KULIAH MINGGU 4


http://viewer.docstoc.com/
var docstoc_docid=”48740454″;var docstoc_title=”Kuliah Minggu 4″;var docstoc_urltitle=”Kuliah Minggu 4″;Kuliah Minggu 4

This entry was posted in KULIAH MINGGU 4. Bookmark the permalink.

29 Responses to KULIAH MINGGU 4

  1. salam…pertama sekali terima kasih En. Amran sebab kelas utk minggu 4 memang best. apa yang dipelajari adalah mengenai wayang kulit. selama ini saya hanya tahu wayang kulit yang ada di Kelantan sahaja. wayang kulit kelantan pun pernah sekali saya tengok secara langsung. itupun sebab ada persembahan yang dibuat di kampung saya sempena hari peneroka. selalunya tengok dalam tv dan video sahaja. memang tidak dinafikan masih ada lagi generasi masa kini yang tidak pernah menonton wayang kulit secara langsung. bagi sesiapa yang diberi peluang untuk menonton wayang kulit secara langsung tu mereka amatlah bertuah kerana bukan senang untuk menonton secara langsung wayang kulit pada zaman globalisasi kini.

  2. Salam…Saya amat setuju dengan pendapat Nurul Hana. Sejujurnya, saya yang dilahirkan di bumi Kelantan juga tidak pernah sekali berpeluang menonton persembahan wayang kulit secara langsung. Inikan pula mereka yang datang dari negeri lain. Topik berkaitan wayang kulit juga amat menarik untuk dikongsi bersama. Tidak sabar untuk mengikuti kelas pada esok hari. Jumpa esok ya..!!!

  3. Marlin says:

    Selamat Sejahtera..Pembelajaran pada hari ini sangat menarik. Saya menyangka bahawa persembahan wayang kulit itu sangat menyeronokkan terutamanya wayang kulit Gedek dan Wayang Kulit Kelantan. Tapi ini tidak bermakna yang lain itu tidak menarik, cuma mungkin saya tidak memahami bahasa yang digunakan contohnya penggunaan bahasa Jawa. Sebelum ini, dengar saja WAYANG KULIT saya terus dapat membayangkan ianya suatu pertunjukan yang membosankan. Tetapi hari ini selepas melihat video persembahan wayang kulit yang dipertontonkan, sangkaan saya jauh meleset. Rupanya, persembahan wayang kulit sangat menarik!

  4. bg pembelajaran mgg ke 4..tentang wayang kulit..sanngat menarik..tak sangka ada banyak jenis wayang kulit rupanya…dan tak pernah menonton wayang kulit..setelah mengikuti mggu ke 4 brulah saya tahu serba sedikit tentang wayang kuklit..

  5. salam…pertama sekali kuliah mggu 4 mmg menarik…ia dpt menambah pengetahuan sy mengenai wayang kulit…pada asalnye sy hnya tahu wayang kulit hanya terdapat di kelantan shj..rupanya byk wayang kulit lain lagi yang tidak di ketahui oleh kami…seperti wayang kulit jawa,gedek dan wayang kulit melayu…ia juga membuka minda kami semua dari mana berasalnya wayang kulit sebenarnya..selain itu kami didedahkan dengan pelbagai alat muzik yang dimainkan oleh pemuzik-pemuzik di belakang…

  6. salam…sesungguhnya saya rasa amat bangga kerana dilahirkan sebagai anak kelantan setelah melalui sesi kuliah minggu 4 ini. kuliah mengenao wayang kulit ini berjaya menarik minat saya untuk mengetahui serba sedikit mengenai wayang kulit kerana setahu saya wayang kulit kelantan adalah antara wayang kulit yang mempunyai jumlah peminatnya yang ramai dan kelantan juga terkenal dengan wayang kulitnya selain daripada dikir barat. kini, saya tidak sabar untuk melalui kuliah 'mak yong' yang pernah saya pelajari dulu tetapi…alamak!sudah lupa la step mengadap rebab sebab tak praktis…

  7. Pembelajaran kuliah pada minggu ini sangat menarik. Walaupun saya tahu dan pernah mendengar dan menonton persembahan wayang kulit, namun saya tidak mengetahui bahawa wayang kulit terbahagi kepada beberapa kumpulan dan mempunyai perbezaan dan keunikannya yang tersendiri. Pembelajaran saya pada kuliah ini membuatkan saya lebih peka terhadap alat muzik untuk mengklasifikasi jenis-jenis wayang kulit tersebut.

