PENGENALAN KURSUS

FAKULTI : Seni dan Muzik

JABATAN : Muzik

SEMESTER : 2

SESI : 2010/2011

NAMA KURSUS : MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA

KOD KURSUS : SMT 2252

JAM KREDIT : 2

PRASYARAT : Apresiasi Seni Muzik

PENSYARAH: : En. Amran bin Aris

Tel : 05-4581952

Email : smt2252@gmail.com

No. Bilik : Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan

This entry was posted in PENGENALAN. Bookmark the permalink.

45 Responses to PENGENALAN KURSUS

  1. smp2252asma says:

    kursus ini dilihat dapat menarik minat pelajar dalam mengenali alat-alat muzik tradisional Malaysia yang semakin dilupakan disebabkan oleh arus pemodenan masa kini.

  2. mengambil kursus ini ibarat 'menyelam sambil minum air' kerana disamping kita mempelajari tentang muzik tradisional, dalam masa yang sama kita berpeluang untuk mendalami dunia ICT. Kepada semua teman2 sekuliah semoga kita dapat bekerjasama dengan baik dan mudah-mudahan kita semua dapat 'A'.

  3. Kursusu ini dapat memberi peluang kepada pelajar mempelajari pelbagai bidang ilmu. Bersesuaian dengan cara pembelajaran generasi masa kini. Diharapkan rakan sekuliah dapat menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran sebegini kerana ia dapat memberi banyak faedah kepada kita semua.

  4. yunieyusoff says:

    Saya amat berminat untuk mempelajari kursus ini dengan lebih mendalam. Di samping itu juga para pelajar dapat mengenali jenis-jenis peralatan muzik tradisional yang mungkin semakin dilupakan oleh generasi muda masa kini.

  5. Marlin says:

    Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini sangat menarik dan boleh digunakan sebagai salah satu pendekatan yang berkesan kepada murid-murid di sekolah nanti. Oleh itu, kepada rakan sekalian.. jangan sia-siakan kemahiran dan tunjuk ajar yang kita dapat semasa mengambil subjek ini. Selamat berjuang!

  6. Saya tidak pernah mengikuti mana2 khusus dalam muzik tradisional, disini saya ingin mempelajari muzik tradisional. Penggunaan ICT dalan pembelajaran juga boleh membantu saya agar lebih mudah faham dengan muzik tradisonal ini

  7. smp2252erana says:

    Kursus Muzik Tradisional sememangnya suatu kursus yang amat berguna terutamanya kepada generasi muda masakini yang lebih sinonim dengan gaya muzik moden. Dengan adanya kursus sebegini pengetahuan tentang muzik tradisional tidak akan dilupakan dan ia juga boleh menambahkan pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang muzik tradisional ini.

  8. kursus muzik tradisional merupakan satu benda baru yang bermanfaat bagi saya kerana melalui kursus ini saya dapat mempelajari dan memehami apa itu muzik tradisional secara mendalam dan menyeluruh.justeru saya menjadi celik IT kerana kursus ini juga turut merangkumi pembelajaran melalui internet yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita sebagai pelajar.

  9. Kursus Muzik Tradisional.agak menarik kerana memberikan satu idea baru dimana kursus ini dapat dipelajari melalui IT. satu benda baru yang dapat saya pelajari…

  10. kursus ini agak menarik kerana semua pelajar mempunyai blog sendiri dan kami dapat belajar benda yang baru melalui kursus ini bukan sahaja tentang muzik tradisional melayu tetapu juga cara menggunakan blog.

  11. Kursus ini bukan sahaja memberi ilmu tentang muzik tradisional tetapi juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mendalami ilmu IT….

  12. RK_nisa says:

    Kursus ini merupakan kursus yang menarik kerana pendekatan yang digunakan adalah berbeza berbanding kursus lain. Bersesuaian dengan kemajuan teknologi pada masa kini para pelajar dapat mengakses maklumat dengan cepat apabila menggunakan pendekatan internet ini. Selain itu dapat menimbulkan minat terhadap kursus ini. Kursus Muzik Tradisional ini semakin menarik apabila setiap pelajar mempunyai blog sendiri. Segala maklumat dapat disalurkan dengan cepat dan dapat memudahkan rakan-rakan yang lain membaca.

