib agar semua orang dapat melihatnya. Di kawasan homestay juga perlu meletakan tayangan wayang kulit ini sehingga mengadakan bengkel agar pengunjung terutamaya golongan remaja mendominasikan wayang kulit. Sektor pendidikan; menjadikan pembelajaran wayang kulit ini sebagai utama bukan sahaja pembelajaran malah persembahan. Menjadi tema utama dalam pertandingan dan pertunjukan di setiap kelas. Sebelum ini kita hanya melihat Kompang sebagai pembukaan majlis apa kata menjadikan wayang kulit ini sebagai rakan pembukaan majlis atau menjadi selingan wajib dalam pembukaan majlis di sekolah hingga ke kebangsaan. Mengadakan program mentor mentee setiap peralatan yang digunakan kepada pelajar seperti program pancaragam. Penstrukturan semula watak dah kretria dalam wayang kulit dengan bertemakan zaman sekarang bukan lagi hanya tertumpu kepada turun temurun sahaja tanpa menhilangkan asasnya. Contoh matlamat yang boleh dituju ialah:menjadi pengantara yang jelas bagi melapangkan pemikiran dan menghiburkan dalam mencari ketenangan ketika mencari penyelesaian permasalahan masyarakat dan menganalisinya untuk penonton mendapat idea dan mengkritiknya bagi menimbulkan kesedaran sebagai pengantara pendidikan khusunya di sekolah dalam membantu perubahan sosial yang positif. Wayang kulit juga dijadikan salah satu persembahan seperti teater bangsawan dan tarian mak yong yang di pertontonkan secara besar-besaran di MPO, Istana Budaya, Petronas hall dan sebagainya.

  51. yunieyusoff says:

    Wayang kulit kulit merupakan salah satu seni warisan yang harus kita jaga dan kekalkan untuk generasi muda yang akan datang. Walaubagaimana pun memang tidak dapat dinafikan bahawa pada masa kini banyak pengaruh-pengaruh muzik luar yang lebih mendominasi muzik-muzik tradisional seperti wayang kulit ini. Bagi pandangan saya, wayang kulit dan daya tarikannya masih boleh dipertahankan dengan adanya usaha-usaha dan sokongan dari kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab mengekalkan seni warisan negara yang tidak ternilai ini. Jika satu hari nanti wayang kulit sudah tidak wujud lagi, di manakah lagi wujudnya keunikan seni warisan sejak dari zaman nenek moyang kita lagi. Kempen-kempen yang berkaitan dengan seni warisan negara harus diadakan secara berterusan agar seni ini dikenali sepanjang zaman.

  52. cik_eija says:

    Kebimbangan dalam usaha mempertahankan dan melestarikan kewujudan dan daya tarikan wayang kulit pada zaman teknologi hari ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Masyarakat pada hari ini khususnya golongan remaja lebih cenderung dan berminat dengan hiburan semasa yang bersifat moden. Para penggemar wayang kulit juga kini kian berkurangan. Secara peribadi, saya bependapat bahawa seni warisan ini dapat dipertahankan daripada terus ditenggelami oleh arus peredaran masa dengan melibatkan kerjasama semua pihak termasuk Kementerian Kebudayaan & Kesenian Malaysia, institusi pendidikan, golongan media, masyarakat dan khususnya para penggiat seni tanah air itu sendiri. Kesedaran tentang wayang kulit ini perlu dipupuk seawal kanak-kanak lagi. Ianya perlu diperkenalkan di setiap peringkat umur sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun di peringkat universiti. Melalui satu bentuk sistem sistematik pembelajaran mengenai wayang kulit ini, masyarakat dapat mengenali dan menghayati mesej, nilai-nilai seni dan unsur-unsur budaya yang terkandung dalam seni persembahan ini.

