SOALAN BERDASARKAN ISU SEMASA: MINGGU 6

Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara ini sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencapai yang terbaik untuk negara. Muzik merupakan satu elemen penting yang boleh difikirkan sebagai satu mekanisme untuk mencapai hasrat tersebut. Sebagai seorang pelajar yang sedang menjalani kursus SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia, bagaimanakah caranya Muzik Tradisional Malaysia ini dapat membantu mencapai hasrat tersebut.

Sila jawab di ruangan komen di bawah posting ini. Jawapan anda perlulah ringkas dan didalam bentuk “point”. Tarikh akhir menjawab soalan ialah sebelum atau pada 27 Ogos 2010 sebelum jam 12.00am. Selamat menjawab. Terima kasih

About these ads
This entry was posted in Soalan. Bookmark the permalink.

62 Responses to SOALAN BERDASARKAN ISU SEMASA: MINGGU 6

  1. Cara Muzik Tradisional Malaysia dapat membantu mencapai hasrat Gagasan 1 Malaysia adalah:-Melalui penglibatan pelajar yang bukan hanya kaum Melayu.-Muzik Tradisional dapat diterima oleh semua masyarakat, termasuk kaum Cina & India.-Melalui penggunanaan alat muzik tradisional yang digunakan sebagai alat komunikasi. Cth: Muzik dondang sayang didendangkan dalam bentuk lagu yang dinyanyikan oleh seorang atau lebih penyanyi diiringi muzik yang dihasilkan daripada alat–alat muzik seperti violin, rebana & gong.-Meningkatkan nilai dalam kesejahteraan kehidupan selain menjadikan muzik ini sebagai medium penyatuan melalui sesi P&P yang dijalankan.

  2. -Penghayatan seni muzik tradisional penting dalam memupuk identiti Malaysia yang unik. -Pengekalan kebudayaan lama dapat mewujudkan perpaduan antara kaum.- Penglibatan dalam seni muzik tradisional dapat menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat perpaduan negara serta mempertingkatan kualiti hidup.

  3. Muzik tradisional sebagai satu mekanisme untuk mencapai hasrat 1 Malaysia adalah dengan cara :- Memupuk nilai-nilai murni dalam diri iaitu aspek penerimaan yang juga merupakan ciri-ciri sati Malaysia terhadap muzik tradisional bangsa lain. Contohnya, orang Cina, India boleh menerima keunikan muzik tradisional atau tarian Melayu seperti Mak Yong, Wayang Kulit, Cak Lempong dan sebagainya. Kemudian orang Melayu pula boleh menerima tarian tradisional orang Cina seperti Tarian Naga, Tarian Singa dan sebagainya. Seterusnya, orang Cina dan Melayu pula boleh menerima tarian tradisional orang India seperti Tarian India Bharata Natyam iaitu sejenis tarian klasik India. – Menganjurkan pertandingan tarian tradisional yang mengabungkan bangsa Melayu, Cina, India serta Pribumi Sabah dan Sarawak dalam sesuatu upacara contohnya dalam upacara sambutan hari kemerdekaan, sambutan bulan citra warna Malaysia dan sebagainya. – Memberi peluang kepada semua kaum di Malaysia untuk terlibat dalam apa-apa pertandingan yang menggabungkan semua kaum dalam membuat persembahan yang melibatkan muzik dan tarian tradisional supaya ciri-ciri satu Malaysia dapat dipupuk melalui penglibatan mereka dalam sesuatu pertandingan yang di anjurkan. – Melalui jenis-jenis muzik tradisional yang ada di mana telah mencerminkan kebudayaan sesuatu kaum. Untuk mencapai hasrat 1 Malaysia dan menghindari sifat perkauman, dicadangkan agar muzik tradisional ini diberi pendedahan kepada semua bangsa tidak mengira kaum dan agama contohnya tarian zapin turut boleh dipopularkan di kalangan orang Cina, tarian naga ataupun singa yang amat dikenali popular di kalangan orang Cina boleh dipupuk budaya muzik ini di kalangan orang Melayu dan India. Seterusnya melalui tarian klasik India juga turut dipopularkan di kalangan orang Cina dan Melayu. – Alangkah baiknya sekiranya cadangan ini menjadi realiti kerana semua bangsa di Malaysia dapat merasai pelbagai muzik dan tarian tradisional yang ada tidak mengikut kaum dan hal ini dapat membantu mengelakkan wujudnya sikap perkauman di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia dan mungkin dapat membantu mencapai hasrat Gagasan 1 Malaysia untuk memupuk budaya perpaduan di kalangan rakyat. sekian..

  4. noor zakiah says:

    Gagasan satu malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri malaysia datuk najib tun razak bukan sekadar retorik dan ia perlu diambil positif oleh semua pihak agar kemakmuran negara lebih terjamin dan maju. Sebagai salah seorang pelajar muzik tradisional, saya merasakan amat wajar sekali gagasan satu malaysia ini diterima oleh semua rakyat di malaysia. Dan persoalan bagaimanakah muzik tradisional dapat mencapai hasrat gagasan satu malaysia ialah:1. Semua rakyat harus menjaga dan memelihara muzik tradisi agar ia tidak pupus ditelan zaman kerana dengan bermuzik kita dapat mengeratkan silaturahim dan persahabatan sesama rakan dari pelbagai kaum dan masyarakat. 2. muzik tradisi menjadikan kita kenal asal usul kita dan dari situ rasa hormat dan sayang pada negara akan terbit, dan ini menjadikan kita lebih bersemangat untuk memajukan negara selaras dengan hasrat kerajaan.3. muzik tradisional yang terdapat di negara kita boleh dikomersilkan dengan lebih giat lagi memandangkan ia merupakan muzik yang menarik dan ini akan menarik kedatangan pelancong dari luar negara. hal ini sekaligus akan menyumbang kepada kemakmuran negara. Sekian terima kasih

  5. - memainkan lagu semua bangsa.- lagu mestilah berunsurkan keharmonian & perpaduan,tidak berbau perkauman.- menggabungkan muzik dan alat muzik semua kaum dalam 1 ensamble- ensemble tersebut terdiri dari semua bangsa dan etnik

  6. Assalamua'laikum..Seperti yang sedia kita maklum, gagasan 1Malaysia seperti yang dilafaskan oleh PM kita adalah suatu gagasan yang terbaik dalam menyatupadukan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Melalui muzik juga, gagasan 1Malaysia ini dapat dicapai. Ianya dapat dicapai melalui:-1. Saling mengenali dan mempelajari muzik tradisional yang terdapat di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.2. Mempromosikan muzik tradisional pelbagai kaum di seluruh Malaysia.3. Promosi dan publisiti yang meluas melibatkan pelbagai kaum di MalaysiaSekian, terima kasih.

  7. niq89 says:

    bagaimana muzik tradisional dapat membantu mencapai konsep 1 malaysia ini:1-dikir barat dapat membantu mencapai hasrat ini dengan cara menyampaikan mesej-mesej berguna dalam irik lagu yang hendak disampaikan.2-kompang dapat membantu mencapai hasrat ini dengan membenarkan bangsa-bangsa lain seperti india dan cina menyertai kumpulan ini.3-wayang kulit membantu mencapai hasrat ini dengan menyampaikan mesej-mesej tentang perpaduan.4-makyung membantu dengan cara membenarkan kaum lain menyertai persembahan ini.5-persembahan gamelan pula,lagu dalam gamelan boleh diubah dengan menyelitkan sedikit nasihat tentang pentingnya perpaduan ini.6-kerongcong juga mampu membantu, sama separti gamelan lagu-lagu keroncong ini boleh diselitkan dengan unsur-unsur 1 malaysia ini.