  13. Salam Warisan.Kursus Muzik Tradisional Malaysia (SMP2252) ini sangat berbeza berbanding kursus-kursus lain yang pernah saya jalani. Pada awalnya saya menjangkakan saya dan rakan-rakan akan mempelajari cara bermain alat muzik tradisional. Sebaliknya, kursus ini menggunakan pendekatan P&P yang berbeza kerana menggunakan laman blog sebagai medium utama proses P&P dan interaksi antara pelajar dan pensyarah. Saya berpendapat pendekatan seumpama ini perlu diaplikasikan juga dalam kursus-kursus yang lain.

  14. Kursus ini bukan sahaja dapat menarik minat pelajar dengan pendekatan yang berbeza malah mampu menggalakkan proses P&P secara lebih berkesan dan mengembangkan potensi pelajar melalui pemikiran kreatif dan kritis.

  15. Selamat belajar dan bekerjasama. (^_^)

  16. Tahniah buat SMP2252 kerana telah berjaya menarik ramai pelajar dari fakulti lain untuk mengikuti kursus ini. Ini bermakna, kursus Muzik Tradisional Malaysia telah mula diterima ramai dan semakin ramai mereka yang ingin mendalami kursus ini. Dengan pendekatan terkini yang telah En. Amran gunakan, sedikit sebanyak ianya menjadi suatu kelainan di dalam proses P&P. Tahniah kepada En. Amran dan kepada teman-teman seperjuangan, selamat menempuh kursus SMP2252 ini.

  17. SMP2252 Liew says:

    Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk membuat blog sendiri. Cara ini juga boleh dijadikan salah satu pendekatan untuk menarik perhatian pelajar oleh bakal guru semasa pengajaran di sekolah kelak.Selain itu, untuk pelajar cina yang kekurangan pengetahuan dalam bidang muzik tradisional melayu, kursus ini amat berguna untuk mereka.

  18. syafiqa says:

    kursus ini amat menarik dan lain dari yang lain. bukan sahaja kita dapat belajar dan memahami tentang muzik tradisional, kita juga dapat mempelajari ilmu IT secara lebih meluas lagi. ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mendapat maklumat yang di perlukan.

  19. tahniah kepada En.Amran kerana telah berjaya mengajar kami sesuatu yang baru. kami bukan sahaja dalam mendalami ilmu muzik tradisional tetapi dapat mendalami blog secara lebih luas. saya harap perkara seperti ini dapat di teruskan. tahniah

  20. kursus ini telah membuatkan saya mempelajari banyak perkara bukan sahaja SMP2252. Tetapi penggunaan ICT serta membangunkan blog secara aktif. Terima kasih En. Amran.

  21. Banyak ilmu yang dapat diperolehi melalui subjek ini.Ia amat berguna untuk menempuhi dunia yang mendatang kerana zaman ini, blog adalah mainan untuk kita semua.

  22. Kursus ini banyak membantu saya dan rakan-rakan saya untuk membuat blog dengan mereka bentuk blog dengan mudah dan sistematik. Saya harap dengan mengikuti kursus ini dapat memberikan ganjaran yang banyak kepada kami semua yang megikuti kursus ini. Terima kasih En. Amran

  23. terima kasih en…semuanya pelajara n berjalan dengan lancar ni…

  24. nurulliyana says:

    salam…terima kasih kerana approve sy untuk join kursus ini. daripada pengenalan kursus ini, secara keseluruhannya sy akan dapat mengetahui secara jelasnya mengenai muzik tradisional samada dr sudut sejarah dan kandungannya. di harapkan pada hasil pembelajaran, saya akn dpt menambah lebih pengetahuian tentang muzik tradisional ini.terima kasih.

  25. salam.tahniah kerana kursus ini menarik kerana menggunakan teknologi maklumat dan membantu saya untuk menggunakannya pada masa akan datang.penggunaan it dalam kursus ini sememangnya baik kerana dengan menggunakan it kita mudah untuk mencarik maklumat kerana maklumat berada di hujung jari.