  53. bancha says:

    Sama seperti jurnak refleksi saya, wayang kulit boleh bertahan sekiranya ia lebih difahami oleh semua. Usaha ke arah ini perlu dilaksanakan dengan gigih. Bangsa lain cuma kurang memahami jalan penceritaan, oleh itu ia mendapat sambutan yang kurang dari kaum lain. Selain itu, seni ini patut dikomersilkan dengan lebih teratur. Mengapa kita dapat lihat negara lain sinonim dengan seni mereka, kerana mereka menyanjung tinggi dan meletakkannya sebagai identiti mereka. Penurunan ilmu berdasarkan keturunan juga patut dikurangkan. Orang ramai patut diberi peluang yang lebih mendalam untuk mempelajari disamping mengkomersilkannya .

  54. Pada pendapat saya, wayang kulit dapat dipertahankan kewujudan dan daya tarikannya kerana wayang kulit mempunyai identiti tersendiri yang tidak dapat dimasuki oleh budaya luar. Wayang kulit Kelantan merupakan warisan turun temurun oleh nenek moyang dan masih dipertahankan sehingga kini. Sebagai contoh, wayang kulit di kelantan masih lagi wujud dan dipersembahkan di kampung, daerah, negeri dan sebagainya.

  55. smp2252aisya says:

    Pada pendapat saya, wayang kulit dapat dipertahankan kewujudan dan daya tarikannya kerana wayang kulit mempunyai identiti tersendiri serta tidak dapat dipengaruhi oleh budaya luar. Selain itu, wayang kulit juga merupakan warisan turun temurun oleh nenek moyang dan masih dipertahankan sehingga kini. Oleh yang demikian, pihak kesenian dan kebudayaan haruslah memikirkan cara atau mempelbagaikan seni persembahan wayang kulit bagi menarik minat generasi muda pada masa kini.

  56. Kesenian wayang kulit masih boleh dikekalkan pada zaman moden kini dengan cara memperbanyakkan maklumat mengenainya dengan menggunakan pelbagai saluran seperti televisyen dengan penyiaran dokumentari mengenainya, media cetak dengan penulisan rencana yang berkaitan wayang kulit dan pembukaan banyak laman-laman web yang memaparkan seni dan persembahan wayang kulit agar keberlangsungan wayang kulit dapat dipelihara.

  57. Pada pandangan penulis, kesenian wayang kulit masih boleh dikekalkan pada zaman moden ini terutama sekali melalui penekanannya dalam bidang pendidikan di sekolah. Generasi muda harus didiedahkan dengan wayang kulit seawal usia muda mereka iaitu bermula dari zaman pra sekolah dan kesinambungannya diteruskan sehingga ke peringkat menara gading bagi menjamin warisan wayang kulit tidak hilang ditelan zaman.

  58. syitahbuang says:

    pada pendapat saya, wayang kulit mampu untuk bertahan kerana ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Teknologi yang canggih bukanlah satu penghalang untuk wayang kulit ini terus diminati orang ramai. Hal ini kerana ia mempunyai peminat yang tersendiri bukan sahaja diMalaysia malah di rakyat luar juga turut meminatinya. Teknologi yang canggih merupakan satu alat yang sangat sesuai digunakan untuk memperkenalkan dengan lebih meluas lagi tentang Wayang Kulit kepada orang ramai. Dengan ini walaupun teknologi yang semakin canggih wanyang kulit juga mampu bertahan seiring arus kemodenan dunia.

  59. Pada pendapat saya, seni wayang kulit sememangnya masih boleh bertahan tetapi ia hanya dikenali oleh golongan yang mengamalkannya. Untuk mengekalkan daya tarikannya, ia perlu diterapkan dalam sekolah dan cerita-ceritanya perlu diubah mengikut citaras oenerima pada masa kini agar ia lebih menarik.