  8. wan says:

    cara muzik tradisional ini dapat membantu mencapai hasrat tersebut ialah:1)mengadakan pertandingan muzik tradisional seperti nasyid bertemakan 1 malaysia dengan ini mesej-mesej akan di sampaikan melalui pertandingan ini.2)mengadakan sesuatu festival yang menggabungkan pelbagai general muzik tradisional yang bertemakan konsep 1 malaysia.3)mengadakan bengkel untuk apa saja alat muzik tradisional dan pesertanya tidak mengira bangsa dan agama.4)sampaikan mesej-mesej berbentuk perpaduan yang berkonsepkan 1 malaysia dalam permainan muzik tradisional contoh dalam permainan wayang kulit, dikir barat da sebagainya

  9. -perlu memberi penerangan kepada semua pihak bahawa muzik tradisional Malaysia adalah muzik yang menjadi imej negara kita.-ubah mind set iaitu jangan membeza-bezakan muzik mengikut agama atau kaum contohnya kompang itu untuk orang melayu atau sebaliknya.kompang itu adalah warisan negara kita.Jadi semua kaum harus menjaganya.-pelbagai iklan atau media massa yang membolehkan seluruh warga Malaysia memahami apa yang terkandung dalam Muzik Tradisional Malayia.

  10. Seperti yang kita tahu,kita merupakan negara yang berbilang kaum, semstinya kita kaya dengan pelbagai jenis muzik mengikut etnik dan kaum masing-masing. oleh itu bagi saya :1) muzik tradisional wajib dipelajari oleh semua kaum khususnya di sekolah. Bukan hanya kaum melayu mengenali muzik melayu semata-mata, tp kita harus sama mengenali muzik-muzik tradisional kaum lain. dengan ini, semua kaum boleh mngenali muzik-muzik tradisional kaum lain dan menarik minat mereka untuk belajar. semestinya mereka akan belajar bersama muzik kaum tersebut, oleh itu, ini boleh menjalin ikatan 1Malaysia2. Membuka penyertaan pertandingan muzik tradisional ini kepada kaum lain. contohnya, permainan Kompang, mungkin di sekolah boleh mewajibkan setiap sekolah menghantar penyertaan. 3. Mengadakan persembahan yang lebih meluas yang boleh ditonton oleh semua rakyat iaitu mungkin 1 persembahan yang mengabungkan semua muzik tradisional mengikut kaum masing. dan pesembahan ini wajib dibuat sekali dalam setahun sebagai acara wajib.

  11. salam…muzik tradisional dapat membantu memcapai konsep satu malaysia ialah dengan:1. menggabungkan semua eliment muzik tradisional pelbagi kaum sebagai satu muzik untuk semua.2. mewujudkan pelajaran muzik tradisional Malaysia dan mewajibkan penglibat semua kaum supaya melalui pelajaran ini penerapan nilai menghargai muzik negara dapat diterapkan dalam dri masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.3. mengadakan festivel seperti Feltival warna-warna Malaysia yang melibatkan semua kaum yang mempersembahkan muzik tradisional mereka.sekian sahaja jawapan saya. terima kasih(^,-)

  12. Muzik tradisional Malaysia dapat membantu mencapai hasrat Gagasan 1 Malaysia dengan : – Penggabungan alat muzik dari pelbagai etnik dan kaum yang terdapat di negara ini.Ini dapat memberikan simbolik kepada lambang kesatupaduan diantara kaum.- Penyerapan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam elemen muzik setiap kaum.- Semangat kekitaan akan dapat dibentuk dengan adanya suatu inisiatif gabungan persembahan muzik tradisi kaum masing- masing.- Sikap ingin tahu akan membuatkan rakyat saling bertukar-tukar pandangan diantara mereka tanpa mengira kaum dan agama.Hal ini akan melahirkan suatu konsep komunikasi yang baik.- Melahirkan sikap saling -hormat menghormati diantara satu sama lain. Walaupun pelbagai pandangan, tafsiran serta kepercayaan terhadap alat muzik tradisional masing- masing,namun di bawah satu gagasan muzik yang dilahirkan, setiap rakyat pelbagai kaum menjadi satu.

  13. ~ Gagasan 1 Malaysia merangkumi aspek kesenian yang terdapat di dalam negara kita juga. Oleh itu, kesenian mengenai muzik tradisional yang terdapat di negara kita ini haruslah diterapkan di dalam diri setiap rakyat.~ Mendedahkan lagi kesenian mengenai muzik tradisional yang terdapat di Malaysia yang hampir luput di telan zaman. ~ Memperbanyakan persembahan muzik tradisional yang terdapat di Malaysia.~ Mengadakan persembahan muzik tradisional Malaysia yang melibatkan semua kaum tidak kira melayu, cina, mahupun india. Namun demikian, generasi muda juga amat digalakkan untuk menyertainya supaya ianya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.~ Mewujudkan subjek muzik tradisional Malaysia ini sejak pelajar menuntut di sekolah rendah lagi. Hal ini, supaya mereka faham muzik apakah yang terdapat di negara kita, di samping memupuk minat mereka supaya menceburkan diri di dalam bidang ini.

  14. • Terdapat banyak cara untuk mencapai hasrat 1 Malaysia dalam muzik iaitu sebagai pelajar muzik kita perlu tahu muzik tradiasional Cina, Melayu, dan india supaya kita dapat melaksanakan dasar yang dibuat oleh Perdana Menteri kita iaitu 1 Malaysia..• Setelah semua muzik yang kita mempelajari dalam tiga-tiga kaum ini barulah kita dapat menghayati dan menghargai muzik kaum-kaum lain dan seterusnya dapat bersatu padu dalam memajukan negara kita. • Menghargai seni kaum lain akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kaum di Malaysia ini..• Selain itu,kita harus mendalami muzik tradisional dan mengenali alat-alat muzik yang digunakan oleh kaum-kaum lain untuk memudahkan kita menghayati seterusnya dapat menghargai seni bangsa lain yang hidup di Malaysia juga.• Dengan cara ini kita akan dapat mencapai harsat 1 Malaysia dari segi muzik yang pelbagai dalam Negara kita disebabkan oleh keunikkan pelbagai kaum yang hidup dalam Negara kita..

  15. - melalui kursus smp2252, pelajar-pelajar yang berlainan kaum dapat mengenali muzik-muzik tradisional bagi kaum atau etnik yang lain. dengan ini, mereka akan saling menghayati muzik pelbagai kaum di Malaysia dan lebih mengenali budaya kaum lain dan ini dapat membantu membina gagasan 1 Malaysia ini.

  16. Muzik tradisional Malaysia dalam merialisasikan Gagasan 1Malaysia. 1. Pembudayaan sesuatu alat muzik tradisional• Pembudayaan alat muzik bermaksud membudayakan sesuatu alat muzik tradisional daripada sesuatu masyarakat agar dapat dikenali oleh masyarakat yang lain. Dengan membudayakan sesuatu alat muzik, maka masyarakat lain di Malaysia dapat mengenali serta dapat memainkan alat muzik tersebut. Hal ini sudah tentu mengeratkan hubungan antara semua masyarakat dan mencapai matlamat yang diimpikan oleh pemimpin kita untuk menyatupadukan rakyat sesuai dengan gagasan 1Malaysia. 2.Persembahan alat muzik tradisinal mengeratkan silaturahim•Persembahan alat muzik tradisional merupakan salah satu medium kepada penyatuan rakyat yang berbilang kaum. Dengan adanya persembahan yang diadakan maka, masyarakat pelbagai kaum dapat berkumpul dan menyaksikan persembahan tersebut. Interaksi pelbagai kaum ini, sudah tentu mengeratkan lagi hubungan silaturahim bukan sahaja dari konteks individu malah hubungan antara kaum. Hal ini sudah tentu memberikan impak yang positif terhadap hubungan etnik sekaligus merialisasikan Gagasan 1Malaysia.