  26. Terima kasih kepada En. Amran kerana telah mengajar kepada saya dan rakan2 cara untuk membuat blog sendiri… Semoga pembelajaran dan pengajaran Subjek Muzik Tradisional Malaysia ini menjadi lebih menarik sepanjang kami mempelajarinya… thanks…

  27. kursus ini bnyak memberikan maklumat serta tambahan ilmu dalam bidang it dalam mereka bentul blog secara mudah dan sitematik.terima kasih En Amran

  28. ok..sangat best..ha2

  29. bancha says:

    Salam sejahtera,Cara pembelajaran yang sangat sesuai dengan perkembangan masa kini. Bukan saya sahaja sesuai untuk membiasakan diri dengan blog malah kami juga belajar untuk mengembangkan pengetahuan tentang blog. Terima kasih En.Amran kerana memperkenalkan cara pengajaran yang kedepan ini.

  30. Salam Sejahtera.Kursus SMP2252 ini banyak mengajar maklumat baru yang selama ini tidak pernah di pelajari. Semoga pembelajaran ini akan lebih menarik sepanjang kami mempelajarinya.

  31. assalamualaikum..kursus ini amat seronok dipelajari kerana bukan sahaja saya dapat mempelajari perkara-perkara mengenai muzik tradisional, bahkan saya juga dapat mengetahui cara-cara membuat blog. Selain itu, saya memang sangat meminati muzik tradisional dan saya berharap saya dapat input yang lebih banyak mengenai muzik yang saya minati ini dengan lebih mendalam.

  32. Sebelum ini, saya tidak pernah buat blog. Saya berharap melalui kursus ini saya dapat banyak mempelajari benda yang saya tidak tahu.

  33. saya percaya bahawa banyak yang dapat kita pelajari melalui kursus ini. Di samping mendapat pengetahuan tentang muzik tradisional malaysia, kita juga dapat mempelajari teknologi pada masa yang sama. walaupun agak sukar dan banyak masalah yang kita hadapi pada mulanya, saya percaya pada akhir kursus ini kita akan menjadi sangat mahir dalam penggunaan blog. sama-samalah kita berusaha dan enjoy dalam kursus ini!

  34. CHRISTINE says:

    salam sejahtera semua…kursus ini membawa kita ke cara hidup moden agar kita tidak ketinggalan zaman… terima kasih encik Amran kerana telah mencurah ilmu kepada kita bukan sahaja di akedemik namun ke arah teknologi… penerangan encik begitu senang difahami membuat saya mula minat terhadap subjek muzik tradisional…saya akan pelajari subjek ini dengan sepenuh hati…sekian…

  35. assalamualaikum..kursus ini memberi banyak informasi baru terutama berkaitan muzik tradisional. menariknya lagi kursus ini apabila kami perlu membuat blog dan membuat ulasan setelah selesai sesi pembelajaran. mempelajari sesuatu yang baru dengan kaedah pengajaran yang lebih sistematik memang menarik minat kami sebagai pelajar.

  36. Suatu pendekatan pembelajaran berlandaskan kemajuan teknologi yang sejajar dengan kepesatan ICT.Arus anjakan paradigma ini dilihat mampu melahirkan generasi pendidik yang bukan sahaja pakar dalam bidang Muzik Tradisional malahan mampu melahirkan generasi celik IT,cerdik pandai,berdisilin dan peka terhadap arus informasi semasa.Syabas encik Amran kerana menyediakan kaedah pengajaran yang mendekatkan kami kepada arus permodenan semasa dan menjadikan proses pembelajaran menjadi semakin menarik dan menyeronokkan.

  37. kaedah pembelajaran yang menarik.

  38. saya suka dan berminat dengan muzik tradisional malaysia..its fun..tq

  39. its great and learn something new…

  40. Sebelum ini, saya tidak pernah buat blog. Saya berharap melalui kursus ini saya dapat banyak mempelajari benda yang saya tidak tahu.

  41. kursus ini best..dan dapat tahu mengenai muzik tradisional…..

  42. Haslina says:

    Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Tradisional. Selangkah menuju mencapai tahap negara maju mengikut acuannya sendiri, menggali dan mengenali budaya masyarakat dalam ledakan globalisasi tanpa mengenepikan identiti bangsa.

  43. Kursus ini amat berfaedah kepada pelajar dan telah menimbulkan rasa minat kepada muzik-muzik tradisional tanah air. Semoga ianya memberikan kesan yang mendalam kepada diri masing-masing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s