  60. Pada pendapat saya, wayang kulit boleh mempertahankan kewujudan di masa akan datang. Meskipun dewasa kini kita sering disogokkan dengan pelbagai budaya luar yang lebih menarik minat terutamanya generasi muda, wayang kulit juga mempunyai beberapa kekuatannya yang tersendiri berbanding permainan tradisional yang lain. Antara kekuatan wayang kulit adalah permainan ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Keunikan wayang kulit adalah dari segi persembahannya yang berunsur penceritaan dan watak yang dipersembahkan dalam bentuk-bentuk patung yang unik. Jenis ceritanya yang pelbagai termasuk cerita moden atau cerita isu-isu terkini juga dilihat mampu menarik minat penonton untuk melihatnya. Unsur-unsur ini sudah pasti tidak wujud dalam permainan moden terkini.Kewujudan teknologi pada masa kini boleh dimanipulasi bagi tujuan pengekalan wayang kulit di masa akan datang. Kemudahan teknologi yang ada boleh digunakan untuk menarik minat golongan muda untuk terlibat dengan permainan ini. Kaedah yang boleh digunakan adalah mempelbagaikan hebahan berkaitan wayang kulit tidak terhad di akhbar tetapi juga melalui capaian internet. Memandangkan golongan muda adalah terdedah kepada teknologi maklumat, pihak yang bertanggungjawab boleh meletakkan video mahupun segala info atau maklumat berkaitan muzik ini. Maklumat perlu dipersembahkan dalam cara yang paling menarik untuk menarik perhatian golongan muda. Tidak dapat dinafikan, lambakan budaya dari luar dewasa kini telah menyebabkan muzik ini semakin dilupakan. Persaingan antara muzik ini dengan muzik dari luar perlu ditangani dengan bijak jika mahu melihat ia terus kekal dalam negara ini. Pihak yang berwajib boleh mengambil inisiatif dengan melakukan beberapa perkara. Sebagai contoh, kempen kenali wayang kulit boleh dianjurkan di tahap lebih luas samada di peringkat negeri atau di peringkat nasional. Media-media massa boleh berperanan bagi melobi kempen ini. Kempen yang dilakukan boleh menyelitkan unsur seperti pertandingan wayang kulit, tayangan wayang kulit mahupun dengan membuat kuiz berkaitan muzik ini. Melalui kempen sebegini setidak-tidaknya muzik ini tetap dikenali dan diingati. Ia juga secara langsung akan mampu mencelikkan golongan muda terutamanya akan kewujudan muzik wayang kulit. Secara keseluruhannya, perkara yang lebih penting dalam mengekalkan wayang kulit di masa hadapan adalah dengan pengamalan yang berterusan akan muzik ini. Tanpa pengamalan oleh golongan yang mempelopori muzik ini, adalah sukar untuk kita mengekalkan apatah lagi ingin menarik minat golongan muda untuk mendekati muzik ini. Golongan yang menguasai muzik ini juga seharusnya bijak mengambil peluang dalam menanam dan membimbing generasi muda akan nilai kesenian dalam muzik ini. Melalui tindakan-tindakan ini ini, saya melihat walau sehebat mana arus modenisasi sekalipun muzik tadisional seperti wayang kulit akan tetap mampu bertahan dan terus menjadi identiti masyarakat negara ini.

  61. Pada pandangan saya, wayang kulit ini dapat mempertahankan kewujudannya dan daya tarikannya dalam zaman teknologi ini walaupun pada abad ke-21 ini banyak cabaran yang perlu ditempuhi terutamanya unsur-unsur budaya luar yang semakin mendapat tempat dihati generasi zaman kini. Apa yang perlu kita ketahui disini bahawa setiap seni yang dipersembahkan sama ada muzik tradisional, muzik popular ataupun muzik moden, semuanya adalah unik. Wayang kulit ini amat unik sekali kerana muzik yang dimainkan, patung-patung yang diukir serta peranan tok dalang dalam menghidupkan penceritaan serta nyanyiannya amat menarik. Untuk mempertahankan kewujudan wayang kulit serta daya tarikannya ini, kita seharusnya berusaha untuk memartabatkannya dan memperkenalkannya kepada generasi-generasi zaman kini sehingga zaman-zaman berikutnya. Justeru, wayang kulit ini tidak seharusnya dipinggirkan dan dibiarkan pupus ditelan zaman. Walaupun ia adalah teater tradisionalkuno tapi tidak bermaksud ia adalah kuno. Wayang kulit ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Maka, kita sebagai mahasiswa penggerak wawasan perlulah membantu dalam memartabatkan dan mengembalikan kegemilangan wayang kulit ini.