  17. 1. Muzik yang beridentitikan Malaysia melahirkan semangat satu budaya satu bangsa dimana aplikasi muzik tersebut terkenal dalam kalangan seluruh masyarakat Malaysia sehingga melahirkan satu pembentukan negara bangsa sekaligus menjadi initasi dalam membentuk gagasan 1 Malaysia. Contoh : Muzik Joget yang terkenal dalam seluruh masyarakat Malaysia.2. Muzik tradisional merupakan satu komponen dalam membentuk pemikiran dan ketamadunan masyarakat. Melalui muzik, masyarakat dapat membangunkan kebudayaan Malaysia sekaligus menarik minta mata luar dalam kebudayaan Negara. Dalam konteks ini masyarakat akan terkenal dengan budaya tersendiri sekaligus mengekalkan kesepaduan dalam kelompok masyarakat yang bertamadun.3. Nilai-nilai dan falsafah yang terkandung dalam Muzik Tradisional dapat membentuk keperibadian bagi setiap individu kelompok Masyarakat. Sejajar dengan pembentukan modal insan dalam gagasan 1 Malaysia, melalui muzik individu dapat dibentuk dengan pemahaman serta nilai falsafah yang terkandung dalam pengajarannya. Contoh seperti zikir, hadrah dan ghazal. Dengan ini, pembentukan gagasan 1 Malaysia tersebut adalah menyeluruh dalam melahirkan perpaduan dan keharmonian kalangan masyarakat.

  18. SMP2252 Liew says:

    Dalam kursus ini, kita telah mempelajari jenis-jenis muzik tradisional seperti kompang, mak yong, caklempong, gamelan dan sebagainya. Sebagai seorang pelajar yang berbangsa cina, saya berasa kursus ini banyak membantu dalam mencapai hasrat Gagasan 1 Malaysia kerana :a) pelajar bangsa lain selain melayu dapat peluang untuk memahami jenis-jenis muzik tradisional melayub) pelajar dapat menghayati keistimewaan setiap jenis muzik tradisional maka secara tidak langsung merapatkan jurang pemikiran di antara pelajar.c)Tanpa jurang ini, pelajar akan lebih bersatu dan saling berkerjasama untuk menjayakan sesuatu kerja ( cth: saya perlu bersama rakan-rakan saya lain yang berbangsa melayu untuk membuat pembentangan tentang muzik nobat dan dalam proses ini, mereka telah banyak memberi maklumat kepada saya dan ini membuat saya lebih memahami muzik nobat)d) kursus ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk memain muzik tersebut dan bukan hanya belajar secara lisan. Maka pelajar dapat lebih memahami kesukaran dan keunikkan setiap alat muzik tradisional dan ini secara tidak langsung menanam semangat cinta akan kesenian dan budaya negara kita ke dalam badan pelajar.

  19. Marlin says:

    Muzik sememangnya berpengaruh besar dalam kehidupan.Kehebatan muzik menerusi iramanya yang mesra dan syahdu, dapat menerobos sempadan bangsa, budaya dan bahasa. Malah tidak salah untuk dikatakan muzik sudah lama menjadi medium atau perantara berkesan menyatupadukan masyarakat.Perkara yang sama berlaku pada muzik tradisional Malaysia. Hal ini berlaku kerana muzik tradisional dapat menyatupadukan rakyat melalui pelbagai cara. Antaranya ialah:– Pameran Alat Muzik Tradisional MalaysiaPameran alat muzik tradisional masyarakat berbilang kaum telah menterjemahkan konsep 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri kita. Ini kerana, muzik tradisional merentasi adat dan budaya selain menggambarkan kepelbagaian masyarakat di negara ini seperti Melayu, Cina, India termasuk etnik orang Asli dan pribumi Sabah dan Sarawak.-Muzik Tradisional memupuk semangat patriotismeUnsur-unsur yang terdapat dalam muzik tradisional dapat membangkitkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Selain itu, penggunaan alat muzik tradsional dalam lagu patriotik sedikit sebanyak dapat menyatupadukan rakyat.-Muzik tradisional dalam kurikulum di sekolahDengan adanya muzik tradisional dalam kurikulum pendidikan muzik di sekolah telah membawa kepada perpaduan pelajar yang berbilang kaum.-Persembahan muzik tradisional (live atau media)Persembahan muzik tradisional secara 'live' di peringkat kebangsaan juga membawa kepada perpaduan rakyat. Ini kerana persembahan atau pertunjukkan ini dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum. Selain itu, rancangan tentang muzik ini di TV atau radio juga dapat membantu meningkatkan perpaduan kaum kerana pendengar dan penonton merupakan masyarakat yang berbilang kaum.-Pembentukan Orkestra Muzik TradisionalOrkestra ini menggabungkan pemain yang berbilang kaum di Malaysia sekaligus membawa kepada perpaduan kaum.Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa muzik tradisional dapat membantu merealisasikan objektif Gagasan 1Malaysia.

  20. Muzik merupakan satu elemen penting yang boleh difikirkan sebagai satu mekanisme untuk mencapai hasrat tersebut. Muzik Tradisional Malaysia ini mampu membantu dalam mencapai hasrat tersebut dengan:-adanya elimen-elimen yang terdapat dalam muzik tradisi yang bercorakkan kemasyarakatan dan perpaduan.-penghayatan terhadap muzik tradisional yang menyimpan banyak kebaikan yang mampu menyatupadukan rakya.-dari segi lirik lagu yang berunsurkan petriotik dan cintakan negara.

  21. Haslina says:

    * Perlunya ada usaha berterusan bagi memberi kesedaran bahawa muzik boleh menjadi wadah dalam memupuk perpaduan dikalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dibahawa satu suara dalam gagasan “ 1 MALAYSIA”* Muzik yang ada pada hari ini perlulah bersifat semulajadi , bukannya ikut-ikutan semata-mata, dan mestilah mengikut keperluan zaman tanpa mengabaikan elemen-elemen penting yang sedia ada di dalam muzik tersebut.* Penggabungan nilai melalui kepelbagaian corak muzik dan irama di antara pelbagai kaum di Malaysia seperti Muzik Melayu, Muzik Cina, Muzik India dan tidak lupa juga Muzik Sabah dan Sarawak.

  22. Assalamualaikum… Memang tidak dinafikan, muzik merupakan satu elemen penting yang boleh difikirkan sebagai satu mekanisme untuk mencapai hasrat negara tersebut. Sebagai seorang pelajar yang sedang menjalani kursus muzik tradisional ini, Cara muzik tradisional ini dapat membantu hasrat tersebut ialah dengan mencipta satu lagu genre muzik tradisional yang mecantumkan elemen-elemen setiap bangsa di malasyia. Lagu yang dicipta itu mestilah mempunyai elemen iaitu merangkumi semua bangsa selain mengabungkan irama muzik tradisional itu daripada setiap bangsa di Malaysia. Bermaksud, lagu yang dicipta itu mempunyai unsur atau gabungan hasil daripada setiap etnik di Malaysia. Hal ini serba sedikit dapat mencapai matlamat untuk perpaduan. selain itu, muzik yang disatukan sama seperti slogan satu malaysia… Muzik tersebut dapat menjadi bahan perpaduan dalam masyarakat malaysia..dan kosepnya semuanya menjurus kepada perpaduan kaum…membina satu masyarakat yang hidup aman,berkerjasama dan mempunayi semangat kenegaraan yang tinggi…wassalam…

  23. 1. seperti yang diketahui gagasan 1malaysia merupakan satu malamat untuk membentuk perpaduan rakyat malaysia tana mengira bangsa. kaum melayu, cina dan india umumnya dilihat sebagai tiga kaum yang terbesar di malaysia ini yang mempunyai jenis muzik tradisional tersendiri mengikut kaum. sebagai orang melayu, tidak salah rasanya jika kita menunjukan kesenian muzik tradisional kita kepada kaum-kaum lain dan memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari muzik tradisional kita dan kita juga boleh berbuat demikian dengan mempelajari muzik tradisional kaum lain. secara tidak langsung asas gagasan 1malaysia iaitu unuk membentuk perpaduan telah tercapai.2. memperkenalkan dan seterusnya memperkukuhkan muzik tradisional di sekolah-sekolah yang menjadi asas kepada pembentukan seseorang individu.3.gagasan 1malaysia mempunyai 8 nilai didalamnya dan salah satu daripadanya adalah pendidikan. pendidikan tidak semestinya di sekolah sahaja tetapi sesuatu perkara yang juga dikira sebagai pendidikan. dalam hal ini, memberi pendidikan kepada semua kaum di malaysia mengenai muzik tradisional kaum-kaum lain juga dapat meneruskan usaha dan juga hasrat 1malaysia.

