KULIAH MINGGU 3


http://viewer.docstoc.com/
var docstoc_docid=”48096463″;var docstoc_title=”Kuliah Minggu 3″;var docstoc_urltitle=”Kuliah Minggu 3″;Kuliah Minggu 3

This entry was posted in KULIAH MINGGU 3. Bookmark the permalink.

16 Responses to KULIAH MINGGU 3

  1. Marlin says:

    Kuliah minggu ini sangat menarik. Saya sangat tertarik dengan tajuk ini kerana banyak mendedahkan saya kepada muzik-muzik tradisional yang saya tidak pernah dengar sebelum ini. Pengetahuan dan pendedahan seperti ini sedikit sebanyak telah membuka dan mengubah cara pemikiran saya. Rupa-rupanya dalam negara kita sendiri masih banyak muzik tradisional yang kita sendiri tidak tahu kewujudannya. Pengetahuan ini sangat penting bagi memastikan tradisi ini tidak hilang kerana peredaran zaman.. bersama-samalah kita memartabatkan muzik tradisional kita selagi masih belum terlambat.. selamat berjuang!

  2. smp2252erana says:

    pada kuliah minggu 3 yang lepas, banyak perkara baru yang saya pelajari. Bidang muzik sememangnya suatu bidang yang baru bagi saya dan dengan adanya matapelajaran pengayaan seperti ini, ia mampu memberikan pengetahuan kepada saya terutamanya berkaitan dengan muzik tradisional. Contohnya,dengan pendedahan daripada pembelajaran seperti ini, saya dapat melihat situasi di mana alat muzik tradisional ini dikaitkan dengan budaya seperti kuda kepang dan sebagainya. Pengaruh alat muzik tradisional ini juga saling berkait rapat dengan kebudayaan sesebuah masyarakat di seluruh dunia.

  3. CHRISTINE says:

    Kuliah minggu 3 membuat saya agak pening. Namun saya akan cuba memahaminya dengan baik. Penerangan En. Amran telah banyak membantu saya untuk memahami topik yang diajar. Selepas menghadir diri dalam kelas Muzik Tradisional, saya mendapati diri saya memang tidak kenal muzik budaya melayu sebelumnya. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya memahami budaya di negara sendiri agak tidak diketawakan oleh orang lain. Harap semua rakan sekelas boleh berjuang bersama saya.

  4. kuliah minggu ketiga lagi menarik sbb sy didedahkan mengenai asal usul muzik tradisional malaysia. sebagai warganegara malaysia kita seharusnya mengetahui asal usul wujudnya muzik yang kini semakin popular dengan muzik moden seperti rock, pop, dan lain2. selain itu, yang paling menyeronokkan bagi saya ketika di dalam kelas adalah sesi pembelajaran telah diselitkan dengan contoh-contoh kesinambungan daripada isi pelajaran seperti kami diberi peluang menonton video yang berkaitan isi pelajaran. hal ini dapat menarik minat pelajar untuk mengetahui dengan mendalam lagi mengenai muzik tradisional seterusnya mewujudkan suasana yang santai dan tidak membosankan.

  5. Siti Rohaya says:

    Bagi saya kuliah minggu ketiga amat menarik. Di mana pengajaran kali ini adalah kesinambungan melalui minggu kedua yang memperlihatkan pengaruh- pengaruh yang terdapat dalam budaya muzik radisional. Di mana minggu ini banyak menekankan penyesuaian terhadap muzik tradisional yang telah disesuaikan dalam masyarakat kita yang telah di sebarkan oleh orang- orang terdahulu. sesungguhnya muzik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat terdahulu sebagai dorongan hidup.

  6. Banyak maklumat baru yang saya peroleh daripada kuliah kali ini. Ianya telah membuatkan saya semakin tertarik untuk mengikuti kuliah yang seterusnya. Diharapkan agar saya akan mendapat banyak lagi maklumat-maklumat mengenai muzik tradisional Malaysia ini. Sebelum ini, saya kurang mengambil tahu akan muzik lama seperti ghazal ini. Apabila sudah mempelajarinya, saya merasakan bahawa muzik ini adalah sesuatu yang menarik untuk dipelajari.

  7. Garry says:

    Satu lagi sesi kuliah yang saya telah terlepas kerana belum mendaftar untuk kursus ini.Terima kasih kepada Encik Amran kerana telah upload isi kuliah untuk minggu ke 3.

  8. Kuliah ini menceritakan lebih terperinci asal usul muzik tradisional. satu pengetahuan yg berguna kepada saya agar tahu sejarah dahulu kala

  9. Jika sesorang mengetahui tentang asal usul sesuatu muzik itu akan menyebabkan ia tertarik untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam. Bagi saya, pengajaran dan pembelajaran pada minggu ini amat bermakna kerana berpeluang untuk mengetahui asal usul muzik tradisional malaysia.

  10. Mukadimah yang sangat membuka memberansangkan terhadap kursus ini.Isi yang padat dan luas membuatkan timbul rasa ingin tahu para pelajar dalam mengikuti kuliah ini.tHx sir..

  11. kuliah smp2252 muzik tradisional bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada pelajar pendidikan muzik malah pelajar Pengajian Malaysia juga turut mendapat tempiasnya walaupun kursus ini hanya pengayaan. Terima Kasih atas kerjasama!!!

  12. bancha says:

    Christine pening dengan kuliah ni? awak patut tanya apa yg awak tak faham..saya bersetuju dengan nurul hana namun subjek ini masih pada permukaannya sahaja, belum lagi masuk ke dalamnya. Kuliah minggu membuktikan betapa kurang pengetahuan pelajar akan seni tradisonal kita. Namun bagaimana kita nak mengatasi masalh ini..

  13. bancha says:

    Pengklasifikasian alat dan pembezaan jenis-jenis muzik amat penting kerana ia membantu kita untuk memahami muzik itu dengan lebih mendalam. Ia akan memudah sesi pengajaran

  14. Marlin says:

    Pengetahuan tentang muzik tradisional di Malaysia sangat penting agar kita lebih menghargai muzik tersebut. "tak kenal maka tak cinta"…

  15. bancha says:

    Memang la marlin, namun bagaiman kita hendak memastikan lebih ramai rakyat Malaysia yang menghargai muzik mereka sendiri..

  16. pada awal kuliah smp2252 memang tidak dinafikan semua pelajar khususnya pelajar pengajian malaysia masih tidak boleh menguasai, namun di akhir kuliah serba sedikit telah menarik minat pelajar terhadap muzik tradisional.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s