  8. salam…pertama sekali pembelajaran mengenai wayang kulit pada minggu ke-4 ini agak menarik kerana,secara tidak langsung saya dapat mengetahui secara keseluruhan mengenai persamaan dan perbezaan antara keempat-empat jenis wayang kulit ini. Paling menarik minat saya adalah perbezaan dialek bg setiap jenis wayang dan juga bentuk-bentuk ukiran patung yang dimainkan. Hal ini kerana keempat-empat wayang kulit tersebut mempunyai keunikannya yang tersendiri. kesimpulannya, wayang kulit adalah salah satu permainan tradisional yang sangat menarik dan ia harus dikekalkan….

  9. Salam E.Amran..Terlebih dahulu sy ingin ucapkn syabas dan tahniah krn telah membawa satu lagi warisan kesenian yg tidak ternilai dlm kelas minggu ni..sy begitu teruja untuk memahami dengan lebih mendalam mngenai wayang kulit memandangkan kumpulan kami akn mengkaji mengenai wayang kulit ini nnti..jadi ia merupakan pendedahan awal kami mngenai wayang kulit ni sebelum kmi membuat kajian lebih trperinci ag.sy sgt terhibur dgn video yg ditayangkn oleh encik spjng P&P brjln.ia sgt menarik minat sy dan kwn2 untuk melihat lebih dekat mengenai wayang kulit disamping turut berhibur dng aksi2 lucu yg dipersembhkn.diharapkn encik dpt mengcungkil lagi muzik tradisional yg lain untuk tatapan kami semua….sekian..

  10. salam..saya tidak menyangka sama sekali bahawa wayang kulit yang berada di Malaysia kini mendapat pengaruh daripada negara jiran terutama Indonesia dan Siam. saya juga tidak menyangka bahawa patung,cara permainan dan muzik iringan wayang tersebut merupakan satu kriteria utama yang membezakan jenis2 wayang kulit yang terdapat di Malaysia. Semoga pada kuliah2 akan datang kita semua mampu 'mendekatkan' lagi diri kita terhadap muzik tradisional Malaysia yang seakan dipinggirkan terutamanya oleh golongan anak muda.

  11. salam sejahtera..Tidak dapat dinafikan lagi negara kita kaya dengan pelbagai kebudayaan terutama dalam bidang seni persembahan. Pelbagai jenis seni persembahan boleh didapati di negara ini. Wayang kulit merupakan salah satu daripada seni persembahan yang telah menjadi kebudayaan negara ini. Namun perkara yang menarik perhatian saya adalah proses asimilasi dan pengaruh daripada negara jiran dalam penggunaan alat seperti muzik dan bentuk patung wayang kulit dalam persembahan wayang kulit di Malaysia. Disamping pengaruh dalam peralatan muzik dan patung, cerita yang disampaikan melalui wayang kulit ini masih berkisarkan tentang cerita epik. secara simboliknya kita dapat melihat evolusi dalam masyarakat tradisional yang mengalami tranformasi dari aspek polik, keagamaan dan juga bidang seni persembahan.

  12. salam..menarik topik minggu ini..

  13. CHRISTINE says:

    salm sejahtera… wayang kulit adalah sesuatu seni yang boleh dinikmati jika kita memahami jalan cerita dan perlakuan setiap pergerakan patung kulit tersebut…namun wayang kulit tidak dipersembahkan di sabah dan sarawak…kelab kebudayaan negara harus sentiasa membuat persembahan di sabah dan sarawak agar masyarakat di sana didedahkan dengan seni yang berada di Semenanjung Malaysia…

  14. Assalamualaikum dan selamat sejahtera….Kuliah pada minggu ke-4 amat menarik sekali kerana kuliah pada kali ini adalah berkaitan dengan wayang kulit. Wayang kulit merupakan salah satu seni yang amat menarik untuk dipelajari. Hal ini kerana jalan cerita yang terdapat dalam persembahan wayang kulit adaalah berkaitan dengan sejarah pada masa dahulu serta isu-isu semasa. Saya masih ingat lagi kenangan waktu kecil dahulu yang mana ayah saya sering membawa saya dan adik beradik saya menonton wayang kulit. Sehingga kini watak Etong masih lagi ada walaupun hanya berkumandang di radio Kedah dan sudah jarang-jarang wayang kulit dipersembahkan. Sekian, terima kasih.

  15. nazotai says:

    salam semua.kuliah pada minggu ke-4 memang amat menari kerana di samaping en. Amran menjalani kuliah beliau menyelitkan video-video mengenai pelbagai jenis wayang kulit serta alat-alat yang digunakan dalam permainan wayang kulit. desebalik itu, jalan cerita wayang kulit ini adalah berdasarkan kisah epik dan isu-isu semasa. pada masa sekarang, persembahan wayang kulit agak jarang di persembahkan mungkin kerana tiadanya pelapisnya. paling unik dalam persembahan ini adalah berdasarkan lagu, ukiran patung wayang serta suara yang lucu.memang sangat menghiburkan.