  24. cara mencapai konsep 1 malaysia melalui muzik tradisional:1. mewajibkan subjek muzik tradisional di semua peringkat pendidikan supaya semua bangsa dapat mnegenali sejarah muzik semua bangsa yg ada di Malaysia.2. mengadakan pertandingan muzik tradisional dan menggalakkan semua kaum menyertainya spt muzik makyong, tarian naga, dikir barat dan sebagainya. 3. memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan muzik tradisional dan usaha untuk menjaga muzik tradisi adalah peranan dan kerjasama yg perlu dimainkan oleh semua pihak4. mempelbagaikan dan memberi pembaharuan kepada muzik tradisional yg terdiri daripada budaya yang tersendiri supaya ia dapat menarik minat semua kaum untuk mendekatinya.

  25. Sebagai seorang pelajar yang mengikuti kursus SMP2252 ini, kita dapat mencapai hasrat tersebut iaitu konsep 1 Malaysia itu. Kita akan mempelajari banyak jenis muzik dari pelbagai kaum dan bangsa, contohnya muzik bagi 3 kaum utama di negara kita iaitu melayu, cina dan india. Dengan pengetahuan tentang budaya mereka, maka 1 Malaysia dapat dicapai. Konsep 1 Malaysia ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa. Kita umpamanya satu keluarga yang besar dan harus saling bertolak ansur antara sama lain. Selepas mengikut kursus ini, kita dapat faham muzik tradisional di Malaysia bukan sahaja muzik tradisional melayu malah muzik tradisional kaum lain juga akan dipelajari dalam kursus ini. Jika konsep ini dihayati sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat maka Malaysia akan menjadi sebuah negara yang aman, stabil dan maju dalam pelbagai aspek.

  26. 1)Menjadikan muzik tradisional sebagai satu medium yang berkesan untuk menyemarakkan semangat 1 Malaysia di kalangan murid-murid sekolah khususnya di kalangan ahli-ahli Kelab Muzik Sekolah.2) Memupuk minat murid-murid supaya menggemari muzik tradisional dalam usaha untuk memperkukuhkan semangat kerjasama, kekitaan, nilai-nilai pemuafakatan, perpaduan dan bertolak ansur di kalangan mereka seterusnya kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.3)Menjadikan muzik tradsional sebagai satu amalan atau budaya masyarakat Malaysia khususnya generasi muda melalui program kebudayaan supaya semangat 1 Malaysia akan terus bersemarak dalam jiwa mereka.4)Menganjurkan pertandingan Muzik Tradisional sebagai salah satu medium untuk menyemarakkan semangat 1 Malaysia yang perlu dipertingkatkan dan diperkukuhkan secara berterusan ke arah memastikan perpaduan dan keharmonian negara terus berkekalan.5) Peranan media massa dalam mengetengahkan keunikan muzik tradisional agar semua masyarakat lebih terdedah untuk mengenali muzik tradisional sekaligus mewujudkan satu konsep penerimaan semua kaum terhadap muzik tradisional sebagai menyahut gagasan 1 Malaysia.

  27. - Di negara kita dapat mempelajari pelbagai jenis muzik, dengan ini dapat melahirkan sifat bersatu- padu di setiap bangsa yang berbeza. – muzik dapat melahirkan kebudayaan negara.

  28. 1. Pendekatan dengan mewujudkan subjek wajib di peringkat sekolah khususnya dalam subjek muzik.2. mewujudkan kelab atau persatuan di sekolah atau institusi pengajian tinggi berkaitan muxik tradisional.3. mengadakan program bersama masyarakat untuk mendekati muzik tradisional misalnya mengadakan hari kebudayaan dan kesenian.

  29. •Rakyat harus berusaha dengan gigih untuk memenuhi konsep 1 Malaysia melalui sikap tolak ansur dan rasa saling hormat-menghormati bagi membina satu bangsa yang bersatu padu dan berdaya tahan. •Muzik Tradisonal merupakan elemen penting dalam mencapai hasrat konsep 1 Malaysia melalui Muzik Tradisional mampu untuk menyatukan rakyat Malaysia. •Semua kaum mempunyai muzik tradisional dan kesenian tersendiri dan mereka perlu menjadikan elemen itu sebagai alat untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbeza latar belakang. •Program melatih tenaga muda atau pelapis secara berterusan dan sepenuh masa dengan memberi pendedahan dan bimbingan mengenai produk muzik dan Penerapan Muzik Tradisional di dalam institusi ini amatlah penting bagi mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat selaras dengan konsep 1 Malaysia

  30. yunieyusoff says:

    Bagaimanakah caranya Muzik Tradisional Malaysia ini dapat membantu mencapai hasrat tersebut?-melalui muzik tradisional ini, kita dapat mengetahui tentang asal usul muzik tradisional dari pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia supaya sebagai rakyat Malaysia kita kan lebih menghargainya.-kita juga perlu berbangga dengan muzik yang kita ada dan mempertahankannya supaya ia tidak hilang begitu sahaja.-selain itu, melalui muzik ini juga kita akan dikenali di seluruh dunia.

  31. smp2252asma says:

    Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Muzik tradisional dalam membentuk gagasan 1 Malaysia :-Memperkenalkan muzik-muzik tradisonal kepada semua kaum melalui media massa dan media elektronik.-Menyelitkan persembahan dan unsur-unsur muzik tradisional dalam citrawarna Malaysia supaya semua kaum dapat menerima dan menikmati keindahan muzik tradisional Malaysia.-Membuka peluang kepada semua kaum di Malaysia untuk mempelajari muzik tradisional Malaysia.-Membuka lebih banyak institusi yang menawarkan program muzik tradisional di mana terbuka kepada setiap kaum di Malaysia.-Memasukkan persembahan muzik tradisional dalam beberapa majlis yang dihadiri oleh semua kaum.

  32. Zulhilmi says:

    -Pada pendapat saya, muzik merupakan satu elemen yang penting dalam matlamat gagasan 1 Malaysia kerana jurang antara kaum boleh dirapatkan. Ini boleh dibuktikan melalu permainan kompang yang kami pelajari si SMP 2252, dimana semua kaum tidak kira warna kulit bersatu untuk memalukan kompang bersama-sama.

  33. Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.1. Muzik sebagai madah bagi menaikkan semangat patriotisme dan nasionalisme Semangat nasionalisme dan cinta kepada negara dapat dibina menerusi lagu patriotik seperti ‘Negaraku’ dimana liriknya berbaur semangat cintakan tanahair dan taat setia kita kepada bangsa, agama dan negara kita. Ini merupakan perkara penting, menerusi semangat inilah, bangsa Malaysia akan terus dipandang tinggi di mata dunia seterusnya membawa kesejahteraan hidup dalam masyarakat.2. Muzik boleh mewujudkan satu identiti kebangsaanDalam masyarakat kita, peranan muzik di dalam majlis-majlis kenduri-kendara seperti kompang, digunakan dalam adat melayu begitu juga kepada kaum-kaum lain seperti kaum cina menggunakan paluan gendang di dalam sesebuah majlis dan istiadat. Manakala kaum lain seperti kaum India, kaum Punjabi dan sebagainya. Selain itu, di Sabah dan Sarawak memiliki banyak kaum yang hidup dalam aman dan damai. Muzik tradisional ini mampu mengeratkan tali persaudaraan sesama kaum.3. Muzik sebagai nasihat dan pengajaranMuzik tradisional seperti keroncong, dondang sayang banyak memberikan kita input yang berguna di dalam bentuk pantun nasihat yang dinyatakan secara halus dan berseni. Selain itu muzik ini, mengandungi unsur-unsur nasihat dan pegangan supaya kita menjauhi perkara-perkara yang boleh menganggu kestabilan negara seperti masalah perpaduan kaum.4. Muzik tradisional mampu meningkatkan imej negaraMuzik-muzik tradisional negara ini amat popular dan dikenali di negara-negara luar. Setiap tahun negara akan mengadakan Citrawarna yang mana semua kaum di negara ini akan bergabung dan mempersembahkan muzik-muzik kaum masing-masing. Oleh itu, ini akan menunjukkan Malaysia hidup dalam keadaan aman dan masyarakat mampu menerima kebudayaan kaum-kaum lain.