  62. Ya,sudah semestinya wayang kulit dapat mempertahankan kewujudan dan daya tarikannya dalam zaman teknologi ini dan akan mampu bertahan menghadapi abad ke-21.Keadaan ini boleh dilakukan dari aspek sektor pelancongan iaitu dengan menjadikan wayang kulit sebagai persembahan utama bagi tontonan serta mendedahkan pelancong-pelancong tentang cara-cara mengendalikan wayang kulit.Aktiviti ini juga dapat dilakukan bagi mereka yang terlibat dengan "homestay".Justeru itu,mengadakan kursus dan pertandingan wayang kulit agar ia akan tetap berkembang dan terus berkembang pada masa akan datang.

  63. Siti Rohaya says:

    Bagi pendapat saya, Wayang kulit kini tidak dapat lagi dipertahankan, walaupun masih terdapat lagi sebilangan yang masih aktif. Pengaruh hiburan dari pelbagai konsep telah meresap dengan begitu pantas pada masa kini. Generasi muda hanya tertarik pada muzik yang datang dari pengaruh luar, persepsi mereka bahawa muzik tradisional ini hanya sejarah permulaan kepada muzik sekarang.

  64. nazotai says:

    pada pendapat saya, wayang kulit dapt bertahan kewujudannya sehingga abad ke-21 jika gaya peyampaiannya di ubah dari layar ke gaya penyampaian maya seperti internet. ini kerana, pada zaman sekarang, semua orang sibuk dengan kerja masing-masing dan tiada masa untuk menonton wayang kulit ini jika diadakan setiap minggu pun, namun jika wujud wyang kulit di dalam bentuk vcd, internet, siri episod tv, ini memudahkan semua untuk melihatnya dan inilah akan mempertahankan wayang kulit. tak semestinya benda yang tradisional diubah, kta boleh guna lakaran patung mngikut asl nmun gayanya sahaja kita ubh & lakarkan dalm bentuk visual.

  65. Assalamua’laikum dan Salam Sejahtera.Pada pandangan saya, wayang kulit mampu mempertahankan kewujudan dan tarikannya dalam zaman ini sehingga abad ke-21 nanti. Seperti yang kita tahu, wayang kulit merupakan suatu khazanah budaya dan warisan turun-temurun yang beharga di Malaysia dan ianya tidak patut dilupakan begitu sahaja. Tetapi, untuk mengekalkanya agar ia masih lagi ada diterima dan dihargai bukan suatu perkara yang mudah. Tambahan pula, banyak kemasukan pelbagai budaya luar yang semakin mendapat tempat dihati generasi muda-mudi kini. Namun, ia tidak menjadi permasalahan jika kita sebagai masyarakat yang begitu menyayangi khazanah budaya dan warisan ini menghargainya. Pada pendapat saya, untuk menarik perhatian golongan muda khususnya, agar meminati wayang kulit mampu dilakukan pelbagai cara. Antaranya dengan menyediakan bengkel-bengkel wayang kulit. Dengan menyertainya, golongan muda ini akan terdedah dengan pelbagai benda yang berkaitan wayang kulit bermula dari sejarah wayang kulit itu sendiri, patung-patung, muzik, instrument dan juga persembahan. Secara tidak langsung, golongan muda dapat mendekati wayang kulit secara dekat sambil mempelajari ilmunya. Dari seni jugalah akan timbul minat dan seterusnya golongan muda ni akan menjadi pelapis kepada golongan yang sedia ada dalam mempertahankan dan memartabatkan warisan budaya yang berharga ini. Selain itu, kiya juga perlu mengekalkan budaya wayang kulit seperti dahulu iaitu mempersembahkannya di majlis-majlis keramaian kekeluargaan seperti perkahwinan, cukur jambul, masuk rumah baru,berkhatan dan sebagainya lagi serta tidak terhad kepada majlis-majlis besar sahaja. Dengan ini, masyarakat dapat melihat dan mengetahui bahawa khazanah ini masih lagi kekal dan diterima baik oleh semua dan generasi akan datang. Oleh itu, sama-samalah kita mngekalkan khazanah ini agar ianya tidak lapok di telan dek zaman. Hargailah warisan nenek-moyang kita ini.