  16. SMP2252 Azam says:

    Asslammualaikum..saya sependapat dengan nazotai yang mengatakan persembahan wayang kulit jarang dipersembahkan disebabkan tiada pelapis yang berminat secara serius meneruskan kelangsungan budaya tempatan yang unik ini. Mungkin, isu ini boleh diketengahkan bagi menarik perhatian generasi muda kini.

  17. cik_eija says:

    Salam Warisan.Saya agak kecewa kerana tidak dapat bersama sahabat-sahabat yang lain pada kuliah minggu ke-4 yang lalu. Namun, saya menggunakan kesempatan yang ada untuk mengikuti dan memahami apa yang telah disampaikan oleh pensyarah pada minggu lepas. Sebenarnya saya memang sangat berminat dengan seni warisan budaya khususnya budaya Melayu. Namun, kekangan seperti keterbatasan dalam mendapat bahan dan sumber maklumat, tiada pendedahan, dan seumpanya menyebabkan saya kurang memahami sesetengah budaya yang agak asing dalam kehidupan peribadi saya. Misalnya saya sendiri belum pernah melihat seni persembahan wayang kulit ini dimainkan secara langsung.

  18. Garry says:

    Wayang kulit,sangat menarik,tetapi lagi menarik kalau dapat lihat secara "live".

  19. amat mengkagumkan….teknikal membuatkan dan membantu sangat-sangat dan berkesan dalam pengajaran…

  20. salam…sangat teruja apabila smpai masanya untuk saya belajar mengenai tajuk Wayang Kulit ini. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa warisan ini semakin dilupakan oleh generasi muda kini. Maka, pihak atau badan berwajib harus melakukan sesuatu bagi memartabatkan kembali warisan yang kita ada ini…

  21. saya bersetuju dengan pendapat garry bahawa wayang kulit akan lebih menarik jika ditayang secara live. di harapkan ada pihak yang akan menganjurkan muzik wayang kulit di UPSI. pasti ramai pelajar yang akan menonton walaupun dikenakan tiket. hal ini turut membantu mengaktifkan muzik tersebut supaya generasi kini lebih mengenali muzik wayang kulit bukan sahaja golongan tua sahaja yang berminat. terima kasih

  22. Tajuk wayang kulit ini lebih terperinci dan padat. Selepas ini akan ada kump yg akan membentangkan tajuk ini kembali. Tidak sabar rasa nya nk lihat kump yg akan membentangkan nya

  23. Pembelajaran pada minggu ini amat bermakna dan sangat penting bagi saya dan juga kumpulan saya. Ini adalah kerana, kami telah mendapat tugasan berkaitan dengan wayang kulit. Ternyata wayang kulit jika dikaji dan dipelajari dengan lebih mendalam akan menimbulkan satu kepuasan yang tidak terhingga.

  24. Wayang kulit adalah satu hasil karya seni yang unik pada pandangan saya. kebolehan para penggiat adalah sesuatu yang sukar diperoleh pada masa kini. Tajuk ni merupakan sesuatu ilmu pengetahuan yang baru dan ini membuka lagi pandangan saya terhadap muzik tradisional sebagai pembukaan (pengenalan) terhadap kursus ini.THx sir..

  25. bancha says:

    Maaf kerana lambat memberikan komen. Isu utama yang saya sedar di sini ialah kurangnya pemahaman penduduk di kawasan lain untuk memahami wayang yang menggunakan dialek yang berlainan. Sistem warisan juga menjadi kurangnya pewaris luar yang mewarisi seni ini yang mengakibatkan kekurangan pengamalnya.

  26. Marlin says:

    Saya sangat berharap agar persembahan wayang kulit dapat diperluaskan lagi sehingga ke sabah dan sarawak kerana di negeri ini, pendedahan tentang persembahan wayang kulit masih kurang. Di negeri ini, ramai yang masih tidak mengetahui kewujudan wayang kulit dan ada di antara penduduk di negeri ini hanya mendapat gambaran wayang kulit melalui iklan "ubat batuk cap ibu dan anak" yang pernah disiarkan suatu masa dahulu…

  27. bancha says:

    Sepatutnya begitulah..Usaha yang sewajarnya patut diambil untuk menggerakkan perkara ini.

  28. bagus juga pendapat marlin, hal ini bagi memberi pendedahan kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak mengenai wayang kulit. selain untuk membawa muzik ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s