  34. 1. mengentengahkan identiti muzik trdisional setiap kaum yg ada di malaysia dalam sektor pelancongan dan pendidikan.2. membuat satu lagu tema dan medley menggunakan alat2 tradisonal kaum masing-masing.3. memasukan elemen2 muzik tradisional dlm setiap persembahan berdasarkan tema dan kesesuaian gagasan 1 malaysia.4. memasukan alat2 tradisional kaum di malaysia ke dalam band seperti dlm okestra dan asemble.5. menjadikan muzik tradisional mengikut budaya masing2 sebagai subjek utama dalam pendidikan di malaysia.

  35. syafiqa says:

    Sebagai seorang pelajar yang sedang menjalani kursus SMP2252, Muzik tradisional Malaysia, saya rasa muzik merupakan satu mekanisma untuk mencapai hasrat gagasan 1 Malaysia. Ini adalah kerana:- Dengan muziklah kita dapat menggabungkan semua elemen seni yang terdapat pada budaya setiap bangsa yang ada di Malaysia.- Muzik juga mampu mengeratkan hubungan sesama manusia tidak kira bangsa.Pergaulan kita akan lebih terbuka dan kita akan lebih mudah untuk bergaul tidak kira bangsa. Dengan itu hasrat 1 Malaysia pasti mudah untuk kita kecapiWalau apa pun kita, siapa pun kita, tidak kiralah apa bangsa sekalipun, kita tetap berada di bawah satu negara yang sama iaitu MALAYSIA.

  36. Bagi pendapat saya sebagai seorang pelajar muzik, untuk mencapat gagasan 1 Malaysia terdapat banyak elemen untuk mencapai hasrat tersebut. Salah satu daripadanya adalah muzik. Muzik ini bukan sahaja untuk hiburan tetapi untuk melambangkan sesuatu budaya atau bangsa disesebuah negara. Setiap bangsa mempunyai seni muziknya yang tersendiri. Dengan adanya keunikan sebegini kita semua dapat berkongsi dan mengangkat nama negara di mata dunia. Hargailah seni muzik negara kita dan sama-sama lah kita memertabatkannya.

  37. CHRISTINE says:

    Muzik tradisional sebagai warisan dan identiti serta menunjukkan budaya Malaysia, semua warga Malaysia tidak mengira kaum dan bangsa akan melibatkan diri dalam persembahan muzik tradisional. Sikap kerjasama dan berpasukan semasa latihan dan memperkembangkan muzik tradisional. Ia juga boleh mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Muzik tradisional juga menimbulkan perasaan rakyat Malaysia bangga terhadap warisan sendiri.

  38. Matlamat utama gagasan 1Malaysia adalah menyediakan satu ruang utama bagi membuat perbincangan tentang perkara yang dekat dengan masyarakat kita. Seperti yang semua sedia maklum, negara kita Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan dalam konteks pada hari ini, semua kaum adalah hidup secara plural. Hidup secara plural jelas menunjukkan kepelbagaian yang ada dan perpaduan diharap boleh dicapai daripada kepelbagaian ini. Walaubagaimanapun, dengan perbezaan ini jugalah yang menjadikan negara kita unik dan berbeza dengan negara-negara lain di luar sana. Muzik tradisional adalah salah satu di antara elemen daripada kepelbagaian yang wujud dalam negara kita. Setiap dari kaum tanpa mengira Melayu, Cina, India mahupun peribumi Sabah dan Sarawak datang dengan membawa muzik tradisi kaum masing-masing. Sebagai contoh, Melayu dengan muzik gamelan, kompang atau wayang kulit. Cina dengan muzik opera Cinanya serta India dengan muzik Orkestra Klasik Indianya. Begitu juga dengan peribumi Sabah dan Sarawak yang mana mereka memiliki pelbagai jenis muzik tradisi yang diwarisi dan telah dikekalkan hingga ke hari ini. Menerusi Kursus SMP 2252, hasrat 1Malaysia sedikit sebanyak adalah boleh dicapai. Kursus ini secara ringkasnya sangat tuntas dalam menerapkan elemen muzik tradisi pelbagai kaum yang wujud sekian lama dalam negara kita. Kandungan kursusnya menyeluruh dan setiap pelajar dari semua kaum belajar silibus pelajaran yang sama. Pada pemerhatian saya sebagai salah seorang pelajar kursus ini, sebahagian pelajar sebelum ini tidak sedar mahupun tidak pernah mengetahui akan kewujudan sesetengah jenis muzik tardisional. Namun, daripada kuliah ini pelajar telah pun terdedah dan mampu memahami jenis muzik tradisional tersebut dengan lebih baik. Menerusi muzik tradisional juga, masyarakat khususnya boleh belajar untuk mendalami budaya kaum lain. Jika dilihat pada hari ini juga, banyak muzik tradisional dimainkan mahupun dipelajari oleh pelbagai kaum di negara kita. Perkara ini dalam masa yang sama mampu untuk menyemai rasa cinta kepada muzik tradisi kaum-kaum yang lain. Usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan melalui muzik tradisional adalah bernas sekali jika wujud satu mekanisma yang benar-benar sesuai untuk menarik minat masyarakat kita untuk mendekati muzik tradisional. Penerapan muzik tradisional dapat menyemai rasa cintakan bangsa Malaysia dan perpaduan akan boleh dipupuk dalam perbezaan yang wujud ini. Muzik tradisional adalah salah satu daripada keunikan masyarakat kita dan hasrat gagasan 1Malaysia adalah tidak mustahil untuk dicapai jika pelaksanaan secara serius diambil oleh semua rakyat di negara kita.

  39. Pelbagai perkara boleh diusahakan bagi merealisasikan gagasan satu Malaysia, salah satu kaedahnya ialah melalui muzik tradisioal,antara kaedah yang boleh dilaksanakan melalui muzik adalah:-a) Mengadakan partandingan muzik dan kebudayaan tradisional mengikut budaya masing-masing. Pertandingan boleh diadakan pada pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah, badan-badan kerajaan dan juga swasta. Semasa pertandingan tersebut berlangsung sudah tentu akan berlaku perjumpaan antara peserta yang berlainan agama, budaya dan tradisi dan perkara tersebut secara tidak langsung boleh mewujudkan jaringan persahabatan yang luas menjangakui batas budaya dan ras. Melalui persembahan tersebut setiap individu berpeluang untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang budaya dan tradisi sesuatu kaum dan keadaan tersebut akan mewujudkan persefahaman yang lebih tinggi dalam diri mereka.b) Program citrawarna juga sebenarnya mampu memupuk semangat satu malaysia kerana secara tidak langsung ia akan menggabungkan persembahan daripada pelbagai kaum sama ada secara muzikal ataupun persembahan tari. Melalui upacara tahunan tersebut kesemua peserta akan berpeluang untuk bekerjasama antara satu sama lain dan keadaan tersebut akan menimbulkan perasaan toleransi dan hormat menghormati agar perpaduan dapat terus terpelihara.c) Mengadakan pemeran muzik tradisional Melayu, India dan Cina juga merupakan satu kaedah untuk memupuk perasaan kebersamaan dan perpaduan antara satu sama lain. Sekiranya pameran tersebut di adakan, secara tidak langsung semua individu akan berasa bertuah menjadi warga Malaysia yang mempunyai kebudayaan yang pelbagai dan bagi mengekalkan kebudayaan tersbebut agar tidak lupus sudah tentu setiap individu akan berusaha untuk mempertahankan keharmonian tersebut kerana pergaduhan dan persengekataan hanya akan mendatangkan kesan negatif yang merugikan.