  66. Pada pendapat saya, muzik wayang kulit akan dapat dipertahankan kewujudannya sekiranya usaha pengekalan seni dan kebudayaan muzik ini terus dipelihara dan dijaga dengan baik. Proses pengekalan muzik ini perlu dimainkan oleh semua pihak supaya supaya hasilnya dapat memberikan kebaikan kepada semua lapisan masyarakat. Muzik wayang kulit amat unit jika dikaji dan dinilai sebaik mungkin kerana terdapat unsur pengajaran dan teladan melalui kisah- kisah atau cerita- cerita yang dipertontonkan. walaupun pelbagai budaya luar yang ada pada zaman ini, namun dengan wujudnya pembaharuan dan pemodenan dalam muzik wayang kulit ini akan mampu dipertahankan keunikannya yang tersendiri dan pemeliharaan serta pemuliharaan muzik ini perlu supaya generasi akan datang dapat mengenali muzik wayang kulit sebagai salah lambang identiti masyarakat melayu.

  67. Pada pendapat saya, wayang kulit mampu mempertahankan kewujudannya. Hal ini kerana warisan ini telahpun wujud sejak bertahun lamanya, namun ia masih popular sehingga kini. Ini bermakna, generasi kini juga dapat menerima warisan terdahulu. Apa yang paling penting generasi tua harus menggalakkan generasi muda kini untuk turut serta dalam mempertahankan warisan ini. Sebagai contoh, wayang kulit telahpun diubahsuai menjadi filem yang masih mengekalkan elemen yang ada dalam wayang kulit.

  68. RK_nisa says:

    Saya berpendapat bahawa wayang kulit ini dapat dipertahankan sekiranya mendapat sokongan dan dipelihara oleh semua pihak. Hal ini kerana saya melihat muzik tradisional seperti wayang kulit ini merupakan sebuah persembahan yang amat menarik dan mempunyai pelbagai unsur nasihat dan sejarah yang tersendiri. Generasi muda seharusnya didedahkan dengan muzik tradisional kita.

  69. Pada pendapat saya, wayang kulit dapat mempertahankan kewujudanya dan daya tarikannya kerana terdapat banyak lagi masyarakat yang tahu menghargai budaya peninggalan negara kita. Wayang kulit tidak akan pupus di mata masyarakat tapi akan mengalami perubahan cerita dan persembahannya. Kemungkinan besar wayang kulit akan mengalami perubahan daripada muzik, persebahan dan lain-lain. Pada masa akan datang, keaslian wayang kulit tidak akan dapat kita rasa lagi.Belum terlambat lagi, masih boleh di pertahankan lagi dengan membuat program-promgar yang melibatkan wayang kulit ini.

  70. Pada pendapat saya, wayang kulit dapat mempertahankan kewujudanya dan daya tarikannya kerana terdapat banyak lagi masyarakat yang tahu menghargai budaya peninggalan negara kita. Wayang kulit tidak akan pupus di mata masyarakat tapi akan mengalami perubahan cerita dan persembahannya. Kemungkinan besar wayang kulit akan mengalami perubahan daripada muzik, persebahan dan lain-lain. Pada masa akan datang, keaslian wayang kulit tidak akan dapat kita rasa lagi.Belum terlambat lagi, masih boleh di pertahankan lagi dengan membuat program-promgar yang melibatkan wayang kulit ini.

  71. Pada pendapat saya wayang kulit dapat bertahan jika ianya didedahkan ke pada generasi muda. Hal ini juga kerana tradisi ini harus di jaga bagi mengelak dari luput dek zaman.Wayang kulit seharusnya di pertontonkan oleh semua lapisan masyarakat. Malah badan-badan tertentu seperti pusat warisan negara atau agensi lain harus memberi kenrjasama agar tradisi ini dapat dipelihara untuk anak cucu kita nanti.

Leave a reply to nazotai Cancel reply