  40. * Melalui program tahun melawat Malaysia. Telah dapat dibuktikan bahawa pada masa dan waktu tersebut muzik telah meyatukan ramai kaum untuk bersatu dalam mempersembahkan tarian dan budaya kaum masing-masing.* Perpaduan di antara kaum dapat dipupuk di institusi pengajian tinggi dan melalui pembelajaran muzik secara formal. contohnya dapat dilihat dalam kelas Muzik Tradisional ini telah menampakkan bahawa terdapat pelbagai identiti pelajar melalui perbezaan kaum,budaya dan agama. * Pembuataan dan penciptaan lagu berunsurkan patriotik dan semangat cintakan negara.

  41. Konsep satu Malaysia ialah konsep yang menyokong usaha kaum sendiri tetapi bukan dengan cara mendiskriminasi kaum lain. Setiap warganegara Malaysia perlu menerima konsep satu Malaysia ini demi mencapai yang terbaik untuk negara. Muzik tradisional boleh dijadikan sebagai mekanisme untuk mencapai hasrat tersebut melalui:-1) memartabatkan muzik tradisional yang ada di negara Malaysia. Muzik tradisional di negara kita adalah lambang jati diri kepada kepelbagaian kaum di Malaysia.2)pendekatan dalam isu perpaduan dan saling kebergantungan dalam komuniti masyarakat. Apabila terdapat sesuatu majlis, persembahan muzik tradisional menjadi pilihan sekaligus menarik pengunjung yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum.huhu..sorry Encik Amran..saya terlupa nak jawab..

  42. SMP2252 Azam says:

    Saya sebagai seorang pelajar yang sedang menjalani kursus SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia, Hasrat 1 Malaysia dapat dilaksanakan melalui muzik tradisional adalah:- Memperkenalkan satu identiti bangsa Malaysia iaitu dengan muzik kita dapat bersatu. – Memperjelaskan kepada masyarakat majmuk di negara ini iaitu walaupun berbeza budaya, etnik dan agama, masing-masing boleh bertoleransi dan berkongsi muzik yang sama. Contohnya dalam wayang kulit, bukan hanya terdapat unsur melayu tetapi juga unsur India yang menggunakan epik Ramayana dan Mahabrata.

  43. Juster says:

    Salam sejahtera. 1 Malaysia merupakan satu gagasan yang harus dipandang positif oleh semua golongan masyarakat. Muzik pula adalah salah satu elemen penting dalam hasrat mencapai hasrat tersebut. Berikut adalah hujah saya berkenaan pernyataan di atas:- Jika kita mendengar radio, lagu-lagu tradisional masih segar dikumandangkan di udara. Usaha menyelitkan lagu-lagu tradisional Malaysia di radio haruslah diteruskan kerana dengan cara ini ianya dapat menyatu dan membangkitkan semangat muhiba di kalangan rakyat di negara kita.-Dengan mengaplikasikan teknologi maklumat, kini semua lapisan masyarakat boleh mendengar radio secara 'online' menerusi jalur lebar. Ini adalah salah satu medium terbaik yang harus digunakan oleh setiap cabang radio di seluruh malaysia. Maksudnya, rakyat di negara ini boleh mengakses/mendengar radio di setiap negeri secara 'online'. Masyarakat di negeri yang berbeza dapat mendengar lagu tradisionalnya msing-masing. Ianya satu kesempatan untuk mempelajari serba sedikit tentang muzik trdisi serta bahasa di negeri lain.-Dengan mengadakan satu festival kebudayaan SeMalaysia harus diadakan. Festival tersebut melibatkan semua jenis kebudayaan utama di negara kita. Semua lapsian masyarakat hadir menonoton festival tersebut yang mana akan menyatukan masyarakat Malaysia.-Penggunaan alat muzik tradisional dalam sesuatu majlis rasmi mahupun tidak rasmi haruslah diteruskan. Contohnya, Gamelan, caklempong, wayang kulit, menghadap rebab, dan sebagainya. Ini akan terus dapat mengekalkan irama muzik tersebut kepada masyarakat Malaysia amnya.

  44. Siti Rohaya says:

    - muzik dapat menyatukan semua kaum di Malaysia kerana muzik dapat memberikan ketenangan.- selain itu, semua kaum di Malaysia mempunyai muzik tradisi masing- masing, oleh itu muzik ini juga boleh digabungkan tanpa mendiskriminasikan kaum lain. maka setiap kaum dapat menonjolkan kesenian masing.- Di samping itu,konsep satu Malaysia mendokong hak semua kaum. elemen muzik sangat penting sebagai medium untuk mengharmonikan kaum di Malaysia.- Muzik yang dimiliki setiap kaum mempunyai elemen-elemen kehidupan yang penting, maka dengan adanya muzik ini ia sekaligus dapat mendokong konsep satu Malaysia.

  45. -membuka minda masyarakat supaya blh menerima adat dan tradisi masyarakat lain.-bertukar2 dlm permainan muzik tradisional…makna semua masyarakat blh merasai tradisi masyarakat lain.-eratkan wujud dalam satu festival besar yg mnghubungkn semua masyarakat dan kaum..d samping slng brmain muzik tradisional yg brlainan drp yg selalu mrka mainkan

  46. RK_nisa says:

    -muzik tradisional yang terdapat di dalam pelbagai budaya kaum di negara kita dapat menyatukan pelbagai bangsa.-pelbagai muzik tradisional pelbagai bangsa yang telah diangkat sebagai khazanah negara yang unik telah melambangkan perpaduan pelbagai kaum di negara kita.

  47. Bagaimanakah caranya Muzik Tradisional Malaysia ini dapat membantu mencapai hasrat tersebut ialah:1)Muzik Tradisional Malaysia itu boleh dikontemporarikan mengikut kesesuaian irama dan melodinya2)Apabila dikontemporarikan ia boleh memberi semangat kepada pendengar untuk mennyokong konsep Gagasan 1Malaysia ini3)Selain itu, pihak-pihak berkenaan boleh mengadakan pertandingan Muzik Tradisional antara sekolah-sekolah atau antara Institut-institut Pengajian Tinggi

  48. - Memainkan muzik tradisi kaum lain bagi setiap kaum kenal akan budaya kaum lain.- Menggalakkan masyarakat bermain muzik tradisional secara bersama tanpa mengira kaum apa yang memainkan muzik tersebut.- Kesepakatan dan semangat bersatu dapat diwujudkan kerana muzik menuntut untuk mempunyai semangat berpasukan.

  49. bancha says:

    Kepelbagaian budaya merupakan masalah untuk penyatuan di Malaysia. Jurang ini mesti diatasi oleh semua pendidik sebagai salah satu cara untuk memberi pengajaran yang berkesan. Melalui muzik, pendidik boleh cuba mengadaptasi atau mengasimilasi kpelbagaian budaya dalam pengajaran. Contohnys, kita boleh memasukkan elemen gendang cina ke dalam kompang. Bukan sahaja ia akan leih menarik namun turut mewujudkan simfoni muzik yang baru dengan identiti kita. Malah, ia tidak bukan sahaja akan dinikmati oleh golongan mlayu namun lama-kelamaan akan diminati oleh golongan lain. Dalam ghazal contohnya, telah memasukkan tabla sebagai salah satu alat di dalam ensembel itu. Langkah ini patutu dicontohi oleh ensembel-ensembel lain. Selain itu, pelbagai instrumen atau alat-ala di sekolah jenis kebangsaan atau pun kebangsaan. Sekolah cina patut turut mempunyai muzik gamelan dan sekolah Kebangsaan patut juga mempunyai ensembel genderang cina dan sebagainya.

  50. - Semua pelajar yang mengikuti kursus ini tanpa mengira bangsa,jantina dan agama akan diberi peluang untuk bermain alat-alat secara ensembel seprti gamelan dan kompang.- Kaum-kaum lain dinegara ini akan lebih memahami budaya dan cara hidup masyarakat melayu dengan adanya kursus ini.

  51. • Terdapat banyak cara untuk mencapai hasrat Satu Malaysia dari segi muzik, sebagai pelajar muzik tradisional Malaysi, kita perlu tahu pelbagai muzik yang ada wujud di Malaysia ini. Hal ini kerana wujudnya pelbagai kaum seperti Cina, India dan Melayu. Oleh itu, kita perlu ambil tahu muzik yang ada dalam kaum ini utuk mudah kita menghayati seterusnya dapat menghargai muzik yang ada.• Selain itu, Alat-alat muzik juga memainkan pernan penting dalam setiap muzik. Kita harus mengetahui alat-alat muzik kaum lain yang digunakkan dalam lagu muzik tradisional mengikum kaum tersendiri.• Dengan cara ini barulah dapat menjadikan rakyat Mlaysia yang pelbagai kaum ini dapat hidup bersatu padu dan aman damai.

  52. Amirulah says:

    Pada pendapat saya, cara untuk mencapai hasrat gagasan 1 Malaysia dengan perpaduan melalui Muzik Tradisional Malaysia ialah: 1. menerapkan elemen-elemen keunikan setiap budaya tradisional mengikut kaum-kaum di Malaysia.2. menggabungkan kesemua jenis muzik tradisional yang terdapat di Malaysia mengikut kaum masing-masing dan dimainkan dalam satu orkestra tradisional yang besar ataupun dipanggil simfoni.3. mencipta sesuatu hasil muzik yang baru dimana sesuatu muzik itu tidak hanya dimainkan mengikut kaum-kaum tertentu sahaja malahan dapat dimainkan oleh semua kaum di Malaysia tetapi menerapkan keunikan yang tersendiri.

  53. abdul qayyum says:

    sebagai seorang pelajar muzik, saya beranggapan muzik adalah salah satu elemen yang boleh membantu dalam mencapai hasrat gagasan 1 malaysia, seperti yang kita tahu gagasan 1 malaysia ini bermatlamat untuk membina satu perpaduan yang kukuh dalam satu negara. dalam muzik kita tidak mengira bangsa dan kaum, pelbagai bangsa dan kaum boleh bersama-sama dalam membangunkan industri muzik. bagi saya kerjasama yang terjalin dalam industri muzik adalah satu sebab kenapa perpaduan boleh dicapai. seperti yang kita lihat sekarang ini pelajar-pelajar muzik dan pensyarah-pensyarah muzik yang berlainan bangsa, kaum dan agama boleh duduk dibawah satu bumbung. begitu juga dalam industri muzik diluar, kita boleh lihat artis-artis, composer, pelakon dan sebagainya, mereka bukan lah berasal dari kaum,bangsa dan agama yang sama tetapi semuanya berbeza. dari sini kita dapat lihat bagaimana muzik itu boleh menjadi satu elemen dalam membantu mencapai hasrat gagasan 1 malaysia. seperti yang kita tahu mereka semua boleh bekerjasama dengan baik dan boleh tinggal dibawah satu bumbung. muzik juga dapat merapatkan hubungan sesama kita sebagai contoh program-program reality yang banyak membawa kepada unsur persahabatan dan kerjasama tidak mengira agama, bangsa dan kaum. begitu juga dalam bidang-bidang muzik yang lain. seperti dalam sebuah orkestra, tidak semua pemuzik yang terlibat dalam orkestra itu terdiri dari satu bangsa tapi berlainan bangsa. maka dari sini saya dapat simpulkan bahawa telah terbukti muzik ini sememangnya boleh membantu dalam mencapai hasrat gagasan 1 malaysia.

  54. Salam Sejahtera~~ 1. melalui assignment yang Lecture bagi. – sambil buat assignment ,sambil dapat input yang banyak tentang mzik tradisional.2.persembahan tradisional muzik.-mungkin pelajar kita boleh mengadakan persembahan tentang tradisional muzik malaysia di Universiti atau di mana-mana. 3.pamaran MUzik tradisional.- orang ramai memahani lebih mendalam budaya Malaysia yang pelbagai ini.- saling berkongsi Budaya muzik.-

  55. muzik tradisional ternyata dapat membantu mencapai hasrat gagasan 1 malaysia adalah kerana:1)muzik tradisional malaysia amat menepati dengan gagasan 1 malaysia kerana ia menggabungkan muzik pelbagai kaum dengan pendekatan menyamai konsep utama dalam gagasan ini.2)muzik tradisional dapat membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat,budaya dan peraturan.3)muzik tradisional dapat mewujudkan sifat perpaduan kaum,bekerjasama dan bersepakat antara pelbagai kaum.

  56. selamat sejahtera~~1 Melalui assignment yang lecture beri.- sambil buat assigment, sambil mendapat input yang lebih dalam tentang muzik tradisional.2. mengadakan persembahan muzik tradisional.- orang ramai memahami lebih dalam tentang muzik tradisioanal dan budaya yang pelbagai ini.3. mengadakan pameran muzik tradisional di Malaysia.- memahami muzik tradisional di MAlaysia dari segi budaya, masyarakat, adat resam ,dan cara kehidupan .

  57. nazotai says:

    cara yang perlu bagi saya untuk mencapai hasrat konsep 1Malaysia melalui Muzik Tradisional Malaysia adalah malalui beberapa point :-1)melalui promosi di dalam pakej wajib dalam perlancongan.-jadi, melalui pakej ini masyarakat akan tahu serta belajar tentang budaya masyarakat lain. inilah yang kita harapkan kerana sesetengah pihak lain ingin belajar budaya masyrakat melayu namun mereka tidak tahu sumber serta cara bagaimana mereka ingin mengenali sesuatu di dalam masyarakat itu. jadi bila mereka berada di dalam pakej perlancongan ini, dengan cara tidak sengaja mereka akan memepelajari muzik, makanan, dan juga nilai di dalam masyarakat itu.2)kerajaan perlu wujudkan dana untuk pelajar lain bangsa belajar muzik tradisional lain bangsa.-ini penting bagi mencapai hasrat 1Malaysia kerana di dalam hasrat 1Malaysia kita diseru supaya hormat budaya masyarakat lain supaya negara kita aman dan makmur. melalui cara inilah kita dapat memperkenalkan budaya masyarakat masing. selain itu, pihak kerajaan juga harus wujudkan pelajaran bertaraf antarabangsa serta wujudkan pelajaran muzik tradisional diperingkat Ijazah mahupun PhD. ini penting bagi meyakinkan masyarakat bahawa pelajarn tradisional itu ada permintaan luar.cuba gabungkan subjek muzik tradisional cina,melayu,india mahupun yang lain di dalam pakej pengajian itu supaya pelajar ini dapat belajar muzik tradisional bangsa lain dan ini serba sedikit dapat menjana konsep 1Malaysia.jadi, dengan adanya elemen ini mereka secara automatik akan mempelajarinya sebagai pakej dan lama kelamaan mereka akan berminat serta memepalajari budaya lain.3)Wujudkan Institusi Khas untuk belajar Muzik tradisional.-jadi dengan kewujudan institusi khas ini, masyarakat akan dpat belajar mengenai muzik tradisional semua bangsa. saya cadangkan bahawa semua guru atau tenaga pengajar ini ditempatkan di dalam 1institusi ini supaya orang tidak perlu bersusah payah untuk mencari tenaga pengajar untuk mengajar mereka. jadi dengan adnya institusi ini secra automatik mereka akan mudah belajar serta selesa kerana adanya tempat yang selesa untuk mereka belajar.4) mewujudkan persatuan kebudayaan tradsional.-dengan kewujudan persatuan ini, semua kumpulan muzik tradisional dari semua bangsa dapat mendaftar untuk mengadakan sesuatu roadshow untuk memperkenalakan budaya masing-masing. dengan adanya roadshow ini, individu itu akan mempelajari secara langsung atau secara tidak langsung. disebalik itu juga, cuba wujudkan pengajaran atau perkenalakan cara bermaian muzik tardisional masing kepada pengunjung.5) ubah cara penyampaian muzik tradisional melalui cara moden.-dengan cara penyampaian yang baru ini, semua lapisan masyrakat dapat melihatnya serta memahami apa yang ingin disampaian, namun disebalik ubahan cara penyampain ini jangan pula kita gubah yang penting dalam elemen tradisional itu.6) wujudkan dalam bentuk cd,vcd ataupun tv.-melalui cara ini, semua masyarakat akan terlihat dengan tidak sengaja serta akan berasa bertuah kerana stesen tv dapat menyiarkannya. melalui cara penyampaian melalui tv, mereka kan belajar budaya masyrakat lain sperti kita lihat discovery chanel. melalui vdc pula, mereka beli dan inya dpat disimpan lebih lama dan boleh melihat dan belajar melaluinya dengan berulang kali melihat.jadi, kesimpulannya melalui cara yang saya sebut di atas mungkin dapat mewujudakan pencapaian hasrat 1Malaysia kerana semua masyarakat dapat pelajarinya dengan sengaja ataupun secra tidak sengaja.

  58. Garry says:

    Salam 1 Malaysia.Berikut merupakan jawapan saya dalam bagaimana muzik tradisional Malaysia mampu menyokong pembentukan Gagasan 1 Malaysia.1.Kepelbagaian kaum di Malaysia juga memvariasikan kepelbagaian jenis muzik tradisi.Pengajaran muzik tradisional untuk semua kaum dapat merapatkan jurang perbezaan dan memberikan pengetahuan yang menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.2.Para pelajar yang berbilang kaum dapat mengapresiasi segala muzik tradisi di negara ini dan akan lebih menghargai dan menghormati baik muzik tradisi sendiri dan muzik tradisi kaum lain.3.Kesenian muzik tradisi di Malaysia yang pelbagai serta mempunyai pelbagai gerak tari yang menarik mampu minat golongan pelajar untuk mempelajari dan memahami maksud serta tujuan kesenian tersebut.Dengan adanya kelas muzik tradisi,seperti kursus SMP2252,tradisi sebegini dapat dikekalkan dan dihargai semua kaum.4.Persembahan-persembahan muzikal di Malaysia juga selalunya diserikan dengan persembahan muzik tradisional seperti tarian dan sebagainya.Usaha sebegini sesuai sekali dimulakan dari peringkat sekolah mahupun institusi awam dan swasta.Masyarakat berbilang kaum dapat mengambil bahagian dalam membuat persembahan dan secara tidak langsung perpaduan dapat diwujudkan sejajar dengan tujuan Gagasan 1 Malaysia.5. Sesi P&P muzik tradisional yang menarik dan diadakan sesi amali dan dibuat secara praktikal mampu memberikan pengalaman dan para pelajar dapat merasaisendiri bagaimana memainkan alat-alat muzik tradisi kaum lain.Kaedah sebegini akan menimbulkan suasana pembelajaran yang ceria dan mampu menarik perhatian para pelajar untuk menerokai kesenian muzik tradisi yang pelbagai di Malaysia.Poin-poin diatas saya rasakan dapat menerangkan bagaimana muzik tradisional di Malaysia mampu menjadi sebahagian daripada ramuan untuk membentuk Gagasan 1 Malaysia yang berjaya.

  59. nurulliyana says:

    assalamualaikum..Muzik tradisional sebagai satu cara mencapai hasrat gagasan 1 Malaysia:- Muzik tradisional sebagai media untuk menyampaikan atau menterjemahkan hasrat negara. Cth: Muzik tradisional yang bertemakan cinta kepada negara, contohnya dalam wayang kulit, penceritaan yang bercorak kemasyarakatan.-Muzik tradisional sebagai lambang perpaduan. berlaku peintegtrasian dalam penciptaan, pendengar lagu,tarian mahupun lakonan.-mUZIK tradisonal sebagai satu pengikat antara masyarakat kerana didengari, ditonton dan dihayati oleh semua tanpa mengira peringkat umur mahupun bangsa.-Muzik tradisional satu saluran dalam memupuk nilai murni dan hormat-menghormati dalam kalangan golongan muda.-Muzik tradisional menjadi satu budaya atau identiti yang dikongsi secara bersama oleh masyarakat Malaysia.

  60. 1 Malaysia merupakan satu gagasan yang dicetuskan oleh Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini. Ia merupakan satu formula pemupukan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia berteraskan nilai-nilai penting ke arah merealisasikan Wawasan 2020.Dalam mencapai hasrat kerajaan ini, salah satu elemen yang boleh membantu adalah melalui budaya setiap etnik di Malaysia. Setiap etnik di Malaysia mempunyai budaya masing-masing yang unik dan salah satu daripadanya adalah Muzik Tradisional.Masyarakat Malaysia saling ‘berakomodasi’ iaitu dengan menyedari serta menghormati norma dan nilai budaya kumpulan etnik lain di samping mempertahankan budaya masing-masing. Sebagai contoh, setiap kumpulan etnik menyedari kehadiran Muzik Gamelan yang lahir dalam masyarakat Melayu dan menghormatinya. Bahkan ada juga individu atau dari kumpulan etnik yang lain turut mengambil peluang untuk belajar memainkan ensemble gamelan ini. Begitu jugalah sebaliknya.Melalui penghayatan Muzik Tradisional Malaysia yang pelbagai ini, dapat memupuk kemesraan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Struktur nilai estetika dan falsafah yang terkandung dalam elemen Muzik Tradisional Malaysia secara tidak langsung mewujudkan sifat saling menghargai dan menghormati dalam jiwa masyarakat.Sehubungan itu, konsep akomodasi ini perlu diterapkan di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi. Bukan sahaja melalui pengenalan muzik tradisional setiap etnik yang berbeza-beza malah pelajar perlu dedahkan dengan nilai dan norma budaya dalam setiap etnik yang bersifat ‘varsity’ dan unik itu. Ini dapat memupuk dan seterusnya melahirkan integrasi yang bersifat nasional dalam masyarakat Malaysia sekaligus merealisasikan konsep 1 Malaysia ini secara holistik. Selain itu, semua pihak termasuk kerajaan, badan-badan swasta atau persendirian termasuk masyarakat sendiri perlu mengambil serius hal ini dengan mengambil insiatif yang berkesan untuk meningkatkan perpaduan nasional dalam masyarakat.

  61. Dalam mewujudkan semangat satu malaysia, muzik juga memainkan peranan yang penting.-Salah satu cara ialah dengan membincangkan semua jenis muzik tradisional yang terdapat di negara kita.-Selain itu, kita juga digalakkan memberi pandangan atau pendapat bagaimana cara untuk memartabatkan muzik tradisional malaysia ke taraf antarabangsa.-Antara lain, kita juga boleh membuat ensemble di antara muzik tradisional tang ada di Malaysia seperti dalam muzik gamelan, ada sitar sebagai alat muzik tambahan.

  62. emma says:

    dalam mereaalisasikan gagasan 1 malaysia, muzik juga penting dan peranan muzik dikatakan sebagai batu loncatan untuk meriasisasikan 1 malaysia.-kita ketahui, pelbagai kaum di Malaysia seperti melayu, cina, mahupun india sangat mengemari muzik. oleh itu, melalui muzik, kita boleh memupuk semagat 1 malaysia antara satu kaum dengan kaum yang lain.-selain itu, melalui muzik, kita hasilkan lagu mengikut kaum yang ada di malaysia dan setiap lagu tersebut haruslah dinyanyikan oleh semua kaum yang ada. dengan itu, kita berjaya mewujudkan gagasan 1 malaysia ini.-muzik juga dapat memupuk semangat perpaduan kaum yang ada di malaysia.-melalui pembelajaran muzik seperti muzik tradisional smp2252. dalam satu kuliah bukan sahaja terdapat pelajar melayu bahkan ada juga pelajar cina dan india. hal ini dapat memupuk semangat persaudaraan diantara satu sama lain. oleh itu, pembelajaran muzik harus diterapkan dalah subjek atau pendidikan di sekolah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s